*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum keluarga HizbiNet,

Akhir-akhir ini nama Haji Hadi, menteri besar Terengganu
sentiasa disebut sebagai mengeluarkan fatwa yang boleh
mengancam keselamatan negara. Isunya  ialah menghukum sebagai
kafir orang yang memisahkan antara ugama dan politik.
Akhbar memainkan peranan memburuk-buruk Haji Hadi dan
mengajak rakyat supaya memusuhi beliau sebagai orang yang
sangat merbahaya.

Betulkah dia adalah manusia yang merbahaya? Lima belas tahun
dulu, saya sendiri pernah benci terhadap manusia yang bernama
Haji Hadi ini. Oleh sebab saya pernah menjadi seorang penyokong
kuat UMNO dan Barisan Nasional, maka kepala otak saya penuh
dengan pelbagai gambaran buruk terhadap Haji Hadi dan PAS.
UMNO telah mereka-reka pelbagai cerita bohong dan fitnah
terhadap pemimpin PAS itu, maka dahulu saya dipengaruhi oleh
ajaran-ajaran UMNO. Saya amat benci melihat orang-orang PAS dan
sentiasa mencemuh ceramah-ceramah PAS sebagaimana difahami
oleh UMNO bahawa PAS memperalatkan Islam untuk politik.

Pada suatu hari, ada seorang ustaz meminjamkan asaya keset ceramah
Haji Hadi dalam isu politik dan ugama, isu kafir dan mengkafir.
Setelah mendengar dengan teliti huraian Haji Hadi, barulah
saya sedar bahawa selama ini saya telah ditipu oleh orang-
orang UMNO. Mereka mengatakan bahawa Haji Hadi mengkafirkan
orang UMNO.

Benarkah Haji Hadi mengkafirkan UMNO? Yang dikatakan oleh
Haji Hadi BUKAN dia kata UMNO kafir...tetapi dia menyebut
batas-batas iman dan kufur ...barangsiapa kata politik
suku dan ugama suku, maka murtadlah orang itu. Dia TIDAK
kata UMNO itu kafir. Sebagai seorang alim dan peka terhadap
gejala kufur, adalah menjadi tanggungjawab dia sebagai 
seorang yang beriman menyebut apakah perkara-perkara yang 
membatalkan iman dan syahadah orang Islam. Secara sedar atau 
tidak, seorang yang mengaku Islam menjadi kafir atau kufur jika
dia kata, "politik suku, ugama suku". Itu adalah amaran daripada
Haji Hadi. Dia BUKAN kata UMNO itu kafir.

Cuma orang-orang UMNO yang bodoh dan berniat politik serong
mengembar-gemburkan yang Haji Hadi kata UMNO kafir. Jika
benar Haji Hadi beriya-iya mengatakan orang UMNO kafir,
kenapa serpihan UMNO yang digelar Semangat 46, ketika mereka
bergabung dengan PAS masa dahulu tidak disuruh oleh Haji
Hadi supaya mengucap semula? Sepatutnya, Semangat 46 adalah
kafir kerana mereka adalah bekas UMNO. Ini jelas, Haji Hadi
TIDAK pernah kata UMNO itu kafir. Sekali lagi, dia hanya
memperingatkan umat Islam supaya jangan tergelincir akidah
kerana memisahkan antara Islam dan politik.

Pihak media massa memainkan peranan memfitnah Haji Hadi.
Sekarang ini isu itu dibangkitkan kembali supaya Hadi Hadi
dianiaya. Memang ramai orang Melayu jahil tentang Islam,
maka golongan jahil inilah yang akan termakan fitnah dan
dakyah yang dibuat oleh suratkhabar, radio dan televisyen.

Saya sudah berpeluang berbincang dengan Haji Hadi, maka
di sini saya cukup kagum dengan pengetahuan Islamnya yang
meluas. Jika kita mengambil Tafsir Al-Alusi, maka kita bawa
kapada Haji Hadi untuk menghuraikan isi kandungannya yang
ditulis dalam Bahasa Arab, maka kita akan dapati Haji Hadi
antara seorang alim yang berupaya menjelaskan isi tafsiran
Al-Alusi yang penuh dengan mutiara khazanah ilmu Al-Qur'an.
Ini kerana Al-Alusi menulis tafsirnya yang sebegitu hebat,
hanya jarang-jarang orang alim-ulama yang mampu membacanya
dengan memuaskan, ..kupasan tentang kaedah 'irab, balaghah,
tasrif, lughah dan sbgnya.

Maka saya berdoa agar Allah menghancurkan orang-orang yang
mahu menganiaya Haji Hadi.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke