Kenyataan Media Parti Rakyat Malaysia (PRM)


PM Mesti Memberi Bukti Lengkap Untuk Tuduhannya


Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akhirnya telah mendedahkan
tujuan politik sebenarnya. Beliau cuba mendapat keuntungan politik yang
sepenuhnya daripada peristiwa rampasan senjata di Grik dan gerakan
Al-Ma'unah. Ini dilakukan mula-mula secara kabur dengan menuduh parti-parti
alternatif terlibat. Akhirnya semalam dengan terus terang Dr Mahathir
menuduh kebanyakan ahli al-Ma'unah adalah anggota PAS.
Inilah tujuan sebenar Dr Mahathir, iaitu untuk membabitkan PAS, yang
dianggap musuh politiknya yang terbesar sekali. Di samping menuduh PAS, PM
juga nampaknya sedang membuat persediaan untuk mengambil tindakan yang
menekan terhadap parti itu dan mungkin juga terhadap parti-parti alternatif
yang lain.
Jaminan bahawa beliau tidak akan berbuat demikian tidak boleh dipercayai.
Tuduhan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu sangat serius. Tentulah PM
mempunyai bukti yang lengkap. Selaku seorang PM yang bertanggungjawab,
beliau seharu! snya mengemukakan segala bukti yang ada padanya kepada umum.
PRM mencabar supaya Dr Mahathir memberikan senarai lengkap nama serta nombor
kad pengenalan Al-Ma'unah itu, dengan menyatakan yang mana satukah
anggota-anggota PAS. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, PM hendaklag
mengeluarkan arahan supaya pihak polis menyerahkan senarai tersebut kepada
PAS seperti yang diminta oleh Presiden PAS YB Datuk Fadzil Noor.
Ini untuk membolehkan PAS membantu polis menyemak bagi memastikan
siapa-siapakah anggota PAS itu. Sekiranya Dr Mahathir tidak melakukan salah
satu daripada dua perkara ini, beliau akan dianggap sebagai pemfitnah dan
pelawak besar semata-mata.
Dari awal lagi Dr Mahathir mendakwa bahawa peristiwa ini merupakan satu
ancaman keselamatan yang besar. Jikalau ia merupakan ancaman kepada negara
dan rakyat, maka wajarlah pemerintah mengajak semua pihak, tidak kira latar
belakang politik, terlibat untuk bersama-sama menanganinya.
Ole! h sebab itulah pemimpin-pemimpin BA telah meminta PM menganjurkan
pertemuan semua parti untuk membincang perkara ini. Malangnya surat yang
telah disampaikan kepada Perdana Menteri oleh Presiden PAS merangkap Ketua
Pembakang dalam parlimen dan kenyataan akhbar yang dibuat oleh
pemimpin-pemimpin BA tidak dijawab pun oleh PM.
Percubaan untuk membincangkan perkara ini dalam Parlimen pun telah dihalang
oleh Speaker. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ialah membuat
lagi tuduhan yang tidak bertanggungjawab terhadap parti-parti alternatif,
terutama sekali PAS.
Dr Mahathir dari mula telah mempolitikkan peristiwa ini. Beliau
menggunakannya untuk meluaskan pengaruh dirinya serta BN dan mendapatkan
sokongan dari dalam dan juga luar negeri. Beliau mengutamakan kepentingan
politik diri dan partinya lebih daripada kepentingan keselamatan negera dan
rakyat. PRM menggesa supaya dibentuk Suruhanjaya untuk menyiasat segala
aspek perampasan s! enjata dan gerakan Al-Ma'unah itu.
Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
21 Julai 2000



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Reply via email to