*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam semua.
ini pandangan peribadi sahaja.
di bawah:
wassalam.

Hj Mohamad bin Jusoh wrote:

>  Jika
> kita nak menekankan perkara bidaah, kita bincang tajuk tu. Contohnya
> kalau kita kata maulid berzanji adalah bidaah dholalah, maka kita
> bincang.

KOMEN:

Kita bincang sejarah dengan kritikal sedikit - plus, sedikit"common sense"
blended together", dan kita sentiasa berserah perkara hakikat sebenar kpd
ALLah rabbul jalil dalam soal berbeza pendapat dengan muslim dan mukmin
lain, yg amatlah dihormati pandangan setiap mukmin  "innamal mukminuna
ikhwatun..."  semua orang mukmin bersaudara. dan , kasih sesama mukmin itu
amat tinggi nilainya; dan bersangatan kasih SEMUA orang mukmin itu dengan
ALLah maka tentunya sesama mukmin itu juga berkasih-kasihan:

Berasaskan semangat ini, maka kita mula bukak kitab apa yg kita ada:


1. zaman 100 tahun dulu (misalnya)  TV tak da, radio takda. Ehwal Islam
Forum Perdana tak da, jadi ummat Islam buat apa di msa lapang? Masjid jadi
tumpuan dan muncullah pengisian SESUAI DENGAN KEADAAN ZAMAN ITU.
Apa lagi 200 tahun dahulu, 300, 400, 500.....

Kalau 20 tahun dulu hamba masih ingat di zaman remaja ramai pergi tengok
wayang di panggong. Itu pengisian mereka dan itu semacam satu bid'ah jugak
sikit sebanyak.

Memang berzanji tiada di amalkan di zaman nabi.
Makna lafaz dalam berzanji tu memuji nabi Muhammad dengan cara yang agak
lebih sikit, siapa nama bapa dan datuk nabi kita disebutkan dengan cara
berlagu.
maka no big deal sebab nabi Muhammad tu nabi kita ygmulia maka komennya : no
big deal - iaitu sapa ada masa dan minat nak berzanji, maka tidaklah
dilarang berbuat demikian..

Aktiviti gini berzanji di masjid adalah  lebih baik daripada dengar lagu
siti nurhaliza hari ini.
(adakah dengar lagi sini nurhaliza ini bid'ah? - ada komen ka?)
 yg nyata pergi konsert adalah satu amalan baru di zaman selepas tahun
50an... 60an dan ini tentunya bid'ah di zaman nih, tapi kita yg dah larut
dalam ke" sekularima" an ini tak nampak gitu. ada amalan kita ni yg tidak
kita lihat dari sudut "deen" maka kita tak gunakan istilah gitu, sedangkan
apa bezanya?



Berbalik kita semula ke zaman , katakanlah, 100 tahun dahulu.

Di zaman itu sudah ada kalangan ummat yg "menolak" amalan berzanji nih, atas
alasan ianya bid'ah iaitu tidak diamalkan di zaman nabi kita yg mulia itu.

hari ni pun ada yg beranggapan demikian.

saya lihat lebih pada aspek "PENGISIAN" aktiviti di masjid.


1. berzanji adalah lebih baik dinyatakan makna setiap sebutannya. Taklah
audien ni jadi pak turut semata-mata menyebut kalimah yg tidak difahami
mereka..

2. bagi saya secara peribadi berzanji ni lebih baik dari aktiviti lain spt
tengok senario ke, "who wants to be a millionare",  dan yg sewaktu
dengannya. Nak anggap ia satu sama taraf dengan baca Quran jauh sekali
(sedangkan ramai ummat ini masih agak "jauh" dari memahami Quran dengan
sebenar-benarnya)

3. Dari berzanji lebih baik baca Quran dan kita teliti terjemahannya
sama-sama , atau dipanggil ustaz membacakan dan mengupas hadith-hadith
pilihan .  Atau kita jemput ustaz ajarkan bab sirah nabi ke, atau bab fardhu
ain ke atau tajuk-tajuk ilmiah lain. Aktiviti ini lebihbaik.

4. kalau sebagai pengisian kpd golongan remaja, maka kalaulah dengan
berzanji nih remaja boleh jinak dengan masjid , maka eloklah berzanji dan
teruskan supaya remaja dapat didekatkan dengan rumah ALLAh.

(Malangnya pengisian remaja hari ini rupanya ada banyak choice  (ada tv,
radio, walkman, video, vcd, komputer games dll ) - inilah yg menjadi cabaran
besar ummat hari ini khasnya jenerasi muda, yg menjadi cabaran kpd ummat yg
prihatin akan nasib ummat --- melihat ini sebagai satu cabaran dalam membina
jenerasi - apa nama istilah tu... rabbani.. dan masyarakat ....  madani.

Jadi nak bincang bab Wahabbi (Imam Muhammad AW), saya berpendapat tidak lari
dari membicarakan soal sejarah ummat manusia itu sendiri. Kekadang soal A
benar, B salah, C benar D salah ... cara bincang gini kena kita lihat semua
padigmanya.

Walaupun saya tidak pernah jumpa Imam Muhammad AW, saya pertahankan beliau
HANYA KERANA ada orang salah maklum mengenai pendirian beliau dalam perkara
tertentu, malah ada yg membacakan satu hadith dan merujukkan istilah seperti
"syaitan" dan yg sejenis dengannya merujuk kpd seorang ulamak yg
membicarakan soal deen dan tauhid, yg mengupas perkara tertentu dalam soal
aqidah dan tauhid, menjelaskan perkara yg keliru, yg dirungkaikan;  yang
adalah menjadi kesalahan pula bagi kita yg diberi sedikit pengetahuan untuk
berdiam diri dan tidak berkata apa-apa, diketika seorang ulamak diumpamakan
sedemikian buruk  rupa.


waLLahu a'lam.

(ALLAh Maha tahu hakikat yg mana benar.)







.






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to