*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hantu Raya wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> salam~
>
> Malam tadi 17/8/2000, di celah-celah kelam kelibutnya UMNO dan MCA bergaduh
> mengenai isu hak2 istimewa orang2 Melayu, di tengah2 kehangatan muka depan
> Utusan Meloya yg beria-ria benar mengapi-apikan isu ketuanan Melayu, telah
> berlangsung satu persidangan rakyat di the Dome, KOMTAR, Pulau Pinang, yg
> disifatkan oleh ramai orang sebagai satu sejarah yang tersendiri buat Pulau
> Pinang.
>
> Apa tidaknya, di kala UMNO dan MCA bergaduh sakan pasal isu Melayu vs Cina
> sehingga Dr Mahathir sendiri menangis tersedak-sedak; tiba-tiba di Pulau
> Pinang yang boleh diibaratkan sebagai satu kawasan yang paling panas andaikata
> sandiwara UMNO/MCA ini benar-benar menjadi; tiba-tiba di situ, malam tadi
> berlansung satu persidangan rakyat secara live, yang dihadiri oleh semua
> pemimpin2 utama Barisan Alternatif termasuklah Kak Wan, Ustaz Fadzil dan Lim
> Kit Siang.
>
> Saya melihat hadirin begitu ramai sekali hingga sesak the Dome itu dibuatnya,
> semuanya ada, daripada Apek berseluar pendek, India bertande hinggalah kpd
> sahabat2 berjubah dan berserban tebal; semuanya ada. Daripada gaya mereka itu,
> macam mereka tak perasan pun dengan hirok pikuk di Putrajaya dan muka depan
> akhbar2 di kedai-kedai mamak yg begitu bersungguh-sungguh cuba menghidupkan
> semula api perkauman 13 Mei 1969!
>
> Sebaliknya, most of the time,  malam tadi, mereka ketawa terbahak-bahak
> mendengar kupasan dan lawak jenaka pemimpin2 BA mengulas isu-isu semasa.
>
> Antara isu yang saya tumpang tergelak ialah ucapan dari Pengerusi DAP, Encik
> Lim Kit Siang:
>
> Lim Kit Siang bercerita mengenai kisah kes DSAI. Kata beliau, selepas Anwar
> dijatuhkan hukuman, buat pertama kali dalam mana-mana sejarah negara, kita
> melihat bagaimana seluruh dunia, Amerika Syarikat, Kanada, NZ dan juga
> KESATUAN NEGARA-NEGARA EROPAH mengeluarkan kenyataan mengecam sistem
> kehakimana Malaysia yg disifatkan tiada wibawa, hanya mengikut telunjuk
> Mahathir semata-mata. Negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan
> Filipina, walau pun tiada kenyataan rasmi, tapi pendirian mereka boleh dilihat
> dari komen pengarang akhbar2 uatama di negara2 berkenaan; semuanya
> mempertikaikan kewibawaaan hakim kita dalam menjatuhkan hukuman tersebut.
> Semua negara2  berkenaan berpendapat bahawa hakim2 kita hanya menjadi budak
> suruhan Mahathir belaka.
>
> KALAU DENGAN BAHASA KASARNYA, KITA BOLEH KATA, KALAU MAHATHIR SURUH HAKIM
> JILAT JUBUR DIA, PASTI DEPA JILAT; KALAU MAHATHIR TANYA MASIN KA MANIS, MESTI
> DEPA JAWAB  "Manisss!! Tak masih aih!" WALAU PUN HAKIKATNYA AMAT MELOYAKAN!!
>
> [Ini bukan Lim Kit Siang kata, tapi ada orang lain kata]
>
> Kata Lim Kit Siang lagi:
>
> "Kemudian Mahathir cakap,  sekarang baru kita tahu siapa kawan, siapa lawan.
> Adakah ini bermakna Amerika musuh kita, Kanada musuh kita, EUROPEAN UNION
> musuh kita? APA, KITA MAU PERANG SAMA MEREKAKAH? - TUAN2 SEMUA MAU PERANG SAMA
> MEREKAKAH?"
>
> Lalu, disahut dengan berbagai kata-kata boo balas dari penonton, yang
> kesemuanya ditujukan kpd Dr  Mahathir.
>
> Lim Kit Siang juga bercerita mengenai kisah Rais Yatim yang penuh bersemangat
> membuat kenyataan bahawa tindakan negara2 berkenaan mencabuli satu perjanjian
> (treaty) antara negara2 dalam Bangsa-Bangsa Bersatu yang antara lain bersetuju
> untuk tidak mengkritik sistem kehakiman negara lain.
>
> Kata Lim Kit Siang, sepanjang penglibatan beliau dalam politik, beliau belum
> pernah mendengar adanya treaty atau pun dokumen penjanjian yg sedemikian; lalu
> beliau pun pergi membuat research, talipon sana talipon sini nak cari
> perjanjian manakah yg dimaksudkan itu. Tapi tak jumpa, lalu beliau pun search
> internet, juga tak jumpa. Last2 sekali, kata Lim Kit Siang:
>
> "Akhir sekali, saya pun menghubungi satu orang yg saya rasa kalau beliau tidak
> tahu, tidak ada orang lain yg tahu. Orang itu ialah bekas duta United Nation
> untuk bahagian kehakiman/perundangan iaitu Datuk Param (saya lupa nama penuh).
> Tapi, DIA PUN TAK TAHU - dia talipon kawan2 dia tapi mereka pun tak tahu. Tak
> ada perjanjian yg Rais Yatim katakan itu!!!"
>
> MAKNA KATA, KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BUTA SAJA KENA TIPU HIDUP-HIDUP DENGAN
> SI MAMAT RAIS YATIM INI!!
>
> Mangkaq punya menteri - macam ni kalu lebih baik letak balik Ibrahim Ali kat
> situ - orang tarak otak macam Ibrahim Ali kalau cakap macam tu, kira okay
> jugak, ini Rais Yatim, lawyer by background -  tapi  lawyer buruk - mangkaq
> cap ayam betoi!
>
> Dan macam2 lagi lawak jenaka dan penerangan2 terbaru mengenai BA dan isu2
> semasa, dari Lim Kit Siang dan lain2 penceramah malam tadi; semua hadirin
> macam tersenyum puas. Saya lihat sekeliling saya, suasana perpaduan begitu
> jelas terasa. Melayu, Cina dan India duduk berselang2 kerusi, ikut dan, siapa
> mai dulu, dia dapat duduk, kalau tak, kena bertenggek kat tangga auditorium;
> nampak begitu mesra sekali.
>
> SAYA RASA KALAU DR MAHATHIR MAI TENGOK SAMA MALAM TADI; TENGOK BETAPA MESRANYA
> MELAYU, CINA DAN INDIA PULAU PINANG DI DEWAN DOME KOMTAR ITU, SAYA PASTI, KALI
> INI DR MAHATHIR MESTI MENANGIS LAGI!!
>
> Tapi, tangisannya kali ini bukan lagi tangisan sandiwara, tapi tangisan yang
> benar2 menusuk jiwa....
>
> -Sekian dilapurkan-
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke