*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kebetulan pada malam ini TV3 ada menyiarkan satu forum khas
berkenaan Al-Maunah, ahli penalnya ialah Dr Mahathir dan 3
ekor rakan-rakannya. Tujuannya ialah untuk mencari jalan
untuk menghapuskan PAS. Setelah mengikuti forumnya, antara
isu yang disebut ialah mengaitkan Al-Maunah dengan PAS,
seolah-olah PAS terlibat dalam cubaan merampas kuasa secara
kekerasan. Maka banyak perkara lain lagi disebut, maklumlah
forum itu adalah untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa
PAS adalah kumpulan merbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Minggu lalu, pihak pemerintah melarang PAS menyebut tentang
Al-Maunah dalam ceramah-ceramah mereka kerana dibimbangi
pihak PAS akan mengeksploitasikan isu ini yang mana akan
mendatangkan kesusahan kepada pihak pemerintah. Selepas
bebrapa hari, maka akhbar dan TV menyiarkan propaganda
bahawa Al-Maunah adalah angkara perbuatan parti pembangkang
(PAS), secara terang-terang melemparkan tuduhan terhadap
PAS.

Maka sebagai tindak-balas pihak PAS menjawab bahawa isu Al-
Maunah adalah "sendiwara UMNO" untuk memburuk-burukkan
PAS. Kemudian pihak UMNO menjawab bahawa PAS adalah GILA
menuduh UMNO bersendiwara. 

Soalnya, siapakah yang mulakan tuduhan terlebih dahulu? PAS
atau UMNO? Kalau pihak Keselamatan Dalam Negeri mengeluarkan
arahan melarang PAS menyebut tentang Al-Maunah dalam ceramah
mereka, pihak media-massa pula yang menuduh PAS yang merancang
rompakan senjata, adakah salah PAS mempertahankan diri untuk
membersihkan namanya daripada perbuatan itu? Sekarang ini
larangan supaya PAS jangan membela-diri dalam ceramah-ceramah
sedang berkuatkuasa. Adakah ini dinamakan demokrasi tulin yang
diamalkan oleh Malaysia? Pihak yang dituduh tidak dibenarkan
bercakap. Sepatutnya PAS berhak berkata untuk membela dirinya. 
Soal rakyat percaya atau tidak, terserahlah kepada rakyat 
sendiri.

Kita melihat setiap hari akhbar dan TV melapurkan isu Al-Maunah
adalah perbuatan PAS. TV3 sendiri mengadakan forum untuk 
memberitahu rakyat Malaysia bahawa PAS adalah parti pengganas,
dengan mengambil contoh Al-Maunah. Sekarang apa PAS boleh buat?
Polis akan menangkap sesiapa sahaja yang bercakap tentang
Al-Maunah di tempat awam. Orangramai diharamkan bercakap tentang
itu, tetapi kalau bercakap pun, mestikan percaya kepada akhbar
and TV yang menyokong pemerintah. Akhbar HARAKAH sudah dihadkan
terbitannya, yang PAS dapat bersuara ialah 2 kali sebulan,
sedangkan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia bebas menuduh
PAS yang bukan-bukan setiap hari. Inilah demokrasi tulin ala
Dr Mahathir. Yang dituduh itu dihalang daripada bersuara. Saya
tidak pelik jika kejadian yang lebih buruk akan tercetus tidak
lama lagi. Siapa yang bersalah jika orang terlampau marah
akan bertindak di luar dugaan.

Dalam forum itu, Dr Mahathir dan 3 ekor monyet hanya mahu
menimbulkan kebencian rakyat terhadap PAS. Tetapi yang saya
perhatikan mereka tidak ada bukti yang konkrit untuk membukti-
kan bahawa PAS merangcang perbuatan Al-Maunah itu. Mereka
hanya tahu menuduh. Sekarang ini mari kita soal, apakah hukuman
yang patut dikenakan terhadap perompak senjata itu? Mengikut
undang-undang Malaysia, rakyat negara ini yang memiliki senjata
secara haram boleh dihukum bunuh. Sudah jelas kumpulan itu
mememiliki senjata secara haram, beranikah Dr Mahathir 
mengisytiharkan mereka patut dihukum bunuh? Kita tunggu dan
lihat jika Dr Mahathir tidak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap
mereka yang terlihat, bolehlah dikatakan itu MUNGKIN satu
perancangan UMNO. Tentu ada satu rahsia yang tersembunyi, atau
rompakan senjata itu menjadi "senjata" makan tuan !!!!!!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke