*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Encik Pengarang,

Sebelum mengarang, biarler banyak membuat rujukan;
buku geography, encyclopedia, buku sejarah, world
news, philipine news, Rebel news...etc. Jangan ler nak
cari untung aje demi memenuhi ruang suratkhabar. 

Menulis di dada akhbar bairler professional
sikit...sebab pembacanya bukan org2 kampon' shj...

Dr Dzun Nun
Fakulti Sosiologi dan Kemanusian
UXX.

--- Utusan Online <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Encik Dzun Nun,
> 
> Sila jelaskan dengan terperinci perkara yang tidak
> betul pada pendapat
> Encik. Perkara mana yang tidak tepat?
> Jangan kita membuat tuduhan melulu tanpa membuat
> usul periksa. Itu tidak
> bijak.
> 
> Pengarang
> ----- Original Message -----
> From: "Dzun Nun" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Wednesday, August 16, 2000 8:03 AM
> Subject: Keadaan mencemaskan di Zamboanga
> 
> 
> > Apa punya pengarang daa...udah la tak tau fakta,
> > geografi pun lintang pukang...dah tak da pengarang
> yg
> > berwibawa lagi ka yg nak join utusan?
> >
> > UTUSAN 16 August 2000
> >
> >                   Keadaan mencemaskan di Zamboanga
> >
> >                   PEMBUNUHAN dan pertempuran
> dengan
> > pasukan tentera atau polis mungkin jarang berlaku
> di
> > Malaysia tetapi di
> >                   Zamboanga City ia boleh
> dikatakan
> > berlaku saban hari dan menjadi satu permainan
> senjata
> > yang mencemaskan.
> >
> >                   Tiap hari, ada sahaja berlaku
> > pertempuran dan kejadian letupan bom yang
> mengorbankan
> > berpuluh-puluh nyawa
> >                   manusia sama ada yang berdosa
> atau
> > yang tidak berdosa.
> >
> >                   Walaupun media-media tempatan
> > melaporkan peristiwa pertempuran ini dengan cara
> yang
> > begitu menyedihkan tetapi
> >                   rakyat berusaha mencari rezeki
> > seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku
> di
> > sekeliling mereka.
> >
> >                   Zamboanga yang dahulunya
> terkenal
> > dengan pusat pelancongan kerana kepulauannya yang
> > menarik, kini semua
> >                   kegiatan tersebut tinggal senyap
> dan
> > sepi kerana pelancong asing bimbang dengan tahap
> > keselamatan masing-masing.
> >
> >                   Selain daripada sektor
> pelancongan
> > turut terjejas ialah pelaburan secara langsungnya
> > kerana pelabur-pelabur juga
> >                   bimbang tentang keselamatan
> mereka
> > yang sehingga kini belum dipulihkan lagi.
> >
> >                   Sepanjang 15 hari di Zamboanga
> City,
> > sebuah bandar yang terletak kira-kira 500
> kilometer di
> > selatan Manila 150
> >                   kilometer dari Pulau Jolo atau
> Pulau
> > Patikul, tempat persembunyian pejuang Abu Sayyaf
> tidak
> > ada suatu hari pun di
> >                   dada-dada akhbar di sini tidak
> > melaporkan tentang pembunuhan, pertempuran atau
> > letupan bom.
> >
> >                   Tidak kurang dari 100 nyawa
> > terkorban dalam tempoh berkenaan dengan Sabtu lalu
> > mencatatkan angka terbesar
> >                   dengan 20 orang terbunuh sekali
> gus
> > akibat pertempuran antara tentera kerajaan dengan
> puak
> > Kristian.
> >
> >                   Hari ini sahaja dua terbunuh, 11
> > cedera dalam letupan bom di gerai di utara
> Cotabato
> > yang menuduh gerila Barisan
> >                   Pembebasan Islam Moro (MILF)
> > melakukannya.
> >
> >                   Dalam satu-satu pertempuran
> sudah
> > tentu ada pihak yang terbunuh, cedera, kemusnahan
> > harta benda dan tidak kurang
> >                   juga tentera-tentera yang
> berkhidmat
> > demi mempertahankan tanah air turut menjadi mangsa
> > kepada keadaan.
> >
> >                   Perjuangan puak militan di
> Zamboanga
> > begitu kuat sehingga timbulnya beberapa kumpulan
> baru
> > yang antara satu sama
> >                   lain bersaing ingin menonjolkan
> > kejayaan masing-masing.
> >
> >                   Tindakan mereka juga bukan
> sahaja
> > mencederakan orang ramai tetapi turut melakukan
> serang
> > hendap terhadap
> >                   balai-balai polis sekitar
> kawasan
> > tengah Mindanao dan berikut adalah antara beberapa
> > kejadian serangan militan dalam
> >                   tempoh dua minggu yang lalu.
> >
> >                   Ketua Pemerintah Selatan, Kol.
> > Hilanio Atendido berkata, pejuang berkenaan telah
> > membunuh sekurang-kurangnya
> >                   tiga orang dan mencederakan dua
> yang
> > lain dalam pertempuran tersebut.
> >
> >                   Di utara Cotabato, pasukan
> Renjer
> > Tentera bertempur dengan pihak pemisah yang tidak
> > diketahui jumlahnya di sebuah
> >                   kawasan berhampiran Banisilan
> > mengakibatkan beberapa gerila terbunuh.
> >
> >                   Dalam pada itu juga, tentera di
> > Maguindanao berjaya memisahkan kira-kira 100
> gerila
> > yang menyerang hendap kem
> >                   polis yang menjaga keamanan
> > sepanjang Lebuh Raya Cotabato-bandar Jeneral
> Santos.
> >
> >                   Di samping itu menurut laporan
> > tentera juga, satu pertempuran sengit waktu pagi
> > berlaku di bandar Datu Odin Sinsuat
> >                   dengan pihak tentera terpaksa
> > menggunakan kereta-kereta perisai untuk
> mempertahankan
> > diri. Dalam pertempuran ini
> >                   seorang tentera terbunuh
> manakala
> > seorang wanita cedera dalam kejadian tersebut.
> >
> >                   Dalam pada itu di Saranggani,
> > Pengarah Wilayah Polis, Ketua Supritendan Manuel
> Raval
> > berkata, sekumpulan gerila
> >                   membuat serang hendap di sebuah
> > balai polis dengan melancarkan serangan roket
> terhadap
> > balai polis berkenaan.
> >
> >                   Bagaimanapun pasukan polis yang
> > diketuai oleh Supritendan Cesar Daouil mematahkan
> > serangan terhadap gerila
> >                   berkenaan.
> >
> >                   Antara satu pertempuran dengan
> > pertempuran yang lain ia mempunyai senarionya yang
> > tersendiri kerana ia mungkin
> >                   terdapat pertelagahan antara
> satu
> > pihak dengan pihak yang lain dan yang lebih
> > bersemangat lagi ialah perjuangan
> >                   menuntut pembebasan daripada
> > kerajaan.
> >
> >                   Kini hampir di semua jalan dan
> > laluan utama di sini terdapat iklan menyeru orang
> > ramai tentang kepentingan
> >                   membebaskan bandar ini daripada
> > aktiviti persenjataan serta mendidik supaya hidup
> > dalam suasana harmoni dan
> >                   perpaduan.
> >
> >                   Zamboanga sebagai sebuah wilayah
> > dalam pentadbiran Mindanao yang mempunyai pelbagai
> > etnik yang memang
> >                   terkenal dengan perjuangan
> Bangsa
> > Moronya khususnya dalam membantu gerila Barisan
> > Pembebasan Kebangsaan
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke