Tragedi Sauk : Al-Maunah Diperangkap SB


Assalamualaikum wbk,
Terlebih dahulu saya meminta keizinan untuk menyampaikan maklumat yang saya
ketahui mengenai kes rompakan senjata di Grik dan Al-Maunah secara khususnya
mudah-mudahan maklumat ini akan memberi maklumat yang seimbang dari
kedua-dua belah pihak.
Sebagai pengenalan saya pernah mempelajari ilmu dalam Al-Maunah semenjak
penubuhannya dan merupakan ahli tidak aktif, walaubagaimanapun saya
mengikuti perkembangannya sedikit sebanyak dari sahabat saya yang juga
ditangkap setelah diPERANGKAP di Grik baru-baru ini, saya juga merupakan
salah seorang dari kalangan professional dalam Al-Maunah. Saya akan cuba
menjelaskan beberapa perkara mengenai Al-Maunah dan bagaimana kumpulan
Al-Maunah di Grik baru-baru ini di PERANGKAP oleh pihak yang berkuasa untuk
mengalihkan perhatian rakyat dan menyerang BA terutamanya Parti PAS,
ringkasnya serampang dua mata.
<<...>>
Persoalan Pertama:
Adakah Al-Maunah mengam! alkan ajaran sesat dan apakah ilmu dalam "kebatinan"
yang dipelajari oleh ahli-ahli?
Kami diberitahu bahawa semua manusia dilahirkan dengan kuasa dalaman "ruh"
semenjak kita dilahirkan, cuma kita tidak pernah mendidik apatah lagi tahu
cara menggunakannya. Al-Maunah telah mengajarkan bahawa untuk mengaktifkan
kuasa dalaman, mendidik dengan cara Islam seterusnya menggunakannya untuk
tujuan yang baik sebagaimana kita menggunakan anggota fizikal seperti kaki
untuk berjalan dsb. Kuasa dalaman diaktifkan dengan bersembahyang hajat dan
bermunajat kpd Allah SWT seterusnya dilatih dengan latihan pernafasan dengan
kalimah Allah dan Allahu Akbar setiap kali tarik/lepaskan nafas. Antara
kuasa ilmu ilmu dapat menjatuhkan lawan jarak jauh, musuh dan senjata gagal
menghampiri diri dan menyentuh tubuh pengamal, dsb. Cara menggunakannya
insyaAllah saya akan sampaikan dilain masa. Walaupun nampak mudah tidak
semua orang dapat mengeluarkan kuasa (menguasai! ) ilmu ini kerana
syarat-syaratnya terlalu ketat. Ilmu ini tak kan jadi kalau pengamal
sembahyang tak cukup 5 kali sehari, pakai seluar pendek diluar dan melakukan
maksiat apatah lagi untuk bertujuan melakukan niat jahat. Aqidah pun clear,
tak ada ajaran-ajaran karut-marut, ramai kalangan ahli yang berlatar
belakangkan agama sentiasa memberi tazkirah selepas sesi latihan dan
ahli-ahli digalakkan mengikuti pengajian-pengajian agama dimasjid/surau dan
sembahyang berjemaah. ADAKAH AL_MAUNAH SESAT? Periksa dahulu, ingatlah hadis
yang menyatakan sekiranya pihak yang dituduh SESAT tidak sesat maka hukum
sesat/kafir tersebut jatuh pada DIRINYA.
Persoalan Kedua:
Benarkah Al-Maunah melancarkan JIHAD?
Jawapan ringkasnya TIDAK. Mengapa? Sebab tujuan utamanya sebagai salah satu
cara untuk mengajak individu Islam mengamalkan Islam disamping memiliki ilmu
mempertahankan diri disamping tujuan am Al-Maunah hanyalah untuk menyediakan
kalangan umat! Islam yang bersedia dengan kekuatan bila tiba masanya JIHAD
itu wajib (bila keadaan menjadi tidak aman) dan menyediakan kalangan orang
Islam yang bersedia mempertahan Islam dan umat Islam pada masa akan datang.
Sebab itu Al-Maunah cuba mengumpulkan seberapa banyak orang Islam
menyertainya dan telah pun cuba mendapatkan pengesahan JAIS dan disahkan pun
dan mendaftarkan pertubuhan agar orang ramai tidak ragu dengan pertubuhan
dan sebab itu juga ramai professional dan kakitangan awam termasuk tentera
dan polis termasuk SB masuk menjadi ahli.
Persoalan Ketiga:
Adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT?
Sebahagiannya telah dijawab diatas. Al-Maunah bukan pertubuhan underground
dan tidak mengadakan aktiviti secara sembunyi2, Al-Maunah menyiarkan iklan
di akhbar2, membuka ibupejabat, menyampaikan maklumat dimajalah2, dan
ahlinya pernah muncul TV3 (majalah3). Aktiviti termasuk latihan diadakan
ditempat terbuka disiang hari dan orang aw! am boleh melihat dan sekiranya
tertarik boleh menyertainya. Semua ahli dikehendaki menyediakan gambar dan
salinan I/C selain alamat. Sekiranya ada 1000 ahli maka akan ada 1000 keping
gambar ahli, dan saya fikir tak banyak pertubuhan lain yang boleh ikut, UMNO
Bahagian pun belum tentu ada kesemua gambar AJK cawangan di bahagian tsb.
Al-Maunah juga mempunyai web site rasmi yang boleh dicapai oleh siapa saja
termasuk MEDIA dan SB. Pendek kata ada ke dalam dunia ini pertubuhan HARAM
dan MILITANT yang berani buat macam Al-Maunah. Ringkasnya tindakan BUNUH
DIRI. Sekali lagi adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT? TIDAK.
Persoalan Keempat:
Adakah benar ahli-ahli Al-Maunah ditangkap di Grik?
Benar, sebahagian besar meraka adalah dari kumpulan Al-Maunah.
Walaubagaimanapun mereka telah diperangkap dengan KEJAM. Kepercayaan dan
analisis saya dari maklumat yang saya terima mereka TIDAK terlibat dengan
ROMPAKAN Senjata secara langsung. Te! man saya memberitahu memang mereka
menggunakan hutan di Sauk sebagai markaz aktiviti tahan lasak selama ini.
Beberapa bulan lepas teman saya sering kesana 2/3 malam untuk meningkatkan
ilmu dalam kerohanian dan latihan lasak. Memang sebahagian mereka mempunyai
pakaian baju celoreng.
Persoalan Kelima (terakhir dan penting):
Adakah kumpulan Al-Maunah di Grik MEROMPAK SENJATA dan MEMBUNUH tebusan?
Anda sendiri tentukan.. lihat point saya dibawah.
1. Sumber tentera mengatakan 3 pajero bersama 15 orang berpakaian celoreng
membawa lari senjata2 tersebut dalam masa 15-30 minit. Sedangkan bila
mereka(tentera) membawa keluar senjata2 tersebut ke balai polis Kati
menggunakan 1 trak tentera dan 1 pajero (NTV7 tayang gambar tsb).
2. Badawi mengatakan tebusan telah dibunuh kejam dengan mengatakan mendiang
Mathew ditembak kaki hingga hancur, setelah post mortem didapati 1 peluru
sahaja menembusi betis dan 1 didada (sumber akhbar kroni). Bertujuan! untuk
menghasut orang ramai bahawa kumpulan Al-Maunah kejam. Hakikatnya kita tidak
tahu siapa yang menembak dan kenapa ditembak.
3. Maklumat rahsia tentera yang menyertai operasi menawan kumpulan tsb pada
peringkat awal polis/tentera tidak berani masuk ke kekawasan tsb sehingga
hari terakhir setelah 2 orang dari kumpulan tsb menyerah diri dengan tawaran
tidak didakwa dan seterusnya memberi maklumat sehingga membolehkan Jen Zaini
masuk dan berdialog. Kemungkinan ialah 2 orang atau lebih yang melarikan
diri dari kumpulan tersebut pada peringkat awal ialah SB ataupun ahli
Al-Maunah (SB) yang memerangkap kumpulan tsb. Maklumat soal siasat daripada
mereka ber2 menyatakan bahawa 2 tebusan dibunuh oleh Amin dan seorang ahli
kumpulan tsb juga ditembak oleh Amin dan mereka juga melaporkan kekuatan dan
mencadangkan tindakan yang harus diambil oleh pihak tentera kerana kumpulan
tsb tidak percaya polis kerena kalau polis yang masuk mereka tahu poli! s akan
terus membunuh mereka kesemuanya dan mereka harus mempertahankan diri mereka
dengan membalas serangan. Sekiranya tentera yang masuk mereka (tentera)
tidak akan menembak mereka kerana mereka tahu pihak tentera tidak terlibat
untuk MEMERANGKAP mereka. Untuk kepastian Amin meminta berunding dengan Jen
Zahidi dan akhirnya menerima berdialog dengan Datuk Zaini dan tidak menembak
komando tentera yang menghampiri dan menawan mereka.
PANDANGAN SAYA:
Kita tidak tahu jumlah sebenar mereka yang berada di markaz Al-Maunah di
Grik pada masa tersebut. Kemungkinan ialah jumlah mereka lebih 29 orang,
mungkin lebih 2 atau 3 orang lagi menyerah diri tetapi berita digelapkan
unutk menyelamatkan mereka daripada tindakan mahkamah. 2/3 orang inilah
mastermind yang berjaya memerangkap kumpulan Al-Maunah termasuk Amin
(presiden) di Grik, saya berkeyakinan SB/polis ini adalah juga ahli
Al-Maunah yang aktif.
Perancangan mereka (fakta dan analisis):!
1. Semua orang diterima untuk mempelajari/menjadi ahli Al-Maunah termasuklah
askar dan polis (niat baik dan jahat) dan Amin tidak menyedari adanya SB
yang akan memerangkap mereka.
2. Mereka (SB jahat) aktif dalam Al-Maunah dan mendapat kepercayaan Amin
(presiden)
3. Sebelum ini telah membekalkan baju celoreng kepada pimpinan Al-Maunah
untuk aktiviti lasak dalam hutan
4. (Saya dengar) Juga pernah meminjamkan/menunjukkan senjata api mereka kpd
yang lain.
5. Berkemungkinan menghasut Amin dan lain-lain untuk berlatih menggunakan
senjata api yang mereka bawa semasa latihan dihutan.
6. Ramai ahli Al-Maunah telah didesak untuk pergi ke markaz di Grik walaupun
tidak bersedia seperti teman saya di Lembah Klang (tidak mahu tetapi
dijemput juga disamping temannya meninggalkan sedikit wang kepada isterinya
utk perbelanjaan semasa peninggalannya) dan yang lain-lain seperti di
Kelantan. Maksudnya supaya ramai yang ditangkap dan rompakan adala! h tidak
mustahil.
7. Kebetulan ramai ahli Al-Maunah adalah orang yang berpegang dengan agama
dan sudah tentu menyokong pihak yang mahu menegakkan negara Islam, PAS.
Point kuat untuk mengambil tindakan terhadap PAS dan menakutkan bukan Islam
dengan PAS supaya memihak BN.
8. Senjata bukan dirompak, sebaliknya dibawa oleh pihak SB (ahli Al-Maunah)
dari kem 304 dan disorokkan berhampiran kawasan markaz mereka.
9. Amin dan kumpulannya kemudiannya diberitahu bahawa mereka ada senjata
untuk latihan pada kali ini yang disediakan oleh SB tsb tanpa menyedari
bahawa kali ini jumlahnya bukan SELARAS M16 sebaliknya lebih SERATUS
MESINGAN dan beribu peluru. Mungkin mereka tidak mengesyaki sesuatu sebab
itu mereka mencuba MESINGAN tersebut, malangnya dengan bunyi tersebut pihak
berkuasa yang mencari senjata tsb dapat mengenalpasti lokasi mereka. Dan
mereka tahu nyawa mereka dalam bahaya kerana pihak polis boleh membunuh
mereka kerana bersama merek! a ada banyak senjata api.
10. Dalam pada itu 2 polis yang membuat tinjauan kawasan telah ditangkap
bersama 2 orang lagi untuk disoal siasat oleh kumpulan tsb. Akhirnya 2 polis
tersebut dibunuh, kemungkinan cuba melarikan diri ditembak oleh SB tsb
kerana mereka mengetahui rancangan SB tsb ataupun supaya Amin dan Al-Maunah
dituduh kejam. Sebab soalsiasat polis drpd mereka mengatakan Amin yang
membunuh kedua-duanya.
11. Beberapa orang ahli Al-Maunah yang terbunuh dan cedera ditembak
berkemungkinan ditembak oleh SB dari kumpulan yang sama semasa mereka cuba
melarikan diri dari kumpulan Al-Maunah tsb di Grik. Setelah mereka berjaya
melarikan diri nama mereka tidak diumumkan kpd media.
12. Amin dan kumpulannya tidak keluar dari markaznya untuk menyerah diri
pada peringkat awal kerana khuatir keselamatan mereka, setelah tahu mereka
telah diPERANGKAP. Kemungkinan mereka akan ditembak mati sebaik sahaja
dilihat pihak polis kerana telah tahu per! angkap polis SB. Sebab itu Amin
mahu berunding dahulu dengan Jen Zahidi untuk memberikan gambaran sebenar
dan menjamin keselamatan mereka.
13. Mereka terpaksa bersedia dengan senjata api setelah dikepong, kerana
sekiranya polis yang mara mereka yakin polis akan menamatkan riwayat mereka,
sebab itu bila Jen Zaini masuk bersama komandonya kumpulan Al-Maunah
bersetuju menyerahkan senjata mereka melainkan parang perguruan mereka
sebelum Amin dan Zaini duduk bersila berdialog.
14. Kalau mereka mahu dengan izin Allah tanpa senjata mereka, ilmu dalam
boleh menewaskan Jen Zaini dan komandonya apatah lagi dengan senjata api
ditangan tetapi mereka tidak berniat jahat dan tidak mahu melakukan 2 kali
kesilapan sebab itu mereka hanya mahu menyerah diri secara selamat.
15. Kalau merekalah yang merompak senjata2 tsb sudah tentu mereka akan terus
menggunakan senjata tersebut dan sesudah terkepong dan tahu mereka bersalah
tentu mereka lebih sanggup ber! depan dengan pihak berkuasa dan kalau mati pun
tak kisah sebab "mati syahid"
16. Kalau mereka merompak senjata tsb mengapa disimpan ditempat markaz
mereka Bukit Jenalek yang telah diketahui umum sejak berbulan2 lepas, orang
kampung pun sering melihat mereka sebelum peristiwa tsb.
Kita harap Jen Zaini berkatalah yang benar dan menunaikan janji yang dibuat
dengan Amin. Janganlah takut dengan manusia sebaliknya takutlah kpd Allah
sahaja. Janganlah menganiayai puluhan orang Islam dan jutaan yang lain
dengan tidak menjelaskan kisah yang sebenarnya. Saya kenal Amin dan sahabat2
yang lain.


Sekian. Maafkan sekiranya berlaku kesilapan.
Rakyat Malaysia Yang Cintakan Kedamaian (RMYCK)
13 Julai 2000
http://mahafiraun.tripod.com



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke