*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Setelah siasatan mendalam yang dijalankan oleh SB, kemungkinan besar syarikat telekomunikasi DIGI 1800 juga akan diharamkan selain daripada PAS kerana terlibat dengan kumpulan Maunah. Syarikat DIGI 1800 telah didapati membekalkan kenderaan untuk kumpulan tersebut. Sila rujuk berita lanjut dalam Utusan Online 6 July 2000 Polis soal siasat wartawan Utusan disangka perompak KUALA KANGSAR 5 Julai - Wartawan Utusan, Borhan Abu Samah terpaksa menjalani soal siasat selama sejam di Balai Polis Kati kerana wajahnya mirip salah seorang ahli kumpulan perampas senjata di dua kem tentera di Gerik. Dia ditahan semasa sekumpulan wartawan Utusan singgah untuk minum bersebelahan dengan rumah yang dijadikan bengkel kumpulan itu di Kampung Padang Lalang, Jalan Kati kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sauk. Rumah itu yang disewa oleh penjenayah berkenaan diserbu polis awal pagi ini dan polis telah merampas enam buah kenderaan iaitu kenderaan penunda, dua Proton Saga, sebuah Honda Accord, sebuah Ford dan pacuan empat roda Jeep Cherokee yang berlambangkan syarikat DIGI 800. Kesemua kenderaan itu dibawa ke Balai Polis Sauk oleh kereta penunda. Di rumah itu yang dikawal ketat, polis turut mengambil beberapa dokumen, komputer dan pelbagai alat mengecat kenderaan. Borhan yang cuba meninjau daripada dekat rumah berkenaan tiba-tiba ditahan dan digari setelah tuan rumah sewa itu yang juga seorang anggota polis mengecamnya sebagai salah seorang anggota kumpulan tersebut. Wartawan Utusan yang lainnya yang sedang minum kemudiannya diarah menyerahkan kad pengenalan. Walaupun penjelasan dibuat dan kad akhbar diserahkan tetapi anggota polis berkenaan terus mengarahkan wartawan itu memasuki kenderaan Pajero Utusan untuk ke Balai Polis Kati. Kenderaan Utusan yang dipandu oleh salah seorang anggota polis dikawal oleh anggota pasukan Senoi Praaq yang bersenjatakan M-16 dan duduk di tempat belakang. Borhan yang menaiki kenderaan polis mengiringi kenderaan Utusan ke Balai Polis Kati. Setelah disoal siasat selama sejam, Borhan dibebaskan. Pegawai polis yang mengarahkannya ditahan meminta maaf serta menjelaskan bahawa wajahnya memang mirip salah seorang anggota kumpulan itu. ------------------------------------------------------------ http://melayu.com/sembang2 1001 Sembang ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "ahmad abu" <[EMAIL PROTECTED]>