*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Maaf saya ingin menyampuk sedikit. Saya memang meminati kereta walaupun
kebanyakan kereta yang saya minati itu berada di luar jangkauan saya,
setidak-tidaknya buat masa ini.
Kalau ada antara netter yang rajin melawat laman-laman lain dah lama mereka
bertikam lidah mengenai kereta Malaysia. Kebanyakannya mengutuk. Malah
satu ketika dulu dalam ruangan ini ada sahabat yang menyenaraikan
masalah-masalah biasa kereta Malaysia. Saya tidak layak untuk mengutuk
kerana belum berpeluang memiliki mana-mana kereta Malaysia walaupun dah
lahir sejak 15 tahun lalu.
Saya berpendapat kutukan ramai terhadap kereta Malaysia adalah menefestasi
daripada rasa marah akibat harga yang mahal dan kualiti yang tidak setara
mana. Termurah antara yang termahal, itulah istilah yang paling sesuai.
Kenaikan harga kereta tempatan memang mendadak. Kepada yang masih muda,
saya imbau kembali 15 - 20 tahun silam. Toyota Corolla 1.3 baru cuma RM
14k, Corona 18k; Honda Accord 23k dan Merc 200 RM 50k. Nak senarai lain pun
saya ada sebab saya masih punya banyak majalah kereta waktu itu. Gaji
pekerja baru kerajaan BA/BSc (Hons) naik dari RM 865 kpd RM 1000/bulan
(suruhan jaya kabinet). Sila bandingkan harga kereta dan gaji bulanan
ketika ini. Contoh : Corolla 1.6 RM 100k, Accord 2.0 RM 160k dan Merc E200
RM 350K. Tempatan:Iswara RM 36k, Wira 1.5 M RM40K, 1.6 M RM 60k, Perdana V6
RM 105k. Gaji pula sekitar RM 1400. Perlu juga diingat yen Jepun ketika itu
setara dengan sen, tapi kini dah meningkat 3.5 sen. Jadi selain dari
kenaikan yen kenaikan harga kereta adalah akibat kenaikan cukai bagi
memastikan harga kereta Malaysia walaupun dinaikkan tetap lebih rendah.
Sebenarnya kebayakan kita tidak risau sangat pasal harga. Bukan kerana
mampu tapi kerana boleh hutang. Bukannya susah, harga mahal - panjangkan
waktu berhutang. Semua kan untung. Industri kereta, institusi kewangan,
insuran dan pengguna (tanya diri sendiri). Buktinya hanya model Tiara
sahaja yang terpaksa tutup buku yang lain masih laris.
Adakah kereta Malaysia berkualiti rendah? Saya tak boleh jawab, sdr/ri tuan
punya keretalah yang boleh jawab. Masalahnya kalau sdr/ri tak pernah
memiliki kereta atau kereta baru dapatkah sdr/ri bandingkan kualiti kereta
yang sdr/ri baru beli? Sukar bukan. Sebab itulah jawapan 'ini perkara
biasa' bila komplen dibuat, mungkin sudah memberi kepuasan.
Adakah kita lebih banggakan jenama Malaysia atau kualiti? Sebagai rakyat
saya banggakan jenama, tapi sebagai pengguna saya utamakan kualiti.
Hakikatnya jenama Malaysia sebelum waja bukanlah anak tempatan sebenar.
Sebenarnya ia hanya anak angkat yang berbinkan Malaysia, diberi nama
Malaysia dan berpakaian Malaysia. Di Indonesia, sebut saja jenama kita,
mereka ada klon mereka kecuali kancil, tiara, perdana. Kijang, Zebra,
Panther, Kuda dll adalah jenama tempatan mereka tapi BUKAN kelahiran
Indonesia. Mereka mengakui hanya anak angkat. Parent kereta ini tetap
jenama Jepun. Tapi pakaian Indonesia mereka lebih memenuhi citarasa
pengguna. Kini kita mula mengimport kijang generasi ke 3 sebagai UNSER.
Mungkin selepas ini KUDA pula sebab kereta mitsubishi ni memang comel lote.
Bukankah model ini lebih praktikal dengan keadaan kita berbanding sesetengah
jenama Malaysia sendiri.
Saya memang menanti kelahiran waja. Semuga kereta lahiran Malaysia ini
benar-benar anak watan. Bukanlagi anak angkat. Saya juga menanti dengan
debaran tahun 2005. Pengautkuasaan AFTA. InsyaAllah kalau umur panjang
kereta impian benar-benar menjadi kenyataan di waktu itu.
Ikhlas dari saya.
----Original Message Follows----
From: "Mohamad Yusof Radzuan b. Saad" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Anwar Haji Ibrahim Libya <[EMAIL PROTECTED]>
CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* KEte Waja
Date: Tue, 25 Jul 2000 12:04:23 +0800
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum,
Kekadang kita bukan ingin mengecilkan keupayan proton atau perodua dalm
menhasilkan kereta.Apa jenama kereta yag ingin dikeluarkan oleh mana-mana
syarikat di Malaysia memang di alu-alukan. Tetapi apa yang saya nampak
sungutandan rungutan mengenai kereta yang dibuat oleh proton khususnya ialah
wujudnya double standard dimana harga untuk overseas lebi murah dari dalam
negeri
malah kualtinya juga tidak sama. MungkinPn. Ain pernah memaparkan masalah
dan
membri penjelasan mengenai hal ini.Sebab itu rungutan masih timbul kerana
aspek-aspek tersebut. Mungkin 1 dari sepuluh kereta yang dihasilkan mecaai
tahap
90% okey, dan siap yang dapat itu daah nasib manakala yang slebihnya ada
perbagai
problem.
Mengenai kurang mampu Malaysia keluarkan engin sendiri adalah diseabkan
ramai
dikalangan graduan yang dihasikan bukan bersifat expert.Jadi sukar untuk
kita
menerokai bidang engin yang memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bidang
automotif. Kurangnya tenaga mahir dalam mould & die yang amat penting daam
industri automtif untk membuat acuan lampu, body dan sebagainya untuk
sesuatu
kereta yang menyebabkan kereta proton lebih bermazhabkan mitsubishi dan
Nissan
untuk Perdana. Walaupun tahun berubah tapi design tetap sama.
Anwar Haji Ibrahim Libya wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>