*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum

Alkisah maka berubahlah pemimpin dari satu generasi ke generasi.Tersebutlah 
kesah pelapis pemimpin dihari ini kebanyakkan tidak
menjaga kebajikan rakyat. Dia hanya menjaga periuk nasinya sahaja atau
kroni-kroninya atau ahli koperatnya sahaja. Kebajikan orang kampung,
nelayan, petani dan lain-lain diluar bandar rata-rata tidak dijaga
kebajikannya.Bila dekat pilihan raya baru nampak batang hidungnya.Selepas 
pilihan raya lesap lagi. Jangan dipilih pemimpin yang
macam ni lagi..ingat sampai bila-bila.Pilihlah pemimpin yang menjaga
kebajikan rakyat, yang mengambil tahu keseluruhan rakyatnya.Yang menjadikan 
kampung, kawasan nelayan atau mana-mana tempat luar bandar yang miskin macam 
  rumah-tangganya. Duduk-tidur disitu buat kajian bagaimana nak tingkatkan 
pendapatan penduduk dikawasan tersebut, mengetahui masalah penduduk 
dikawasan tersebut. Itulah kerja yang sebenarnya yang mereka buat. 
Menunaikan amanah rakyat. Bukan menghabiskan masa berpoya-poya atau berbual 
dengan ahli koperat mereka
atau menghabiskan masa memaki-hamun diparlimen atau sikit-sikit tunjuk
perasaan tak elok diParlimen atau menghabiskan masa berfitnah sana-sini
melaga-lagakan orang melayu (memecah-belahkan orang melayu).
  Cubalah matang sikit wahai ahli politik di Malaysia.kalau nak lobipun 
biarlah 3 bulan sebelum pilih raya.Tak perlu fitnah masa melobi, orang boleh 
tengok hasil kerja buat kita dalam masa 5 tahun.Orang akan pilih berdasarkan 
kebajikan pemimpin tersebut kepada rakyatnya.tak perlu teruk-teruk 
berkempen,orang tahu semuanya.orang sekarang bijak-bijak belaka.
  Apa yang berlaku sekarang,baru lepas pilihan raya, tengah panas 
katakan.dia asyik lobi lagi, dia kata dia kena mula lobi dari sekarang.dia 
takut hilang periuk nasik dia pilihanraya akan datang.Masa mana dia nak jaga 
kebajikan rakyat asyik lobi sahaja tumpuannya.
  Cubalah jadi ahli politik yang matang seperti di Jepun selepas pilihan 
raya , mereka tidak cakap pasai berkempen lagi, tak dak lagi fitnah-fitnah. 
Yang mereka tahu kerja sungguh-sungguh ,bermati-matian untuk jaga kebajikan 
rakyat.Mereka menunaikan amanah betul-betul.Hampir pilihan raya baru 
berkempen.Itulah ahli politik yang matang.
Kita pilih mereka untuk membela kebajikan rakyat Bukan untuk maki-hamun atau 
tak disiplin di Parlimen atau di kalayak ramai.
  Mereka dipilih untuk menghabiskan hidup mereka dikawasan-kawasan penduduk 
miskin.naiklah tangga dari rumah ke rumah. tanyalah "makcik apa masalah 
makcik, Boleh saya tolong" , Buatlah kajian.Jangan jadi sombong.Lihat di 
Jepun , walaupun dia pegawai Pertanian.Tapi dia jadi pak tani turun kesawah, 
sama-sama bertani. sambil itu membuat kajian bagaimana nak tingkatkan hasil 
pertanian. Barulah dia tahu masalah petani. Idea kalau nak datang, bukan 
melalui tengok sahaja. ia perlu dialami atau dilalui.Oleh itu jika Pemimpin 
rakyat itu, jika mahu dapat
Idea atau mulia mahu jaga kebajikan rakyat .Mestilah ia duduk bersama orang 
miskin, melalui kehidupan orang miskin. Cuba-cubalah pergi menoreh atau 
turun kelaut. barulah mereka dapat merasai kehidupan orang miskin,Barulah 
dapat idea untuk tingkatkan pendapatan orang miskin,barulah timbul 
kesedaran, barulah berbaloi gaji yang mereka dapat.
   Pemimpin ini pastinya disayangi oleh rakyat.kerana dia dapat menyelami 
jiwa rakyat. dapat mengetahui kehendak rakyat .Barulah bila pilihan raya 
nanti dia pasti akan dipilih lagi. Wahai pengundi-pengundi 4 tahun lagi 
pilihlah pemimpin begini,yang jaga kebajikan rakyat.Jadilah pengundi yang 
bijak-bistari.Ingatlah cucu-cicit,piut-miut dan lain-lain jenerasiku 1000 
tahun lagi.Peganglah perinsip ini. Pilihlah pemimpin yang benar-benar jaga 
kebajikan rakyat.Akhirnya orang melayu dan bangsa lain boleh hidup bersatu.
  Punca pecah belah sekarang, bukan sahaja untuk orang melayu tapi kaum-kaum 
lain, kerana kebanyakan pemimpin tidak menumpukan 100% perhatian pada 
kebajikan rakyat.
  Nak jaga periok nasik merekalah sahaja.Bila buat Fitnah laga-melaga,ingat 
mereka orang akan memilih mereka pulak.Kerana membusukkan orang lain.Maka 
orang lain akan lari dari orang itu.Orang yang lari itu akan masuk kumpulan 
mereka maka terjaminlah periuk nasik mereka.
Kerja mereka hanya buat fitnah, laga sana sini.Tumpuan hanya kearah itu, 
dalam surat khabar, ceramah,dalam tv,radio dan dalam hati.maka itulah hasil 
yang mereka dapat.rakyat berpecah-belah. pelapis generasi akan datang 
dididik berpecah-belah maka negara ini akan menuju kehancuran.dimana berlaku 
rusuhan sana-sini bukan sahaja antara orang melayu,tapi antara bangsa 
lain.Ini kerana masing-masing tidak percaya antara satu-sama lain. semua ini 
di semai oleh kebanyak pimimpin iaitu fitnah laga-lagakan antara satu sama 
lain.
  Cubalah semai atau didik anak cucu kita yang baru kenai dunia ini dengan 
sifat yang baik menjaga kebajikan rakyat,janganlah bagi yang buruk.seperti 
memberi makan pada anak-anak,jika beri makan nangka buruk
maka sakit perutlah ia atau silap-silap boleh mati.
  Supaya bila anak yang baru nak hidup dan kenai dunia merasai seronok 
mendapat yang baik ini maka sempurnalah ia.Tidaklah dia menjadi penagih 
dadah, yang sakitnya ia dan sakit juga mak bapak dia dan yang sakit juga 
kerajaan kerana terpaksa merawat dan bina pusat serenti. Pemimpin 
berpengaruh, mereka boleh menggunakan pengaruh mereka dalam menjaga 
kebajikan rakyat dalam ceramah-ceramah, gunakan pengaruh tersebut dalam 
pendidikan kepada generasi kita budak-budak muda agar menjadi pemimpin yang 
jaga kebajikan rakyat. Baiklah setakat ini sahaja buat renungan kawan-kawam

*Pesanan datuk,nenek ,moyang kepada cucu,cicit piut miut dan lain-lain
  "pilihlah pemimpin yang jaga kebajikan rakyat"

*Bawalah cerita ini kepada semua orang di atas muka bumi ini.supaya bumi ini 
aman, seronoknya bumi ini kerana penghuni ini duduk atas dia dengan aman. 
aminnnnn.. wassalam.

Harap mendapat perbincangan dari semua kawan-kawan

yang benar

Pencinta Kebajikan Rakyat
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "abd malik md isa" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke