*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau benar komen sdr. Azrul, saya juga tidak bersetuju atas tindakan pihak
Pas melainkan atas alasan yang manasabah. Ada saya dengar pendapat
mengatakan masjid yang didirikan yang bercampur dari sumber yang haram atau
syak tidak boleh digunakan. Wallahua'lam. Saya tidak cukup arif untuk
menghukum. Bagi diri saya, kalau nak singgah solat, mana-mana masjid pun
saya gunakan tak kira masjid yang dibinakan oleh kerajaan atau pun tidak.
 
Tentang komen saya mengenai pihak umno bina masjid untuk matikan aktiviti
pihak lawan sebagai contoh ialah di Jitra iaitu dikawasan Dr. M sendiri.
Masjid baru (tak baru sangat) yang canggih adalah sumbangan dari Daim. Jarak
masjid baru dgn masjid lama adalah lebih kurang 300-500 meter. Kalau atas
alasan masjid lama tu tak selamat atau nak dirobohkan, tak jugak. Dengar
khabar masjid lama tu sekarang digunakan oleh jemaah Tabligh.
 
Saya tidak setuju kalau mengatakan isu kafir mengkafir ni disebelah pihak
sahaja. Sebagaimana yang biasa berlaku, apabila pihak Pas mengutarakan isu
atau hukum yang boleh menjatuhkan kafir, puak umno dengan menggunakan media
terus melenting menuding jari kpd pihak pas bahawa pas meng'kafir'kan umno
tanpa menyatakan isi-kandungan sebenar kenyataan penuh yang dikeluarkan.
Disinilah peranan puak umno memutarbelitkan kenyataan.
 
Tentang kata sdr. kenapa tak ada alim ulamak Pas menerangkan hukum sebenar
itu juga tidak benar sebab apabila alim ulamak Pas menerangkan hukum
sebenar, samada pihak media tidak akan memberi peluang atau pun ambil
sebahagian sahaja dari kenyataan sebenar sehingga kalau kita tidak dengar
keseluruhan kenyataan, kita menyangka pihak pas telah mengeluarkan kenyataan
yang sangat bertentangan dgn Islam. Cuba lah rajin-rajin kan diri dengar
ceramah atau kaset dari ulamak Pas.
Tak dinafikan juga berlaku isu kafi-mengkafir secara melulu  dikalangan
ahli-ahli Pas bawahan yang kurang arif olehkerana juga tidak memahami
kandungan sebenar kenyataan yang dikeluarkan.
Tentang pembohongan dan putar belit media, saya dapat tahu sendiri dari
suami sepupu saya yang berkerja di TV3 dimana pihak TV3 banyak melakukan
pembohongan terutama ketika pilihanraya dan kes-kes demonstrasi pihak
reformasi.
 
Kalau ada kenalan di TV3 (jangan tanya puak kroni), cuba tanyakan kejadian
dimana seorang kakitangan TV3 (kalau tak silap jawatan sub-editor) telah
digantung kerja kerana enggan menyiarkan berita/rencana yang tidak benar
mengenai satu parti lawan. Domestic enquiry telah dilakukan kepada
hambaAllah ini tapi Alhamdulillah beliau tidak didapati bersalah oleh panel
tetapi beliau telah 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to