*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tragedi Sauk bukan kisah bikinan

                  Saudara Pengarang,
                  SAYA tidak tahu apa yang ada dalam
kepala segelintir orang ramai yang masih tidak mahu
percaya peristiwa
                  rompakan senjata dari kem tentera
yang sangat menggemparkan itu.

                  Sejak peristiwa itu mula dilaporkan,
mereka ini sudah menggunakan Internet untuk mendakwa
ia sandiwara kerajaan.

                  Setelah penjenayahnya menyerah diri,
suara-suara sumbang yang mentertawakan peristiwa itu
semakin kuat
                  kedengaran.

                  Bermacam-macam dakwaan dibuat dan
berbagai-bagai teori direka. Adalah sangat menyedihkan
tragedi yang
                  menakutkan itu hanya menjadi bahan
ketawa orang ramai.

                  Kalau peristiwa yang menakutkan
seperti itu sudah tidak diendahkan dan dibuat
main-main, saya tidak tahu apa sudah
                  jadi kepada masyarakat kita.

                  Peristiwa rompakan senjata yang
kemudiannya menjadi tragedi ngeri meragut nyawa dua
orang anggota keselamatan
                  yang tidak berdosa, masih mahu
dilihat sebagai main-main. Tidakkah mereka ini
terfikir, apa faedahnya pasukan tentera
                  menggadai maruah mereka untuk
sandiwara itu.

                  Menyelesaikan peristiwa itu satu
kerja yang sudah selesai. Sekarang mereka
bertanggungjawab untuk membersihkan
                  nama Angkatan Tentera Malaysia yang
sudah tercalar.

                  Saya setuju dengan pandangan
Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd. Said bahawa
hanya orang gila dan tidak
                  berakal saja menganggap peristiwa
itu sandiwara.

                  Saya percaya orang seperti itu
banyak sangat menonton wayang gambar hinggakan apa
saja yang berlaku dalam dunia
                  realiti hendak disamakan dengan
kisah wayang gambar.

                  Kepada mereka yang masih degil dan
memilih untuk tidak mahu percaya, pesan saya satu:
''Bangunlah dari tidur. Hidup
                  di dunia ini dengan realiti bukan
macam dalam wayang gambar.''

                  Saya tidak tahu orang lain tetapi
saya sangat kecut hati apabila mendapat tahu tentang
rompakan pada awal pagi Ahad
                  itu.

                  Bayangkan apa boleh jadi kalau pihak
keselamatan lambat bertindak hari itu. Dengan senjata
sebanyak itu,
                  macam-macam boleh berlaku.
Ketenteraman awam sudah pasti terjejas jika para
penjenayah sempat melakukan
                  keganasan. Bagaimana agaknya kalau
senjata yang dirompak itu meragut nyawa kaum keluarga
mereka yang
                  bising-bising mengatakan peristiwa
itu sandiwara?

                  Apakah ketika itu nanti mereka akan
mengatakan itu sandiwara juga? - MAT SAMAN, Ampang,
Selangor.


                  (C) UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan
Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
                  E-mail: [EMAIL PROTECTED]

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke