*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Komen-komen sdra Abuhanif di bawah sudah jauh
terpesong dari topik asal. Tujuan saya hanya sekadar
menyatakan bahawa pihak Wahabi telah berperang bersama
tentera Islam di bawah Muhammad Ali Pasha, atas arahan
Khalifah. Fakta ini tepat dan sudah cukup. 

Muhammad Ali Pasha asalnya panglima tentera Khalifah,
yang telah menewaskan tentera Napoleon Bonaparte di
Mesir. Setelah mengambil alih Mesir, beliau perkuatkan
kedudukan beliau di sana dan Khalifah Islam
menjadikannya gabenor. Selain dari memerangi Wahabi,
pasukan-pasukan Muhammad Ali Pasha juga digunakan oleh
Khalifah di Eropah. 

Saya belum lagi terbaca mengenai tenteranya digunakan
di Syria ataupun di Sudan seperti yang didakwa oleh
sdra Abuhanif. Begitu juga, saya sangsi apakah benar
Muhammad Ali Pasha perkenalkan Bahasa Perancis di
Mesir, dan, kalau benar pun, saya tak nampak
kaitannya.

Juga saya nasihatkan supaya tinggalkan tabiat
memanggil orang Islam itu kafir. Contohnya dalam komen
hal Sulaiman Pasha seperti di bawah. Apakah ini yang
diajar oleh Imam Muhammad Abdul Wahab yang sdra
Abuhanif naungkan?

Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/osman


--- abuhanif <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
> 
> Osman Mia <[EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
> Mungkin sdra Abuhanif terlupa, sejarah Islam
> menunjukkan bahawa pihak Islam berperang dengan
> pihak
> Wahabi. Khalifah Islam pernah menghantar Muhammad
> Ali
> Pasha dari Mesir ke Mekah untuk mengusir tentera
> Wahabi pada tahun 1200+ hijrah.
> 
> Komen:
> 
>  Siapakah Muhammad Ali Pasha (bapa Pemodenan Mesir)?
> 
>  Sebagaimana diulang sebut , kita kena hati-hati
> melihat semula sejarah.
> 
> 1. Rekod membuktikan bahawa antara tahun 1813 hingga
> 1849, 311 pelajar
> muda dari Mesir dihantar ke Italy, France, Austria,
> england, guna wang
> kerajaan masa itu.  Bahasa French diperkenalkan
> dengan meluas di Mesir,
> (disamping positive lihatjuga negatifnya). Boleh sdr
> bincangkan  apakah
> keadaan hasilnya bila jenerasi muda didikan Eropah
> ni balik semula ke
> Mesir?
> (Memang Mesir di"moden"kan dan diwar-warkan
> sedemikian tapi apa jadi
> pada semangat deen Islam?)
> 
> Apakah yang nyata dari fakta ini?
> Jawabnya yg nyata jentera kerajaan Mesir ketika itu
> LEBIH dikuasai oleh
> pengaruh Perancis dan bukan oleh Khalifah Islam yg
> di Turki ketika itu.
> (Maka sdr Osman silap dalam perhitungan)
> 
> 2. Dan tentera Muhammad Ali yang menyerang
> "Muwahiddun" (pengikut Imam
> Muhammad AW) di Semenanjung Tanah Arab , diketuai
> oleh seorang Kolonel
> Perancis (french) bernama Seve, yang "masuk Islam"
> dan pakai nama
> Sulaiman Pasha. Tentera yg sama juga serang Syria.
> Sudan juga diserang.
> (Greek juga dserangtapi "kalah").
> Apakah kita tak curiga dengan "muallaf" ini? Sejauh
> mana sdr Osman kenal
> di "Sulaiman Pasha " ini? sehingga sdr memihak
> kpdnya dari pihak Imam
> Muhammad yg jelas kedudukan ilmu asas Quran dan
> tauhidnya?
> 
> 3. Tentera laut di zaman ALi juga dipengaruhi dan
> diketuai oleh seorang
> Engneer dari Perancis. Nama ketua negara  Muhammad
> Ali Pasha, tapi key
> person /ketua yg melaksanakan kerja  perang ialah
> orang asing. Apa nak
> dibanggakan sangat  apabila yg diperangi itu juga
> golongan yang
> bersyahadah?
> 
> 4. Ibrahim (Anak Ali), meneruskan serangan terhadap
> "Wahabbi"
> (1816-1818M). Dia serang juga Greek tapi tak menang
> pun.  Apa sebenarnya
> yg berlaku ini?
> Orang yg bersyahadah di perangi dengan
> sungguh-sungguh??
> Dengan Greek tak sungguh-sungguh ke atau ada udang
> sebalik batu?
> . (Masih kita tertipu?)
> 
> 
> satu hal lagi, sdr  Osman silap fakta:  idea nak
> serang "wahabbi" bukan
> dari khalifah Islam tapi bersumber dari peranan
> talibarut musuh yng mahu
> porak porandakan ummah Islam atas sebab irihati
> mereka agaknya, (sebab
> tak penting) waLLahu a'lam.
> 
> abuhanif.
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Osman?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke