Keputusan makamah ke atas kes liwat saudara Anwar Ibrahim telah pun kita
ketahui. Harap semua orang termasuk penyokong saudara Anwar Ibrahim dan
parti pembangkang dapat bertenang dan bersabar dengan keputusan
tersebut.

Sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar. Semua yang berlaku
ini adalah juga ujian Tuhan kepada hambanya samada kepada saudara Anwar
atau pun kepada kita semua. Semua para Nabi yang diutus oleh Tuhan ada
kalanya mengalami ujian dalam bentuk yang amat sukar dan amat berat
dalam menyebarkan agama tauhid Nya. Ujian-ujian ini lah yang akan
menjadi 'antibody' yang akan memantap dan memberi kejayaan manis kepada
perjuangan mereka.

Jangan kita bertindak di luar kewajaran, hendaklah kita menjauhkan diri
dari melakukan aktiviti yang boleh mencetuskan kerosakan dan huru hara
kepada negara. Kita sebagai pejuang kena bijak memilih strategi dan
keutamaan. Perang dan jihad nyawa adalah pilihan terakhir bila mana
jalan lain masih banyak terbuka luas. Islam memandang tinggi kepada
budaya pemikiran dan ilmu, cintakan kepada perdamaian dan keamanan.
Tentulah tidak wajar kita yang beragama Islam yang memulakan huru hara
dan kerosakan yang tentunya bertentangan dengan nilai agama kita itu.

Seperti Marcos dan Suharto yang tidak pernah tewas dalam setiap
pilihanraya, begitu jugalah dengan Dr Mahathir. Malah di akhir
pemerintahan Suharto, beliau mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang
paling besar dalam sejarah beliau. Pemimpin-pemimpin yang berkuasa
mutlak memang selamanya tidak akan boleh dikalahkan dalam pilihanraya
dan sejarah telah pun membuktikannya. Parti-parti pembangkang yang ada
dalam negara tersebut hanyalah sekadar menjadi hiasan saja sebagai ciri
yang harus ada dalam sebuah negara yang mahu digelar sebagai negara
demokrasi. Saya pasti PAS, DAP dan apa saja parti pembangkang di negara
ini tidak akan dapat menukar kerajaan untuk selamanya selagi semangat
demokrasi sebenar tidak betul-betul dihayati seperti di USA dan UK.
Hanya di UK dan USA sahaja kita dapat melihat kerajaan boleh bertukar
atas dasar demokrasi tersebut.

Usahlah kita meniru rakyat Indonesia dan Filipina untuk menjatuhkan
pemimpinnya, kerana akibatnya negara jadi huru hara, rakyat ramai
menderita dan terkorban. Saya rasa kita di Malaysia masih ada banyak
pilihan. Kita memang hendak menukar pemerintah atau pemimpin tetapi
dalam masa yang sama kita tidak mahu rakyat yang terbanyak menerima
penderitaan dan kesusahan. Ikutkan rasa kita binasa, ikutkan hati kita
mati tetapi kalau ikutkan akal kita akan terus cekal. Wallahualam.
http://www.geocities.com/aliasof/islam.htm

begin:vcard 
n:;Alias Mohd Yusof
x-mozilla-html:FALSE
adr:;;;;;;
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
x-mozilla-cpt:;0
fn:Alias Mohd Yusof
end:vcard

Kirim email ke