*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamua'alaikum,

Saya "confuse" sedikit.... a).Didalam tulisan saudara
yang lepas,saudara menyokong pendapat Kaum Sufi itu
sesat.
Tetapi saya hairan kenapa saudara mengambil Imam
Al-Ghazali sebagai rujukan. Bukan kah Imam Al-Ghazali
seorang Sufi ? Kenapa mengambil rujukan kpd. orang
sesat ?

2).Didalam tulisan saudara yang lalu, saya lihat
saudara lebih mengikut pendapat Sheihk Abdul Wahab
atau
lebih dikenali dengan fahaman Wahabi tetapi kenapa
saudara mengambil rujukkan dari Imam As-Syafi'e ?

Saya benar-benar "confuse" dengan pegangan saudara
yang bercampur aduk......ini.

Harap jelaskan agar saya tidak confuse lagi.

Wassalam.

--- Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> > Keempat : Bid’ah mengikut Imam Shafie.
> >
> > Riwayat yang msyhur menyatakan bahawa Imam Shafie
> telah membahagikan
> bid’ah
> > kepada dua kategori, yang pertama bid’ah terpuji
> manakala kedua bid’ah
> 
> > tercela. Dalam riwayat lain disebut bahawa yang
> dimaksudkan dengan
> bid’ah
> > terpuji adalah sesuatu yang selari dengan kitab
> al-Qur’an dan Sunnah
> Nabi
> > manakala yang bid’ah yang tercela adalah yang
> bertentangan dengan
> al-Qur’an
> > dan as-Sunnah.
> >
> > Dari kedua-dua riwayat ini ada yang pantas membuat
> rumusan bahawa
> boleh
> > melakukan perkara bid’ah asalkan ia selari dengan
> petunjuk al-Qur’an
> dan
> > as-Sunnah. Pendapat ini perlu dirujuki semula,
> kerana yang dibahagikan
> oleh
> > Imam Shafie kepada dua jenis bid’ah sebagaimana
> riwayat di atas adalah
> dalam
> > urusan kemaslahatan umat dan masyarakat dan ia
> tidak sedikitpun
> dimaksudkan
> > dalam urusan tauhid, akidah dan ibadah maudhoh.
> Riwayat-riwayat di
> atas
> > perlu digandingkan bersama riwayat berikut ini,
> yang dikutip oleh Imam
> Ibnu
> > Jawzi (597H) dengan isnad yang lengkap dalam
> kitabnya “Tablis Iblis,
> ms 35”
> > bahawa:
> >
> > Telah berkata Abu Laits bin Sa’ad: “Jikalau aku
> melihat ahli bid’ah
> (dengan
> > amalan-amalannya) dapat membolehkannya berjalan di
> atas air, tetap aku
> tidak
> > akan menerimanya.” Mendengar yang sedemikian Imam
> Shafie menambah:
> > “Kata-kata al-Laits itu tidak salah, namun jikalau
> aku melihat ahli
> bid’ah
> > tersebut (dengan amalan-amalannya) sehingga dapat
> berjalan di atas
> udara
> > sekalipun, nescaya aku tetap tidak akan
> menerimanya.”
> >
> > Dari riwayat ini adalah jelas bahawa apabila
> menyentuh urusan tauhid
> dan
> > ibadah, Imam Shafie tidak menerima sebarang bentuk
> bid’ah dalam bab
> ibadah
> > sekalipun perbuatan bid’ah seseorang itu dapat
> dapat mengangkat
> seseorang
> > itu ke “maqam” yang melebihi orang ramai. Justeru
> bid’ah terpuji yang
> > dimaksudkan oleh Imam Shafie bukanlah merekacipta
> urusan-urasan
> ibadah,
> > tetapi adalah dalam urusan maslahah mursalah,
> yakni perkara-perkara
> yang
> > melibatkan kepentingan awam seperti pembinaan
> sekolah dan sebagainya.
> >
> > Adapun pendapat yang mengatakan Imam Shafie
> membahagikan bid’ah kepada
> 5
> > kategori, yakni wajib, sunat, harus, makruh dan
> haram, tidak saya
> temui di
> > dalam mana-mana kitab. Sekadar pengetahuan saya,
> mujtahid pertama yang
> 
> > mengusulkan perkara ini ialah Imam Izz Abdul
> as-Salam (660H) dalam
> kitabnya
> > “Qawaaid al-Ahkam”, jld 2, ms 173.
> Walaubagaimanapun, hujah-hujah Imam
> Ibnu
> > as-Salam ini adalah tersangat panjang lagi
> mendalam. Secara ringkas,
> yang
> > dimaksudkan oleh beliau dengan bid’ah wajib adalah
> dalam urusan
> kemaslahatan
> > awam manakala bid’ah haram adalah urusan tauhid,
> akidah dan ibadah
> maudhoh.
> > Akan tetapi pendapat Imam Ibnu as-Salam ini telah
> dikomentar oleh
> seorang
> > lagi mujtahid besar, yakni Imam as-Syatibi (790H),
> dalam
> “al-I’tisham”, jld
> > 2, ms 173, bahawa mengkategorikan bid’ah sebagai
> wajib dan sunat akan
> > menjerumus orang ramai kepada kefahaman yang salah
> terhadap maksud
> sebenar
> > bid’ah dan ertikata sebenar penjelasan Ibnu
> as-Salam. Justeru menurut
> Imam
> > as-Syatibi, bid’ah wajib, sunat dan harus
> hendaklah dikategorikan
> dalam bab
> > maslahah mursalah, manakala bid’ah makruh dan
> haram tetap
> dikategorikan
> > sebagai bid’ah sebagaimana yang didasarkan oleh
> Nabi
> > sallallahu-alaihi-wasallam.
> >
> > Perlu juga saya menambah, pendapat sebenar Imam
> al-Ghazali (505H)
> tentang
> > bab bid’ah tidak boleh dirujuk kepada kitab
> Ihya’-nya, tetapi adalah
> kepada
> > kitabnya yang berjudul “al-Mustashfa.”
> >
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: nukman naufal <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke