*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Semalam tengok berita TV, Dr Mahathir nangis lagi, nampaknya 
>dia seorang yang cepat tersentuh, orang yang cepat tersentuh 
>mempunyai hati yang lembut. Adakah dia juga menangis bila 
>mendengar hukuman penjara Anwar yang menyiksakan itu ditambah 
>9 tahun lagi. Bertambah lamalah anak-anaknya terputus dari 
>kasih sayang seorang ayah. Kadang-kadang ketara benar seperti 
>berlakon.

Banyak tahun dahulu ketika pihak kerajaan memberi penjelasan
tentang apakah gagasan Wawasan 2020, ramai kakitangan 
kerajaan wajib menghadiri taklimat. Maka pegawai-pegawai
atasan yang pro Mahathir memberitahu tentang apakah matlamat
Wawasan 2020, yang mana dalam majlis itu dihadiri oleh orang
Melayu dan juga orang Cina. Saya masih ingat ada peserta yang 
bertanya tentang kedudukan orang Melayu dan bukan Malayu pada 
tahun 2020. Justeru dijawab oleh pegawai tinggi itu bahawa pada 
tahun 2020 SEMUA rakyat Malaysia, tak kira bangsa dan keturunan
menjadi sama taraf. Dalam erti lain, tahun 2020 itu akan
dengan sendirinya terhapus hak istimewa orang Melayu.

Semasa taklimat itu, semua kakitangan kerajaan yang hadir,
tiada seorangpun berani bangun untuk mempertikaikan gagasan
Wawasan 2020 itu, mungkin kerana mereka takut dicap sebagai
anti-kerajaan. Kebetulan juga, mereka bimbang akan menyentuh
perasaan sensitif kaum bukan Melayu.

Ketika Wawasan 2020 diperkatakan dahulu, ada orang Cina DAP
berkata bahawa idea itu diceduk daripada konsep parti DAP yang
dikenali sebagai "Malaysia Malaysian", atau Malaysia adalah
milik semua kaum Malaysia, dan hak istimewa orang Melayu
patut dihapuskan.

Semalam, ketika saya sendiri melihat dikaca TV, Mahathir
mengangis. Saya rasa dia itu berlakon. Mungkin dia mengangis
kerana Wawasan 2020 akan gagal? Memang Mahathir sendiri
pernah mencetuskan wawasan dimana semua kaum di Malaysia
akan merasai hak istimewa yang sama adil. Ertinya di era
tahun 2020, taraf bumiputra itu bukan lagi hak orang Melayu
sahaja. Orang Cina, orang India pun adalah bumiputra.

Sekali lagi tangisan Mahathir adalah sendiwara. Kita tunggu
apa reaksi Cina MCA, kata orang Mahathir pernah membayangkan
kepada Cina MCA bahawa hak istimewa orang Melayu akan hilang
di suatu masa kelak. Yang dia maksudkan ialah pada tahun 2020.
Ini dengan syarat orang Cina menyokong Barisan Nasional.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke