*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yang saya nampak dari pembesaran isu 'amanat' ni hanyalah betapa beraninya
puak-pouak depa berkokok di dalam akhbar....tapi tersangatlah kecutnya untuk
bersemuka bertentang mata...
tu pasal pelawaan bermuzakarah oleh PAS tak pernah jadi kenyataan....

peh!!!!

saya tak akan keliru lagi dengan akhbar!!! 
pusinglah sepusing-pusingnya, saya tak akan terpusing...
belitlah sebelit-belitnya, saya tak akan terbelit..


wassallam..

____________________Reply Separator____________________
Subject:    H-Net* Amanat Hj Hadi: Refleksi Peribadi
Author: [EMAIL PROTECTED]
Date:       3/8/2000 11:30 AM

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum....!

Akhir-akhir ini, saya mendapati media banyak mengulas mengenai Amanat Haji
Hadi, yang kononnya menjadi punca kepada perpecahan ummah. Masyarakat umum
ramai yang menjadi keliru dan bingung, dengan ulasan selari yang nyatanya
begitu mengecam amanat ini. Malahan, ada yang menyatakan bahawa melalui
amant inilah, secara terang TG Haji Hadi telah mengkafirkan UMNO. Amanat
yang perkatakan itu antaranya berbunyi:

 ''Saudara-saudara sekalian.
Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang
Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia
menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir.

''Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah
saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,
derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini,
kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati
kita  adalah mati Islam.

''Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita
tidak  payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan
menjadi  kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku''.

Bagi pihak yang prihatin dan meneliti secara lebih dekat, pasti akan timbul
beberapa persoalan yang tidak terjawab jika hanya mengikuti ulasan daripada
media massa utama di negara ini. Antara persoalan yang dimaksudkan ialah:

1) Amanat ini sudah berusia hampir 2 dekad, kenapa sekarang baru ia mula
ditimbulkan?
2) Kenapa amanat ini dikaitkan dengan isu perpecahan ummah disabitkan
sekarang setelah semakin ramai meninggalkan UMNO ?
3) Di perenggan manakah terdapatnya fatwa yang menyatakan ahli UMNO itu kafir?

Meneliti semula baris-baris amanat ini, saya tidak lari dari meninjau
kembali sejarah perjuangan PAS, bermula dari awal masa ia ditubuhkan dan
telah mengalami evolusi serta pengislahan yang berterusan sehingga
menghasilkan PAS yang wujud hari ini.

Bagi saya, amanat ini adalah suatu refleksi tentang bentuk pendekatan
perjuangan PAS pada masa amanat ini dikeluarkan, iaitu kita kena
memerhatikan pula suasana masyarakat Islam pada sekitar awal 80'an tersebut.

Perhatikan dulu perenggan pertama amanat di atas. Ia adalah suatu kenyataan
ringkas yang menjelaskan kenapa PAS ditubuhkan dan memilih cara menentang
UMNO (maksudnya sebagai pembangkang). PAS bukan ditubuhkan semata-mata untuk
menjadi pembangkang dan menentang UMNO serta BN, tetapi ia adalah suatu
pendekatan yang diambil sesuai dengan perlembagaan yang membolehkan
penubuhan parti politik. Pokok pangkalnya, perjuangan PAS ialah untuk
menubuhkan negara Islam, dan melaksanakan tuntutan hukum mengkiut apa yang
didapati dari ajaran al-Qur'an. Pendek kata, inilah MISI UTAMA perjuangan PAS.

Perenggan kedua pula adalah suatu penerangan serta motivasi, di mana para
ahli ditarbiyah bahawa apa-apa aktiviti dan pengorbanan yang akan dilakukan
dalam gerak-kerja PAS adalah suatu perjuangan yang suci untuk mencapai misi
yang digariskan dalam perenggan pertama tadi. Oleh kerana misi yang
digariskan adalah merupakan suatu kewajipan dan suatu yang memang menepati
tuntutan Islam, perjuangan untuk mencapai misi tersebut merupakan suatu JIHAD.

Perenggan ketiga adalah suatu penumpuan yang dikhaskan kepada suatu fenomena
yang amat ketara berlaku pada masa amanat itu dikeluarkan. Apabila PAS
menyatakan perjuangan mereka dalam politik adalah dalam rangka menjalankan
tuntutan Islam, ada golongan yang 'counter attack' dengan menyatakan bahawa
'perjuangan agama dan perjuangan politik adalah berbeza', atau 'politik
suku, agama suku'. Kaedah ini adalah untuk menjauhkan golongan yang tertarik
kepada PAS kerana 'mesej agama', dengan cuba meyakinkan rakyat bahawa,
perjuangan dalam agama dan perjuangan politik adalah berbeza.  Ramai
sebenarnya orang awam yang termakan dengan dogma seperti ini. Malahan,
walaupun saya masih anak-anak ketika itu, saya masih ingat kata-kata bidalan
'minyak dan air tak bercampur' digunakan apabila isu politik dibincangkan di
kedai kopi berhampiran rumah saya. Atau dengan kata lain, perjuangan politik
ditekankan sebagai suatu perjuangan duniawi semata-mata, tiada kaitan dengan
urusan ibadat terhadap Allah!

Sebenarnya, kata-kata sebegini adalah kata-kata yang menjurus kepada
kekufuran, yang jelas bertentangan dengan maksud ayat 208, surah al-Baqarah,
yang mengarahkan kita untuk mengambil Islam ini secara menyeluruh! Sebagai
seorang yang alim dan mengetahui batas-batas kufur dan perkara-perkara yang
membatalkan syahadah, adalah menjadi tanggungjawab TG HJ Hadi untuk
memberikan ingatan yang tegas untuk membanteras kata-kata kufur ini dari
terus berleluasa.

Bagi saya kenyataan pada perenggan ketiga ini adalah suatu kenyataan yang
cukup tegas bagi membendung kemunculan gejala kekufuran yang mungkin tidak
disedari oleh orang awam. Seingat saya, apabila munculnya kenyataan yang
tegas ini, tiada lagi insan di kawasan saya yang sewenang-wenangnya
menyatakan 'politik suku, agama suku' kerana kami secara tegas pula akan
menyatakan, apa yang dikatakan ini seolah mengistiharkan kekufuran. Sesiapa
saja yang secara terang-terangan menyatakan demikian, maka jelaslah pula
kekufurannya. Malahan, ramai juga, termasuk beberapa saudara yang rapat,
menarik balik kata-kata mereka, serta bertaubat selepas diberikan peringatan
yang tegas begini.

Secara amnya, selepas amanat ini dikeluarkan, kata-kata retorik 'politik
suku, agama suku' sudah tidak popular lagi. Hatta, gejala kekufuran yang
boleh boleh terhasil daripada kata-kata sebegini telah berjaya dibendung.
Inilah antara jasa TG Hj Abdul Hadi yang amat besar sebenarnya, dalam rangka
menyelamatkan aqidah ummah. Jadi, bukan saja kita tak berhak ikut sama
mengutuk Hj Hadi, malahan, kita terhutang budi pula dengan amanat yang
dikeluarkannya. Allah saja yang layak membalas jasanya yang besar ini ...

Semoga huraian ringkas di atas memberikan manfaat untuk diri saya dan antum
semua....

Wassalamu'alaikum...!

Saudaramu dalam Islam,

Rozi Bin Muda



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rozi Bin Muda <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "AmirH" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke