*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Prolintas menulis:
>Inilah yang patut kita doakan supaya kita dapat berdamai 
>sesama bangsa dan seagama.
>BUATLAH SALINAN SEBANYAK MUNGKIN

Diceritakan dalam sebuah buku, seorang wanita yang pro Kamal
Attartuk, bapa Turki moden bahawa semasa dia mula menjadi
presiden negara itu, dia banyak menentang tindak-tanduk
ulama-ulama. Pada satu hari, ada seorang penyanyi wanita
terkenal menyanyi di atas pentas. Kebetulan ada seorang alim
Islam berdakwah kepada wanita itu. Katanya ada haram wanita
memerdukan suara dengan nyanyian. Wanita itu menerima 
nasihat pendakwah itu. Kebetulan ramai peminat wanita itu
yang pro Kamal Attarturk tidak senang hati dengan pendakwah
itu maka mereka pergi mengadu hal pada Kamal Attarturk.

Setelah mendengar lapuran daripada peminat wanita itu,
maka Kamal Attarturk mengarah polis supaya wanita itu kembali 
menyanyi di pentas. Alasan yang diberi oleh Kamal Attarturk 
ialah: "Saya tidak mahu orang ugama memperalatkan ugama untuk
politik". (Maksudnya, idea politik suku dan ugama suku
adalah ajaran fahaman sekular Kamal Attraturk yang diajarkan
kepada rakyat Turki). Bagi Kamal Attraturk, untuk rakyat
Turki dan Islam maju, mereka mestilah ketepikan setengah-
setengah ajaran Islam kerana ia sudah ketinggalan zaman.

Mari kita lihat apa Fir'aun buat ketika dia dan berpuluh-
puluh ribu tentera sampai ke tepi laut yang terbelah.
Dia melihat satu kehebatan di luar kekuasaan manusia.
Laut yang terbelah adalah satu kejadian yang cukup jelas
bagi Fir'aun yang dia saksikan di depan matanya adalah
amaran daripada Allah supaya Fir'aun menjadi INSAF !!!!!!
Tetapi manusia macam Fir'aun tetap degil. Nabi Musa telah
banyak menunjukkan mukjizat yang hebat-hebat supaya Fir'aun
menjadi INSAF !!! Fir'aun tetap dengan pendiriannya, tidak
mahu tunjuk kepada kebenaran.

Yang menghairankan kita, manusia Fir'aun tahu bahawa jika
dia masuk ke dalam laut yang terbelah itu, pasti ia akan
tutup semula dan dia akan mati lemas dalam laut. Oleh kerana
Fir'aun lebih yakin kepada dirinya, bahawa dia boleh buat
apa sahaja dan pengikut-pengikut tetap ikut perintahnya,
maka Fir'aun melangkah MASUK ke dalam laut terbelah itu.
Bukan setakat dia seorang yang masuk, malahan beribu-ribu
tenteranya ikut sama sebagai tanda tunjuk taat setia kepada
pemimpin. Maka kita saksikan beribu-ribu manusia gila
telah mati ditelan laut. Di sini kita dapat faham, adalah
dasar ajaran Fir'aun bahawa ugama adalah perkara kedua,
maruah adalah perkara utama. Sebab itulah Fir'aun sanggup
menentang hukum dan kekuasaan Allah, padadal dia tahu dia
akan hancur kelak dalam laut.

Ambillah pengajaran daripada peristewa Fir'aun ditelan laut.
Fir'aun adalah manusia angkuh. Tentera Fir'aun yang beribu-
ribu itu adalah pengikut-pengikut yang taat setia kepada
pemimpin, mereka memuja dan mengikut telunjuk arahan Fir'aun
tanpa banyak soal. Maka mereka hancur bersama Fir'aun.

Kita tidak pelik di Malaysia ini, memang terdapat orang-orang
yang taat setia kepada pemimpin yang sesat, mereka ikut apa
saja yang disuruh oleh ketua, walaupun mereka sedar ia adalah
bercanggah dengan ajaran Islam.

Kembali kepada Islam. Tinggalkan jalan yang dilalui oleh
Kamal Attarturk dan Fir'aun.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke