*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamu'alaikum.
guano buat di mindef? sepatutnya replay di tempat kejadian, baru betoi! bermula
dari awal (perompak tiba di bilik pengawal) sampai akhir(ambil senjata dari
setor senjata dan keluar dari kem-selesai rompakan. bukan setakat nak sumbat
senjata-senjata kedalam tiga pajero (dengan 15 orang sekali ler dan bukan m16
sahaja, semua yang dirompak). nak tahu jugak berapa lama makan masa dari mula
sampai akhir! banyak nak tanya nih....dan jangan replay ni berbeza dengan video
yang kini dalam simpanan arkib Allah swt. wallahu'alam. wassalam.

mencelah sikit wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> 'Lakon semula' membawa erti re-play, iaitu melakon apa yang telah di
> lakonkan sebelum ini!
>
> KABINET PUTUS LAKONKAN SEMULA KEJADIAN KECURIAN SENJATA DI GERIK
>
> KUANTAN, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk mengadakan lakonan
> semula insiden kecurian senjata di Batalion 304 Infantri Askar Wataniah di
> Gerik untuk menunjukkan bahawa kejadian itu bukanlah mustahil dan ia
> sebenarnya boleh dilakukan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun
> Razak.
>
> Beliau berkata kerajaan memutuskan perkara itu pada mesyuarat Kabinet Rabu
> lepas dan lakonan semula itu akan diadakan pada Rabu ini pada pukul tiga
> petang di pekarangan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
>
> "Kita akan menunjukkan bahawa senjata dan peluru yang telah dicuri dari kem
> Batalion 304 Infantri Askar Wataniah di Gerik itu baru-baru ini boleh
> dimuatkan di dalam tiga buah Pajero," katanya kepada pemberita di sini
> Sabtu.
>
> Beliau berkata demikian selepas upacara Perbarisan Pemakaian Pangkat Rejimen
> 505 Askar Wataniah kepada Pemangku Raja Pahang, Menteri Besar Datuk Seri
> Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Abidin Mat Said
> sebagai Kolonel Kehormat rejimen itu.
>
> Najib berkata langkah itu dibuat untuk menangkis dakwaan pihak-pihak
> tertentu kononnya kejadian itu adalah satu sandiwara oleh kerajaan.
>
> "Jadi, kita nak tunjukkan bahawa memang perkara ini boleh dilakukan dan
> telah dilakukan dan untuk tujuan ini kita akan memberi publisiti yang meluas
> untuk majlis itu," kata beliau.
>
> Katanya, kerajaan juga mengambil keputusan untuk menjemput wakil parti-parti
> komponen Barisan Nasional dan anggota parti pembangkang menghadiri majlis
> itu.
>
> Najib berkata beliau sendiri telah menyampaikan jemputan kepada Ketua
> Pembangkang Datuk Fadzil Noor semalam supaya menghantar enam wakil mereka
> untuk menyaksikan lakonan semula itu.
>
> Media massa tempatan dan luar negara juga akan dijemput ke majlis itu, kata
> beliau.
>
> Dalam kejadian pada 2 Julai itu, 15 anggota kumpulan Al Ma'unah menyamar
> sebagai anggota tentera dan merompak 95 rifel M16, dua rifel Steyr, empat
> mesingan pelbagai guna (GPMG), enam laras mesingan ringan (LMG), lima
> pelancar bom, 26 benet dan sejumlah besar peluru dari dua kem tentera di
> Gerik.
>
> Kumpulan itu kemudian bergabung dengan 13 rakan mereka di kawasan hutan
> Bukit Jenalek serta menawan empat tebusan -- dua anggota polis, seorang
> anggota tentera dan seorang pengutip buah durian.
>
> Sebelum menyerah diri lima hari kemudian, mereka membunuh anggota Renjer
> Mathew ak Medan, 25, dan Kpl R.Sagadevan, 48.
>
> -- BERNAMA
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke