Malam tadi 17/8/2000, di celah-celah kelam kelibutnya UMNO dan MCA bergaduh
mengenai isu hak2 istimewa orang2 Melayu, di tengah2 kehangatan muka depan
Utusan Meloya yg beria-ria benar mengapi-apikan isu ketuanan Melayu, telah
berlangsung satu persidangan rakyat di the Dome, KOMTAR, Pulau Pinang, yg
disifatkan oleh ramai orang sebagai satu sejarah yang tersendiri buat Pulau
Pinang.

Apa tidaknya, di kala UMNO dan MCA bergaduh sakan pasal isu Melayu vs Cina
sehingga Dr Mahathir sendiri menangis tersedak-sedak; tiba-tiba di Pulau
Pinang yang boleh diibaratkan sebagai satu kawasan yang paling panas andaikata
sandiwara UMNO/MCA ini benar-benar menjadi; tiba-tiba di situ, malam tadi
berlansung satu persidangan rakyat secara live, yang dihadiri oleh semua
pemimpin2 utama Barisan Alternatif termasuklah Kak Wan, Ustaz Fadzil dan Lim
Kit Siang.

Saya melihat hadirin begitu ramai sekali hingga sesak the Dome itu dibuatnya,
se! muanya ada, daripada Apek berseluar pendek, India bertande hinggalah kpd
sahabat2 berjubah dan berserban tebal; semuanya ada. Daripada gaya mereka itu,
macam mereka tak perasan pun dengan hirok pikuk di Putrajaya dan muka depan
akhbar2 di kedai-kedai mamak yg begitu bersungguh-sungguh cuba menghidupkan
semula api perkauman 13 Mei 1969!

Sebaliknya, most of the time, malam tadi, mereka ketawa terbahak-bahak
mendengar kupasan dan lawak jenaka pemimpin2 BA mengulas isu-isu semasa.

Antara isu yang saya tumpang tergelak ialah ucapan dari Pengerusi DAP, Encik
Lim Kit Siang:

Lim Kit Siang bercerita mengenai kisah kes DSAI. Kata beliau, selepas Anwar
dijatuhkan hukuman, buat pertama kali dalam mana-mana sejarah negara, kita
melihat bagaimana seluruh dunia, Amerika Syarikat, Kanada, NZ dan juga
KESATUAN NEGARA-NEGARA EROPAH mengeluarkan kenyataan mengecam sistem
kehakimana Malaysia yg disifatkan tiada wibawa, hanya mengikut te! lunjuk
Mahathir semata-mata. Negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan
Filipina, walau pun tiada kenyataan rasmi, tapi pendirian mereka boleh dilihat
dari komen pengarang akhbar2 uatama di negara2 berkenaan; semuanya
mempertikaikan kewibawaaan hakim kita dalam menjatuhkan hukuman tersebut.
Semua negara2 berkenaan berpendapat bahawa hakim2 kita hanya menjadi budak
suruhan Mahathir belaka.

KALAU DENGAN BAHASA KASARNYA, KITA BOLEH KATA, KALAU MAHATHIR SURUH HAKIM
JILAT JUBUR DIA, PASTI DEPA JILAT; KALAU MAHATHIR TANYA MASIN KA MANIS, MESTI
DEPA JAWAB "Manisss!! Tak masih aih!" WALAU PUN HAKIKATNYA AMAT MELOYAKAN!!

[Ini bukan Lim Kit Siang kata, tapi ada orang lain kata]

Kata Lim Kit Siang lagi:

"Kemudian Mahathir cakap, sekarang baru kita tahu siapa kawan, siapa lawan.
Adakah ini bermakna Amerika musuh kita, Kanada musuh kita, EUROPEAN UNION
musuh kita? APA, KITA MAU PERANG SAMA MEREKAKAH? - TUAN2 SEMUA! MAU PERANG SAMA
MEREKAKAH?"

Lalu, disahut dengan berbagai kata-kata boo balas dari penonton, yang
kesemuanya ditujukan kpd Dr Mahathir.

Lim Kit Siang juga bercerita mengenai kisah Rais Yatim yang penuh bersemangat
membuat kenyataan bahawa tindakan negara2 berkenaan mencabuli satu perjanjian
(treaty) antara negara2 dalam Bangsa-Bangsa Bersatu yang antara lain bersetuju
untuk tidak mengkritik sistem kehakiman negara lain.

Kata Lim Kit Siang, sepanjang penglibatan beliau dalam politik, beliau belum
pernah mendengar adanya treaty atau pun dokumen penjanjian yg sedemikian; lalu
beliau pun pergi membuat research, talipon sana talipon sini nak cari
perjanjian manakah yg dimaksudkan itu. Tapi tak jumpa, lalu beliau pun search
internet, juga tak jumpa. Last2 sekali, kata Lim Kit Siang:

"Akhir sekali, saya pun menghubungi satu orang yg saya rasa kalau beliau tidak
tahu, tidak ada orang lain yg tahu. Orang itu ialah bek! as duta United Nation
untuk bahagian kehakiman/perundangan iaitu Datuk Param (saya lupa nama penuh).
Tapi, DIA PUN TAK TAHU - dia talipon kawan2 dia tapi mereka pun tak tahu. Tak
ada perjanjian yg Rais Yatim katakan itu!!!"

MAKNA KATA, KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BUTA SAJA KENA TIPU HIDUP-HIDUP DENGAN
SI MAMAT RAIS YATIM INI!!

Mangkaq punya menteri - macam ni kalu lebih baik letak balik Ibrahim Ali kat
situ - orang tarak otak macam Ibrahim Ali kalau cakap macam tu, kira okay
jugak, ini Rais Yatim, lawyer by background - tapi lawyer buruk - mangkaq
cap ayam betoi!

Dan macam2 lagi lawak jenaka dan penerangan2 terbaru mengenai BA dan isu2
semasa, dari Lim Kit Siang dan lain2 penceramah malam tadi; semua hadirin
macam tersenyum puas. Saya lihat sekeliling saya, suasana perpaduan begitu
jelas terasa. Melayu, Cina dan India duduk berselang2 kerusi, ikut dan, siapa
mai dulu, dia dapat duduk, kalau tak, kena bertenggek ka! t tangga auditorium;
nampak begitu mesra sekali.

SAYA RASA KALAU DR MAHATHIR MAI TENGOK SAMA MALAM TADI; TENGOK BETAPA MESRANYA
MELAYU, CINA DAN INDIA PULAU PINANG DI DEWAN DOME KOMTAR ITU, SAYA PASTI, KALI
INI DR MAHATHIR MESTI MENANGIS LAGI!!

Tapi, tangisannya kali ini bukan lagi tangisan sandiwara, tapi tangisan yang
benar2 menusuk jiwa....

-Sekian dilapurkan-
<[EMAIL PROTECTED]>



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke