Title: RE: H-Net* Ning Baizura Gila ................apa?

Assalamu'alaikum semua,

Yang sebenarnya, saya & gang-gang muslimat saya ada juga "tercakap" pasal hal ni secara "general" saja, sebab kami tak membaca Mingguan Malaysia.  Dan, yg "highlight" perkara ni dalam discussion kami pun ingat-ingat lupa apa yg ditulis, so bila baca apa yg diforwardkan oleh Bilal Ahmad, we have now got the "rough picture" of what she (Ning) had said.

Antara lain, (yang mana Bilal Ahmad tak ceritakan), Ning mendapat "tawaran" dari seorang Lesbian, dan Ning rasa itu merupakan suatu "penghormatan" pada dirinya!  Apa?  Dapat tawaran dari "lesbian" itu suatu penghormatan?  Ning ni nak jadi ummat Nabi Lut ke?

Wow!  Saya tak sangka pulak Ning "bercita-cita" dan "berfantasi" sampai begitu sekali ya!  Tapi, nak disalahkan NIng sorang aje pun tak boleh.  Kita kena jugak salahkan orang yg interview dia.  Mengapa soalan bodoh macam tu yg ditanya?  Tidakkah si penanya tahu bahawa Ning beragama islam..... lainlah kalau dia tanya kepada Britney Spears ka, Whitney Houston ka, si Celion Dion ka.... tak pa lah jugak, sebab depa tu terang-terang dah kafir laknatullah....  ni pergi tanya soalan macam tu pada orang beragama Islam.....  Yang si Interviewer tu bukan Islam kah?  Kalau bukan Islam, tak boleh salahkan depa.

Kepada Ning pulak... takkan "bengong" sangat nak jawab:  Susah sangat ka nak tanya balik si penanya tu "Should I answer this type of question?  Don't you know that I am Muslim, so I must potray good image as a Muslim singer?"  Itu kalau Ning rational.... tapi dah dia pun seperti tak menghiraukan sensitiviti peminat beragama Islamnya, tak dapeklah den nak nolong nya hah!   (Sincerely speaking, saya LANGSUNG TAK MINAT KE DIA!)  Ke mana pergi "manager" dia yg selalu dok dengan dia?  Ibu dia kan boleh tolong nasihatkan dia?  Mana ibu dia pergi?   Rendahnya moral yg ditunjukkan oleh Ning...... murahnya publisiti yg dia dapat!

Tapi, bila ingat semula gelagat Ning..... dulu dia bukankah pernah perform di Momfort Boys Town?  Bukankah dulu heboh jugak di Hizbi pasal dia buat performance kat MBT?  Tak heranlah , kan!  heran tak heran, tapi masih heran jugak.....   artikel yg tak ada "quality" macam ni "published" dalam MM, mengapa, dah habis modal ka?   Benda-benda macam ni tak SESAT ka?

Whatever it is...... kepada sesiapa yg berkesempatan untuk bersua muka dengan Ning...nasihatkanlah secara hikmah, supaya dia tidak membenci pulak Islam & "cop" si penasihat tu yg bukan-bukan.  Kita janganlah kutuk-kutuk sangat.... manalah tahu, tiba-tiba dia jadi seperti Ogy, insaf & bertaubat.   Baru kita menyesal pulak.  Jadi, saya harap netters semua janganlah terlalu ghairah mengutuk Ning.  Nanti kita menyesal pulak.  Kita ni tak tahu hati orang, Allah Ta'ala tu kaya, kot-kot DIA beri petunjuk & Hidayah pada NIng suatu hari nanti.... siapa tahu?

Saya juga minta sangat pada Allah supaya memberi pentunjuk & hidayah kepada seorang lagi penghibur sensasi, Anita Sarawak yg BERAMBUT PLATINUM tu.... Ish... Ish...  kesian kat mak bapak dia (arwah S Romai Noor & arwah Siput Sarawak).  Lebih kesian ialah, mendiang Broery Marantika (bekas suami Anita) yg "murtad" dan lari balik ke agama asalnya, Kristian......  Ni JD (bekas suami Anita) pulak macam mana?  Agak-agak masa kahwin dengan Anita di US tu dia peluk agama Islam tak?  Ke "menyelam" aje?  Entahlah...... apa nak jadi agaknya pada mereka, ya?  Allah saja yg tahu.....

Wallhu'alam.....


P/S:  Sesiapa yg meminati Ning di luar sana, minta tolong sampaikan salam kemaafan saya sebab tercakap dia "bengong" tadi......

Kirim email ke