Bahaya jika Mahathir terus kekal PM - Musa


ASIAWEEK: Salah seorang pimpinan Pemuda Umno mengakui keputusan pilihan raya
lalu menunjukkan pengundi mengambil berat soal pentadbiran yang baik,
ketelusan, kebebasan dan keadilan. Adakah masalah ini diberi perhatian oleh
Umno?
MUSA: Ini menunjukkan Umno sedar apa yang menyebabkan undi dan
persembahannya merosot pada pilihan raya lalu. Dalam keadaan begini, seperti
yang berlaku pada masa lalu, pucuk pimpinan biasanya akan menafikannya dan
mempersalahkan perkara lain. Sebelum pilihan raya lalu, pengundi agak kecewa
dengan cara kerajaan mentadbir negara. Di sana sini tidak terdapat
ketelusan, dan terdapat kecenderungan untuk menyembunyikan sesuatu. Golongan
muda pernah mengadu kepada saya, mereka kata, apa yang menjadi masalah
kepada pimpinan hari ini ialah, apabila mereka menjelaskan sesuatu, mereka
memperbodohkan kami. Kalau Pemuda Umno menyedari kelemahan yang ada dan
merasakan bahawa ia perlu diperbetulkan, maka ia merupakan se! suatu yang
sangat baik, sangat positif bagi parti.
Adakah Umno cuba menyelesaikan masalah tertentu yang pernah anda bangkitkan
dulu?
MUSA: Politik wang akan terus kekal, di mana sahaja, selagi ada pertandingan
terbuka. Ia berlaku malah di negara yang benar-benar mengamalkan sistem
demokrasi, seperti di Barat. Dalam Umno, ia berlaku di kalangan golongan
berduit. Politik wang tidak akan dapat dihapuskan. Ia cuma boleh dibendung,
dikurangkan ke tahap minimum jika boleh, dikawal dan mengenakan tindakan
kepada mereka yang ditangkap mengamalkannya. Sindrom 'sokong dan setuju'
akan terus wujud selagi ahli melihat sebarang kritikan akan terpaksa
berhadapan dengan tekanan. Ia berlaku pada masa lalu, kepada orang saya,
sehinggakan biasiswa anak-anak mereka ditarik balik. Jika seseorang
terhutang budi kepada seseorang pemimpin, dia akan terikat pada pemimpin
itu. Tetapi ia tidak berlaku kepada semua orang. Orang yang tidak terikat
lebih beba! s menyuarakan pandangan mereka.
Adakah terdapat kecenderungan menentang Dr Mahathir dalam Umno kini?
MUSA: Tidak secara terbuka. Tetapi kita boleh dengar cakap-cakap seperti
itu. Dalam sistem demokrasi terbuka, sebarang kegagalan akan di letakkan di
bahu pemimpin. Saya pernah berjumpa Dr Mahathir selepas pilihan raya lalu
dan menyuarakan pandangan saya mengenainya secara jujur, dan saya dapati dia
boleh menerimanya. Nampaknya dia juga sedar tentang apa yang berlaku.
Apa kejayaan dan kegagalan Dr Mahathir terhadap Malaysia?
MUSA: Dia berjaya dalam banyak bidang seperti pembangunan, idea dan dapat
meningkatkan harga diri rakyat Malaysia. Akan tetapi, adalah bahaya baginya
jika dia terus kekal menjadi perdana menteri, dengan kedudukan dan kuasa
yang begitu besar, dalam sebuah sistem demokratik, mengetuai sebuah parti
tradisional yang dianggotai orang Melayu yang terkenal dengan sikap hormat
menghormati dan lemah lembut. Terdapat kecender! ungan berlakukanya pemisahan
antara realiti dunia luar dengan apa yang berlaku di dalam Umno. Amat
menakjubkan bahawa dia tahu banyak perkara, tetapi banyak lagi perkara lain
yang perlu diketahuinya tetapi dia tidak mendapat tindak balas yang
sewajarnya.
Adakah ahli Umno merasakan tindakan kerajaan terhadap Anwar Ibrahim
melampau?
Isunya bukanlah tertumpu pada soal tindakan kerajaan terhadap Anwar. Walau
bagaimanapun, pimpinan menjelaskan gambar lebam mata itu dapat mengungkapkan
simpati orang Melayu. Dua perkataan akan dikaitkan dengan gambar tersebut,
iaitu zalim dan kasihan. Dan ia dikaitkan dengan tindakan kerajaan.
(Asiaweek)
"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Reply via email to