*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum.....

kat bawah ni sebenarnya statement siapa ni????adakah kenyataan umno 
totok???????
ini statement yang tak berlandaskan ilmu nih.....pelik sangat ni.....

boleh bagitau siapa yang hantar nih?????

ok thanks


>FWD:  PAS, HADI AWANG DAN SEBUAH SKETSA AGAMA
>
>Nampaknya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang dan Parti Islam se-Malaysia (PAS,
>walaupun PIM lebih tepat) benar-benar mengejutkan saya sebagai orang Islam.
>Selama ini saya memang menyedari sikap PAS yang selalu mengeluarkan
>fatwa-fatwa yang bersifat radikal tanpa menilai kesannya dan juga
>kewajarannya. Tapi tindakan kali ini amat mengecewakan.
>
>Tindakan cuba menggubal Undang-undang murtad yang membawa hukuman bunuh
>merupakan satu tindakan yang benar-benar mengecewakan saya sebagai penganut
>Islam. Ia tidak lebih daripada satu bentuk permainan politik yang meloyakan
>dengan anggapan bahawa orang Islam di Malaysia adalah Islam baka yang 
>bodoh.
>Mereka tahu bahawa undang-undang tersebut tidak mungkin akan diluluskan
>kerana hukum mati untuk orang murtad tidak terdapat dalam al-Quran.
>Jadi nanti bolehlah mereka ke seluruh pelusuk kampung menjaja bahawa Umno
>menolak hukum Islam. Sedangkan hakikat bahawa hukum bunuh untuk orang 
>murtad
>yang mereka bawa berdasarkan hadis lemah, dan tidak pula disokong oleh
>tindakan rasulullah, tidak diambil peduli demi cita-cita politik mereka.
>Mereka mempertaruhkan nyawa manusia demi cita-cita politik mereka.
>
>Sebagai orang Islam yang walaupun merupakan Islam baka tapi saya menyedari
>bahawa agama yang saya anuti ini bukan semata-mata kerana ibu bapa saya
>beragama Islam. Saya terus kekal dalam Islam kerana saya percaya
>kebenarannya dan keesaaan Allah.
>
>Saya diajar agama ini penuh keharmonian, keamanan dan toleransi bukan 
>sahaja
>sesama Islam tetapi juga dengan bukan Islam. Saya diajar bahawa seseorang
>yang bukan Islam juga adalah makhluk Allah yang sewajarnya mendapat hak dan
>dihormati selayaknya. Saya juga diajar bahawa Islam itu membenarkan
>kebebasan beragama. Tapi PAS memimpin imej yang sebaliknya.
>
>Di kampung saya dulu, kami, budak-budak, diajar memanggil orang cina yang
>meninggal dunia sebagai cina mampus. Tapi, seorang ustazah memarahi saya 
>dan
>berkata bahawa jangan menghina orang bukan Islam yang meninggal dunia 
>kerana
>kita tidak mengetahui sama ada dia telah memeluk Islam sebelum mati. 
>Lagipun
>dia juga makhluk Allah maka biarlah Allah yang menentukan tarafnya.
>
>Berbalik kepada cadangan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas orang yang
>murtad. Perkataan Arab bagi murtad ialah riddah yang berasal daripada kata
>dasar radd yang bermaksud "undur, menarik diri daripada atau keluar
>daripada."
>Dalam konteks Islam, perkataan murtad merujuk kepada perbuatan meninggalkan
>agama Islam sesudah mengaku beriman. Memang terdapat percanggahan pendapat
>para ulama tentang hukum murtad.
>
>Menurut al-Quran, "sesiapa yang tidak percaya akan Allah sesudah beriman
>kecuali orang yang dipaksa, sedangkan hatinya tetap dengan keimanan, tetapi
>barang siapa yang terbuka hatinya dengan kekufuran, maka pada merekalah
>kemarahan daripada Allah dan bagi merekalah azab yang besar."(16:106)
>
>Ayat lain pula berbunyi, "Dan jika mereka memecahkan sumpah mereka sesudah
>mereka berjanji dan mereka mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua
>kekufuran itu (kerana) sesungguhnya mereka itu tidak ada sumpah bagi 
>mereka,
>supaya mereka mahu berhenti." (9:12)
>
>Ternyata sekali kedua-dua ayat ini tidak pun mengatakan bahawa orang yang
>murtad harus dibunuh. Ayat pertama di atas jelas mencerminkan bahawa orang
>yang murtad akan menerima azab Allah bukannya hukuman oleh manusia. Dalam
>ayat kedua, perkataan perangi tidaklah boleh ditafsirkan sebagai arahan
>membunuh.
>Manakala dalam hadis pula (Sahih al-Bukhari), "Rasulullah s.a.w. tidak
>menghukum bunuh sesiapa jua pun dengan hukuman hudud kecuali salah satu
>daripada tiga kesalahan: orang yang membunuh dengan sengaja akan dibunuh,
>(begitu juga) orang yang melakukan zina sesudah bernikah ataupun orang yang
>memerangi Allah serta Rasul-Nya lalu menjadi murtad.
>
>Jadi nyata sekali bahawa Islam tidak pernah menghukum bunuh mana-mana orang
>Islam yang keluar daripada Islam kecuali mereka yang murtad dan kemudian
>menyerang serta mencela Islam. Itu pun Allah berfirman bahawa perangilah
>mereka- yang sudah tentu tidak semata-mata ditafsirkan sebagai hukuman
>bunuh.
>
>Pandangan bahawa orang yang murtad adalah perkara dosanya dengan Allah
>adalah selari dengan ayat al-Quran "Tidak ada paksaan dalam Islam" (2:256).
>Jauh daripada itu, S.A. Rahman, bekas Ketua Hakim Pakistan merujuk kepada
>ayat "Barang siapa yang beriman kepada Allah kemudian murtad, beriman
>kembali, murtad lagi kemudian memperbesar-besarkan ketidakpercayaan mereka.
>Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan yang
>benar"(4:137).
>Lalu beliau menulis, "Hal yang demikian ini ialah bukti yang jelas dan
>hampir muktamad menolak tesis bahawa orang yang murtad harus dihukum bunuh
>sebaik sahaja ia murtad. Ayat ini menggambarkan perbuatan murtad yang
>berulang kali setelah berselang seli beriman kepada Allah, tanpa menyebut
>sebarang hukuman kerana perbuatan tersebut di dunia. Oleh yang hal 
>demikian,
>perbuatan murtad mestilah suatu dosa bukannya jenayah. Jika orang yang
>murtad harus dibunuh sebaik sahaja dia murtad pertama kali, tentulah dia
>tidak mungkin murtad berulang-ulangkali."
>Apakah pandangan yang menyokong hukum bunuh ke atas orang murtad? Satu 
>hadis
>yang sempat penulis temui ialah diriwayatkan oleh 'Ikrimah yang bermaksud,
>"Barang siapa menukar agama, bunuhlah ia."
>Merujuk kepada hadis ini, Dr. Muhammad Muslehuddin (Penasihat Presiden
>Pakistan dalam Pendidikan Islam pada 1984) dengan keras menegaskan bahawa
>"...tentang hadith oleh 'Ikrimah pula, dia dianggap sebagai penipu dan oleh
>itu tidak sahih."
>
>Untuk pengetahuan awal mengenai pandangan Islam berkenaan isu murtad ini
>saya mengesyorkan pembaca meneliti buku Muhammad Muslehuddin "Jenayah Dan
>Doktrin Islam Dalam Tindakan Pencegahan" yang diterjemahkan oleh Asiah
>Idris.
>Saya bukanlah seorang ustaz jauh sekali seorang ulama. Tapi saya seorang
>Islam. Sejak mula mendengar ceramah PAS dan pandangan penyokong PAS di
>sekeliling saya sejak sekolah, saya mula tertanya-tanya benarkah tafsiran
>PAS bahawa orang yang murtad wajar dihukum bunuh?
>
>Sepanjang kajian dan penelitian saya terhadap sirah (sejarah) Rasulullah,
>saya tidak pernah berjumpa mereka yang murtad dihukum bunuh atau pun nabi
>mengeluarkan fatwa supaya mereka di bunuh kerana murtad. Saya rasa contoh
>klasik mengenai hukum murtad ialah perjanjian Hudaibiyah.
>Dalam perjanjian tersebut orang Mekah iaitu hamba dan mereka yang masih di
>bawah penjaga hendaklah dikembalikan kepada tuannya atau penjaganya dan
>mereka bebas sama ada untuk terus kekal dalam Islam atau kembali kepada
>anutan asalnya.
>
>Apakah nabi telah melakukan kekecualian di situ? Satu lagi pertanyaan yang
>menarik ialah apakah tidak terdapat orang yang murtad pada masa itu? Kalau
>ada apakah hukuman nabi ke atas mereka? Ini semua wajar dijelaskan.
>Menurut Syeikh Tantawi, bahawa dalam sejarah perkembangan Islam semasa Nabi
>Muhammad s.a.w. memang terdapat orang yang murtad namun tidak pula dihukum
>bunuh oleh nabi kecuali mereka yang murtad dan menentang Islam.
>Selain itu, bukankah mereka yang keluar Islam itu dianggap tuhan sebagai
>kafir? Dan bukankah hubungan antara orang Islam dengan kafir itu terbahagi
>dua antara kafir yang bersahabat dan kafir yang memusuhi kita? Jadi,
>hubungan antara orang Islam dengan orang murtad ialah persoalan hubungan
>antara orang Islam dan orang kafir yang telah pun diterangkan dalam
>al-Quran.
>
>Tindakan PAS mengambil hadis yang lemah sebagai alasan untuk melaksanakan
>hukuman bunuh adalah satu yang mengecewakan kita. Lebih daripada itu, ia
>merupakan satu bentuk penghinaan kepada Islam. Apakah Islam meletakkan 
>harga
>nyawa manusia sebegitu rendah? Iaitu masalah mengambil nyawa manusia hanya
>diputuskan dalam hadis sahaja?
>Bukankah dikatakan hadis itu pelengkap atau penerang al-Quran. Tapi ketika
>tidak ada satu pun ayat dalam al-quran yang menghukum mati orang yang 
>murtad
>kita tertanya-tanya apakah motif ulama PAS hendak menegakkan beberapa buah
>hadis yang telahpun diklasifikasikan sebagai hadis lemah? Hadis lemah yakni
>hadis yang hanya boleh dijadikan rujukan tambahan bukannya hukum utama.
>
>Bolehkah fatwa mengambil nyawa orang hanya berdasarkan beberapa hadis yang
>diakui lemah? Kassim Ahmad telah beberapa kali menyanggah pandangan ini
>malangnya beliau dianggap sebagai anti hadis. Astora Jabat dalam siri
>tulisannya di Mingguan Malaysia juga banyak menjelaskan perkara ini. Tapi
>penyokong PAS dalam internet menganggapnya sebagai 'barua kerajaan'(satu
>lagi sikap jumud PAS yang suka melabel orang lain.)
>
>Ini bukan masalah ibadat atau perkara furuk. Tapi ini masalah nyawa manusia
>dan PAS sanggup menggunakan beberapa hadis lemah untuk mengambil nyawa
>manusia semata-mata kepentingan politiknya.
>Menggunakan peristiwa peperangan Saidina Abu Bakar as-siddiq ke atas orang
>murtad sebagai satu alasan juga sekadar memperlihatkan kedhaifan ilmu ulama
>PAS. Abu Bakar memerangi mereka bukan kerana mereka keluar daripada Islam,
>sebaliknya ia diperangi kerana memusuhi Islam dengan cara mengaku nabi 
>baru,
>enggan tunduk kepada khalifah Islam dan enggan membayar zakat kerana
>menganggap zakat hanya wajib pada zaman nabi. Jadi mereka diperangi kerana
>memusuhi Islam, cuba memutarbelitkan Islam dan menderhaka kepada negara.
>
>Ternyata PAS sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.
>Apakah mereka ini tidak takut kepada azab Allah nanti? Apakah mereka ini
>telah lupa kepada janji Allah terhadap orang yang mempunyai ilmu agama yang
>tinggi tetapi menyeleweng dari landasannya?
>
>Seterusnya, apakah kesan undang-undang ini ke atas dakwah Islam? Pernahkah
>ulama PAS bertanya atau memuhasabahkan diri mereka? Mungkin juga mereka
>telah menilai tapi tidak menemui jawapannya kerana antara mencela dan
>mencarut pun ulama mereka tidak dapat bezakan apatah lagi untuk perkara 
>yang
>besar
>Percayalah dakwah Islam di Malaysia akan terencat sekiranya undang-undang
>ini diluluskan. Saya sukar hendak percaya bahawa akan ada orang bukan Islam
>yang ingin mendekati atau memeluk Islam sekiranya undang-undang ini
>diluluskan. Kalau saya bukan Islam sendiripun akan menjauhkan diri dari
>Islam.
>
>Siapa yang sanggup menganut Islam sekiranya suatu ketika nanti ia akan
>dihukum bunuh sekiranya ia berniat untuk meninggalkan Islam. Agaknyalah,
>siapakah yang akan memeluk Islam pada zaman nabi sekiranya ketika dakwahnya
>beliau menekankan bahawa sesiapa yang keluar Islam wajib dibunuh.
>Memang benar PAS akan berhujah bahawa kita tidak perlukan orang yang masuk
>Islam kemudian keluar Islam. Memang benar bahawa kita tidak suka orang
>seperti ini. Tapi kita sewajarnya memberi peluang kepada bukan Islam untuk
>menganuti Islam bagi mencari kebenaran. Tapi kiranya, mereka tidak menemui
>kebenaran itu dan ingin kembali kepada ajaran asal maka mereka tidak
>sewajarnya di halang. Inilah jaminan yang orang bukan Islam mahu untuk
>menghampiri Islam. Tapi dengan undang-undang sedemikian maka makin jauhlah
>orang bukan Islam daripada Islam.
>
>Selebihnya, ia akan memberi kesan yang buruk ke atas imej Islam. Islam yang
>kononnya menghormati hak beragama orang lain akan kelihatan seperti tidak
>menepati dasarnya sendiri, kejam dan autokratik. Bagaimanakah kalau negara
>kristian juga mengambil tindakan yang sama, iaitu orang yang memeluk Islam
>akan dihukum bunuh? Sudah tentu kita menganggapnya kejam. Jadi yang kejam
>kepada kita boleh dilakukan kepada orang lain?
>
>Bolehkah undang-undang ini menghalang orang murtad? Tentunya tidak.
>Kepercayaan manusia dalam kehidupan beragama tidak mungkin dapat disekat
>oleh undang-undang. PAS sepatutnya sedar bahawa masalah murtad bukan kerana
>kelemahan undang-undang sebaliknya kerana kegagalan ulama hari ini untuk
>menunjukkan Islam sebenar. Dan kegagalan ini ternyata ditandai oleh PAS 
>yang
>telah menjadi medan ulama mendapatkan kuasa.
>
>Ketika ulama dahulu sibuk mengembangkan Islam sehingga ke seantero dunia,
>kebanyakan mereka yang mengaku dan menonjolkan diri sebagai ulama hari ini
>lebih banyak menghina dan mengutuk orang lain. Ketika ulama-ulama besar
>dahulu lebih suka menegur pemerintah secara hikmah dan melarikan diri dari
>menjadi pemerintah mereka yang mengaku ulama hari ini sibuk memaki hamun
>pemerintah untuk merebut kuasa. Ketika ulama besar dahulu selalu menganggap
>bahawa ijtihad mereka bukan muktamad, ulama politik hari ini cenderung ke
>arah mereka sahaja yang benar.
>
>Mereka yang menyalahkan kerajaan dan undang-undang atas masalah murtad
>sewajarnya sedar bahawa punca utama murtad ialah kegagalan dakwah kita
>sesama Islam. Dan ulama adalah antara golongan utama yang perlu memikul
>tanggung jawab ini. Mereka yang mengaku ulama tidak turun ke 'padang' untuk
>berdakwah. Sebaliknya, mereka membina hirarki tersendiri. Jadi mereka
>berharap dengan demikian pemuda Islam akan mendengar cakap mereka. 
>Malangnya
>imej mereka sendiri telah menjauhkan para remaja Islam dari mereka.
>
>Dakwah mereka pula hanya menceritakan apakah azab dan kebaikan di akhirat.
>Golongan ulama jenis ini berharap orang Islam akan terus kekal kepada Islam
>kerana takutkan azab Allah. Atau sekurang-kurangnya takutkan hukuman mati
>yang bakal mereka bawa ke Dewah Rakyat. Bagi golongan ini dakwah ialah
>dengan menakutkan orang Islam. Jadi Islamnya sebahagian anak cucu kita 
>nanti
>bukan kerana yakin bahawa Islam ini adalah kebenaran tapi kerana takut pada
>hukum murtad PAS.
>
>Kenapa mereka tidak menerima pandangan Sheikh Tantawi dan ulama lain yang
>menolak hukum mati ke atas orang murtad walaupun hujah golongan ini lebih
>kukuh dan lebih banyak kebaikan kepada Islam?
>Nampaknya PAS lebih suka memilih jalan yang ekstrem daripada yang 
>sederhana.
>Begitu berani sekali ulama PAS hingga sanggup mempertaruhkan nyawa manusia
>ke atas perkara yang terdapat percanggahan di kalangan ulama. Berani sekali
>mereka mempertaruhkan nyawa manusia pada hadis yang telah diakui lemah. Ini
>bukan hukum denda tapi mengambil nyawa manusia.
>
>Bila hukum mengambil nyawa manusia hanya bersandarkan kepada hadis yang
>lemah maka benarlah seperti kata Kassim Ahmad bahawa terdapat golongan yang
>telah meletakkan hadis lebih tinggi daripada al-Quran.
>Nampaknya, kalaulah PAS memerintah negara maka tafsiran agama akan menjadi
>ekstrem dan radikal hanya untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Islam di
>tangan PAS akan menjadi kita seperti Taleban di Afghanistan. Pas akan
>menggunakan apa sahaja fatwa yang boleh mengukuhkan kedudukan mereka dan
>akan menolak fatwa ulama yang tidak sama dengan kedudukan mereka.
>
>Islam di tangan PAS akan menjadi sebuah agama yang emosional, menakutkan 
>dan
>menggerunkan. Islam ditangan PAS tidak akan membenarkan perbezaan pendapat
>terhadap perkara cabang. Perkembangan Islam di negara ini dalam bahaya 
>kalau
>mengikut acuan PAS.
>
>Kepada ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara), tanggung jawab Yang
>Berhormat sekalian ialah menolak draf undang-undang murtad palsu ulama PAS
>ini. Jangan terkeliru dengan permainan politik PAS yang berselindung
>disebalik Islam. Kalau ada wakil rakyat Umno yang tidak mampu menentang dan
>membongkar kesyaitanan PAS lebih baik letak jawatan dan beri peluang kepada
>orang lain.
>
>Akhirnya, saya mohon maaf kiranya tulisan ini menyinggung atau mengguris
>perasaan sesiapa. Andainya pandangan ini salah maka betulkanlah dengan 
>hujah
>bukan emosi. Semoga perbincangan ini mendapat petunjuk dan hidayah daripada
>Allah s.w.t. Semoga juga kita tidak terjerumus dilembah kezaliman apatah
>lagi kezaliman atas nama agama. Nau'zubillah

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "rumzi matsaad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke