Aug 2, 2000

TANAHAIRKU
Aman Rais
Akhbar Umno 'tutup kedai'


Umno mungkin merupakan satu-satunya parti di dunia ini yang begitu benci
kebebasan akhbar dan bersuara. Parti yang sudah berusia lebih 40 tahun ini
hanya menyenangi akhbar atau media massa yang menyebelahi, berkempen atau
membodeknya.
Pendek kata, dalam kamus Umno hanya media yang tunduk padanya sahaja patut
diberikan permit. Inilah yang berlaku sekarang.
Kerajaan atau lebih tepat Umno semakin menghakis kebebasan media. Satu demi
satu akhbar dan majalah yang tidak sehaluan dengannya dikekang. Majalah
Detik sudah lama ditalkinkan. Harakah kini cuma terbit dua kali sebulan
berbanding lapan kali sebulan sebelum ini. Mangsa terbaru ketakutan Umno
terhadap kebebasan akhbar ialah tabloid mingguan Eksklusif.
Bagi pemimpin Umno dan kerajaan, sebarang penerbitan yang berani menegur,
mengkritik atau menghentamnya mesti dikuburkan. Kalau dulu cara mematikan
sesebuah akhbar itu dibuat secara kasar - dengan mengharamkan atau menarik
balik ! permit serta-merta.
Akhbar The Star dan tabloid politik Watan pernah ditarik balik permitnya
apabila berlaku Operasi lalang pada tahun 1987.
Namun kini sekatan dibuat secara halus. Caranya mudah, kerajaan tidak
memperbaharui permit sesuatu penerbitan itu apabila tiba tarikh tamat tempoh
sesuatu permit penerbitan. Permit tidak diperbaharui tanpa sebarang alasan!
Dan, keputusan itu tidak boleh dicabar di mahkamah!!!
Inilah yang dilakukan ke atas Detik dan Eksklusif. Apabila permit
kedua-duanya tamat, permohonan untuk memperbaharuinya ditolak.
Menurut pegawai di Kementerian Dalam Negeri, keputusan tidak memperbaharui
permit itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Badawi,
sendiri!
Menurut sumber Umno, keputusan menteri berkenaan, khususnya Eksklusif,
adalah ekoran desakan daripada pemimpin Umno.
"Menteri Dalam Negeri terpaksa akur pada desakan para pemimpin Umno. Kami
difahamkan ada memorandum khas dari kalangan p! emimpin Umno yang meminta
Eksklusif dikenakan tindakan kerana mereka tidak senang dengan
tulisan-tulisan dalam tabloid berkenaan yang berani dan lantang menegur
kepincangan dalam Umno," jelas sumber tersebut.
Inilah akibat apabila "kerajaan itu Umno dan Umno itu kerajaan." Dasar dan
keputusan parti menjadi ikutan menteri dan pegawai-pegawainya walau rakyat
jelata rata-rata menyenangi kewujudan media massa yang lebih bebas, terbuka
dan berani.

Bagi kerajaan dan Umno, media massa yang perlu wujud di negara ini hanya
Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, The Star,
The Sun, Malay Mail dan Harian Metro di samping akhbar-akhbar berbahasa Cina
dan Tamil yang semuanya dikuasai oleh MCA dan MIC.
Akhbar-akhbar arus perdana ini cukup diragui kredibiliti sehingga rakyat
sanggup memboikotnya tanpa berasa kehilangan berita. Namun, bagi kerajaan,
akhbar ini terus dianggap "sumber ilmu dan maklumat" utama yang mesti
! ditatap oleh rakyat setiap hari.
Tidak cukup dengan menguasai akhbar-akhbar arus perdana ini, Umno dan
sekutu-sekutunya mengawal pula akhbar-akhbar tabloid yang baru muncul serta
menerbitkan akhbar parti Wawasan Merdeka. Lidah rasmi Umno ini diterbitkan
pada Mei lalu dan diterajui oleh bekas wartawan-wartawan akhbar arus
perdana.
Wawasan Merdeka diharapkan dapat menjadi penghubung antara parti dengan
ahli-ahli dan rakyat. Akhbar Umno ini tidak mempunyai permit tetapi diedar
secara percuma kepada orang ramai.
Malangnya respons yang diterima oleh akhbar ini sangat menyedihkan. Rakyat
lebih rela menjadikannya kertas pembungkus nasi lemak daripada membaca
propaganda murahan yang ada di dalamnya.
Malah, ramai ahli Umno sendiri tidak tertarik untuk membaca akhbar ini.
Seorang wartawan kanan di sebuah media arus perdana memberitahu, di kalangan
Menteri Besar-Menteri Besar dan menteri-menteri kabinet sendiripun tidak
ramai yang membaca a! khbar tersebut.
Kalau beginilah nasib Wawasan Merdeka, ia tidak lebih daripada satu projek
untuk membazirkan wang parti.
Akibatnya, walau diterbitkan enam kali, penerbitann Wawasan Merdeka terpaksa
dihentikan buat sementara waktu. Kononnya hendak dirombak isi, reka letak
dan persembahannya untuk menjadi lebih menarik. Mungkinkah Wawasan Merdeka
akan menerima nasib seperti lidah rasmi Umno yang dulu - akhbar Merdeka dan
Nusantara yang akhirnya mati tanpa nisan apabila tiada sesiapa sudi
membacanya?
Sambutan dingin yang diterima oleh Wawasan Merdeka ini jelas menunjukkan
bahawa rakyat sudah muak dengan propaganda Umno. Rakyat menuntut hak mereka
untuk mendapatkan media massa yang bebas dan berani.
Kerajaan dan Umno perlu lebih rasional dalam soal kebebasan akhbar.
Janganlah takut pada bayang-bayang sendiri.

AMAN RAIS adalah bekas wartawan yang pernah berkhidmat dengan beberapa
akhbar arus perdana. Beliau meninggalkan kerjaya s! ebagai "pelapor
berita-berita prokerajaan" dan memilih menjadi penulis bebas bagi mencari
wadah perjuangan yang lebih terbuka dan berkesan.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Kirim email ke