Fahami dahului Suqiu

Kenyataan akhbar Suqiu
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya
Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu) menyambut dengan hati yang terbuka
kedatangan rombongan Pemuda UMNO yang datang memberikan memorandum.
Kami merasa dukacita kerana Pemuda UMNO menolak beberapa kali jemputan kami
untuk berdialog. Kami percaya respons Pemuda UMNO adalah disebabkan oleh
salah faham dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. Oleh
kerana Pemuda UMNO khasnya dan orang awam amnya belum membaca teks lengkap
Rayuan Suqiu, kami akan mengiklankan teks lengkap Rayuan Suqiu di Utusan
Malaysia.
Kami percaya sesiapa yang telah membaca Rayuan Suqiu akan mengetahui bahawa
Rayuan Suqiu langsung tidak menyentuh dan mempersoalkan hak keistimewaan
Melayu sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Rayuan Suqiu merangkumi
17 agenda, yakni (1) perpaduan nasional, (2) pengukuhan demokrasi
berparlimen, (3) hak asasi dan penegaka! n keadilan, (4) penghapusan rasuah,
(5) dasar ekonomi yang adil, (6) pengkajian semula dasar penswastaan, (7)
dasar pendidikan yang terbuka, liberal dan progresif, (8) multiculturalism,
(9) perlindungan alam sekitar, (10) pembangunan kampung baru, (11) hak
perumahan untuk semua, (12) hak asasi wanita, (13) Media yang adil, (14)
profesionalisme polis, (15) kebajikan sosial, (16) hak pekerja serta (17)
hak orang asli.
Jawapan saudara Ser Choon Ing, Setiausaha Suqiu apabila ditanya pemberita
Utusan Malaysia pada 16 Ogos 2000 adalah berkenaan dengan Dasar Affirmative
Action, rayuan 2.2 yang berbunyi : Tindakan Afirmatif (Affirmative Action)
harus bertujuan untuk memberi perlindungan dan peningkatan kepada golongan
masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang
sosial dan kaum.
Kandungan Rayuan Suqiu telah diterima oleh Kabinet melalui menteri-menteri
MCA, Gerakan dan SUPP yakni Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, Datuk S! eri Dr Lim
Keng Yaik dan Datuk Law Heing Ding (Berita Harian 23/09/1999 "Kabinet terima
petisyen kaum Cina"; NST 24 /09/1999, "Three BN components accept Hua Tuan
appeal") Ingin dinyatakan di sini bahawa kami tidak menekankan mana-mana
daripada 83 poinnya pada 16 Ogos baru-baru ini. Kami cuma mengadakan majlis
ulangtahun pertama dan pelancaran laman jaring www.suqiu.org.
Kami berharap parti-parti politik, media dan semua pihak lain tidak
memanupulasikan isu ini dan menjejaskan perpaduan nasional. Kami akan
mengiklan di Utusan Malaysia teks lengkap Rayuan Suqiu untuk dikaji oleh
semua rakyat Malaysia. Kami berterima kasih atas kerjasama dan
profesionalisme pihak polis dalam menjaga keadaan semasa penyerahan
Memorandom oleh Pemuda UMNO.

Jawatankuasa Suqiu
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.A! NYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke