*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baguslah gitu wahai Pak Ghafar. Ramai jugak orang UMNO
yg masih bergeliga. Barangkali inilah yg dikatakan
satu rahmat buat UMNO. Ramai tukang fikir. Mula-mula
Rafidah membecokkan mulutnya dengan mencadangkan
kesemua jawan Naib Presiden dihapuskan. Dia bikin
Najib, Mat Taib dan Muhyidin sengseng lengan. Silap
haribulan, Mat Tyson tunjuk penumbuk. Baru padan!

Kemudian  Shahidan Kasim pulak nak tarik perhatian
media. Dia cadangkan supaya Naib Presiden jadi lima.
Mungkin dia kempunan salah satu dari jawatan tu, maka
dia berharap kali ini akan dicalonkan ke jawatan Naib
Presiden yg ke 5.

Sekarang ni Ghafar pulak nak bagi pendapat. Suruh
mansuh Timbalan Presiden. Mungkin geram dia kepada
Anwar masih belum habis. Tapi kalau hang suruh jawatn
tu mansuh, ke mana Pak Lah Bedawi nak pergi? Tak kan
cukup dengan bekalan ilmu JE utk di bawa pulang ke
Kepala Batas? Hang ni pun satu lah Ghafar. Duduk
diam-diam sudahlah. Banyakkkan istigfar dan zikir.
Kalau nak beruzalh, sila isi borang ahli Maunah. Masih
banyak yg kosong. Dulu pun anak hang si Tamrin tu,
sempat jugak cium tangan Abuya.

UMNO...oh..UMNO. ke mana hang pergi tuh??????

--- AEIOU <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  GHAFAR ULANGI CADANGAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN
> UMNO DIMANSUHKAN 
>       
> MELAKA, 16 Julai (Bernama) -- Tun Ghafar Baba hari
> ini mengulangi cadangannya supaya jawatan timbalan
> presiden Umno dimansuhkan kerana perlawanan yang
> hebat dalam parti itu sebenarnya ialah perebutan
> bagi jawatan itu dan bukan untuk naib presiden. 
> 
> "Saya cadangkan jawatan itu dimansuhkan kerana ia
> adalah anak tangga terakhir untuk menjadi perdana
> menteri. Apabila ramai orang berminat menjadi
> perdana menteri, maka jawatan itu menjadi rebutan,"
> katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan
> dengan pemimpin MIC kawasan parlimen Batu Berendam
> di sini. Beliau adalah Anggota Parlimen Batu
> Berendam. 
> 
> Ketika diminta mengulas cadangan Ketua Wanita Umno
> Datuk Seri Rafidah Aziz supaya jawatan naib presiden
> dimansuhkan bagi mengelak politik wang, Ghafar yang
> juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas
> Timbalan Presiden Umno, berkata beliau pernah
> mencadangkan supaya seorang daripada tiga naib
> presiden menjadi timbalan perdana menteri. 
> 
> "Tapi pandangan saya (ketika itu) tidak difahami
> oleh Umno, masing-masing mengambil sikap yang
> ringkas...oh! pandangan saya itu tak betul.
> Sebenarnya tidak ada timbalan pun parti boleh
> berjalan," katanya. 
> 
> Ghafar berkata dengan memansuhkan jawatan timbalan
> presiden, Umno boleh mewujudkan lima jawatan naib
> presiden berbanding tiga sekarang ini. 
> 
> "Perdana Menteri boleh ambil salah seorang naib itu
> jadi TPM, jadi dia orang tak tahu siapa tetapi jika
> ada jawatan timbalan (presiden Umno) itu, dia tahu
> siapa menang akan automatik terpilih. 
> 
> "Keadaan itu menjadikan semua tertumpu kepada situ
> (jawatan timbalan presiden)...itu yang boleh membawa
> kepada perpecahan," katanya. 
> 
> Malah, menurut Ghafar, cadangan beliau telahpun
> dipraktik apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
> menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun ketika itu
> beliau belum menjadi jawatan timbalan presiden Umno.
> 
> 
> "Dia naib presiden (ketika itu), naib presiden boleh
> jadi Timbalan Perdana Menteri," katanya. 
> 
> -- BERNAMA 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke