*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                  KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Datuk Seri Abu Hassan Omar
hari ini
                  meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor atas
sebab-sebab
                  peribadi, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana
Menteri di Putrajaya
                  hari ini.

                  Perletakan jawatan beliau berkuatkuasa hari ini, kata
kenyataan itu.

                  Abu Hassan telah menyerahkan surat perletakan
jawatannya kepada
                  Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
semalam.

                  Menurut kenyataan itu lagi, pengganti Abu Hassan akan
diumumkan
                  kemudian.

                  Berita mengenai peletakan jawatan Abu Hassan mula
tersebar selepas
                  beliau menemui Dr Mahathir petang semalam.
Bagaimanapun Abu
                  Hassan atau pejabatnya tidak membuat sebarang
kenyataan atau
                  pengesahan.

                  Beliau dijangka mengadakan persidangan berita pada
pukul 2.30 petang
                  ini.

                  Abu Hassan, 60, mengangkat sumpah sebagai Menteri
Besar pada 6 Jun
                  1997 menggantikan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

                  Abu Hassan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno
Selangor, sebelum
                  ini gagal merebut satu daripada kerusi naib presiden
pada Perhimpunan
                  Agung Umno Mei lalu. Beliau juga tidak dilantik
menganggotai Majlis
                  Tertinggi Umno.

                  -- BERNAMA



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mazlan bin Haji Mat Desa <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to