*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum ...

berikut ini saya "paste"kan satu luahan dari saudara seagama kita :-
**********************

LUAHAN  SUFI
Tuan berkata jihad nafsu tidak utama dan hadithnya dhaif atau diada-adakan . 
Tuan memperkecilkan jihad nafsu sedangkan nafsu sentiasa menggoda setiap 
masa dan ketika. Di Malaysia tidak pernah kita berjihad memerangi orang 
kafir, tetapi nafsu sentiasa menggoda dengan kelalaian , maksiat dan dosa.

Imam Al-Ghazali berkata rintangan yang menghalang manusia dari  menjadi  
hamba   ALLAH   ada   empat ;    (1)  Hawa Nafsu    (2) Syaitan  (3) Dunia  
& (4) Manusia.

Kejatuhan kerajaan Islam terdahulu juga disebab kemewahan, tamak  haloba , 
gila  pangkat  dan  terhakisnya  sifat-sifat  terpuji  (mahmudah).

Dalam satu riwayat Rasulullah S.A.W pernah bersabda ;  Si anu mati syahid 
dan si anu tidak . Ini kerana nafsu tidak ikhlas. Begitu juga orang yang 
berhijrah kerana perempuan tidak mendapat pahala. Nafsu sentiasa menggoda 
supaya berpaling dari keredhaan ALLAH Ta'ala.

Keberanian umat Islam Afganistan, Moro, Ambon kini adalah disebabkan nafsu 
mereka ditekan dan ditindas setelah sekian lama hidup mengikut hawa nafsu 
dan kelalaian.

Hilanglah keberkatan ilmu dan kerahmatan orang-orang alim adalah disebabkan 
kelawasan hawa nafsu. Alim zahir sahaja tidak akan mengenali tipu daya 
nafsu. Ilmu dijadikan alat mencari makan dan kemewahan . Inilah alim dilidah 
munafik di hati , soleh pada kata-kata , jahil pada perbuatan dan tidak 
yakin dengan rezeki ALLAH.

Umat Islam Arab sudah lama berperang dengan orang yahudi tetapi masih juga 
belum menang . Ini kerana pengaruh hawa nafsu yang  suka  meniru  orang  
kafir dan  tidak  mengikut  petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Berkata Saidina Ali ; jangan kamu melihat siapa yang berkata tetapi dengar 
apa yang dia kata.

Jihad menentang kafir adalah yang utama apabila diperlukan tetapi jihad 
nafsu adalah asas bagi menentukan keredhaan ALLAH Ta'ala.

***********************
WALLAHua'lam
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke