*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Para Hizbineters,
Semenjak akhir2 ni keadaan cuaca agak tidak menentu. Hampir setiap hari 
keadaan langit mendung dengan sesekali guruh petir berdentum. Selain dari 
itu, keadaan tiupan angin juga semakin kencang dan deras walaupun belum 
mencapai tahap ribut taufan. Dalam suasana yang sebegini, adalah lebih bijak 
dan molek kalau kita mengambil langkah berhemat dalam tindakan seharian 
kita. Kalau ada dikalangan kita yang berhajat (malah sudahpun ada yang 
memulakan) menjalankan kerja-kerja menabur racun samada racun tikus atau 
racun rumpai; tangguhkan lah dulu sehingga keadaan cuaca lebih tenang dan 
mengizinkan. Niat aku bukannya apa, cuma sebagai peringatan kepada sahabat 
semua. Kata orang tua-tua, kalau kita menabur racun, baik diladang, 
dibendang, didusun hatta dilaman rumah sekalipun; jangan sekali-kali 
lakukannya diwaktu cuaca buruk terutama diwaktu angin bertiup kencang. 
Bahaya kerja tu. Kalau sahabat perlu juga menabur racun diwaktu cuaca kurang 
elok ni, pastikan betul-betul bahawa sahabat semua tidak berdiri menentang 
arah angin sebelum memulakan kerja menabur racun tu. Kalau tidak nanti, 
tikus yang diracun tidak mati tapi kucing belaan yang akan membaham tanah. 
Rumpai dan semak samun tidak mati tapi pokok tanaman yang menyembah bumi. 
Walhasilnya, racun habis dan tenaga terbuang tetapi musuh langsung tak 
lentur malah kalau nasib lebih malang lagi, diri sendiri merana dengan kesan 
toxid racun yang ditabur sendiri. Sama-samalah renungkan. Wassalam.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke