*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tiger wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Rozi Muda menulis:
> >Secara amnya, selepas amanat ini dikeluarkan, kata-kata
> >retorik 'politik suku, agama suku' sudah tidak popular lagi.
> >Hatta, gejala kekufuran yang boleh boleh terhasil daripada
> >kata-kata sebegini telah berjaya dibendung. Inilah antara
> >jasa TG Hj Abdul Hadi yang amat besar sebenarnya, dalam rangka
> >menyelamatkan aqidah ummah. Jadi, bukan saja kita tak berhak
> >ikut sama mengutuk Hj Hadi, malahan, kita terhutang budi pula
> >dengan amanat yang dikeluarkannya. Allah saja yang layak
> >membalas jasanya yang besar ini ...
>
> Itulah mesej yang penting dalam Amanat Hj Hadi. Saya mengkagumi
> Hj Hadi bukan kerana dia orang PAS, tetapi seorang yang terpancar
> dari jiwanya ingin menyelamatkan akidah umat Islam. Memang
> di masa amanat itu masih dilaung-laungkan, saya sendiri melihat
> semasa dalam UMNO dahulu, ramai orang UMNO kata "politik suku,
> ugama suku". Ada yang berpendapat oleh sebab politik adalah
> bikinan manusia dan politik adalah kotor, maka mereka tidak
> mencampurkan politik dengan ugama, ini kata mereka ugama adalah
> perkara suci. Sebenarnya ada dari kalangan UMNO melihat satu
> kebenaran dalam Amanat Hj Hadi, bagi mereka politik yang didukung
> oleh PAS adalah tidak serasi dengan Islam ...ini kerena PAS
> menentang perjuangan UMNO. Kalau PAS (Islam) menentang UMNO (Islam),
> sama-sama Islam, jadi wadah politik ala PAS adalah tidak Islamik
> dan patut ditolak.
>
> Kita melihat UMNO akan berpandukan Islam hanya ketika berada
> dalam kesusahan. Mereka mengambil Islam sekerat-sekerat, apa
> yang sesuai dengan nafsu mereka. Mereka membina masjid, bank
> Islam, sekolah ugama hanya sebagai projek dan program kerajaan.
> Disamping itu, mereka memejam mata terhadap banyak kemungkaran
> yang melanda umat Islam di Malaysia. Islam bagi UMNO ibarat
> memakai kosmetik, di luar nampak cantik, tapi di dalam hodoh.
> Program-program Islam tajaan UMNO adalah umpama banyak iklan
> yang terdapat dalam televisyen. Sekejap ada iklan jenama rokok,
> sekejap ada iklan sabun, sekejap ada pembaca berita wanita
> Melayu yang tak pakai tudung, sekejap ada Forum Perdana ...
>
> Saya tidak pernah melihat pihak UMNO berkempen dengan bersungguh-
> sungguh menggunakan televisyen menyeru kaum wanita Islam supaya
> menutup aurat. In kerana kempen seperti itu TIDAK membawa untung
> kepada UMNO secara komersial. Jika banyak program-program UMNO
> benar-benar menyeru umat Islam menghayati Al-Qur'an, maka dengan
> sendirinya UMNO akan hilang pengaruh sebab fahaman sekular
> mereka akan lama kelamaan terhapus. Sebenarnya, Islam bagi UMNO
> adalah alat untuk mereka mengekalkan kuasa politik. Mereka tidak
> merasa bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka beramar ma'ruf
> dan nahi mungkar.
>
> Jika difikir secara halus...MEMANG UMNO memperlalatkan Islam
> untuk kepentingan mereka. Mereka bukan taat kepada Allah.
> Mereka mengambil Islam apa-apa yang sesuai dengan nafsu mereka.
> Islam digunakan sebagai topeng untuk menutup segala perbuatan
> jahat dan mungkar pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka mengupah alim-
> ulama yang pro-UMNO sebagai "anjing-anjing" untuk menyalak
> ulama PAS. Sebab itulah, apabila pihak kerajaan membuat kemungkaran,
> alim-ulama upahan itu diam sahaja seolah-olah itu bukan urusan
> mereka. Mereka akan bercakap apabila DISURUH oleh UMNO untuk
> menghentam PAS. Perangai alim-ulama UMNO macam perangai Ahlul-Kitab
> Yahudi, bercakap ugama kerana ada sesuatu kepentingan.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to