*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyak sebab kenapa BNM bertindak macam tu:
1) Ramai rakyat jelata keluar duit dari bank dan masuk PLSB. Bank jadi susah 
hati, sebab kebanyakan bank adalah dimiliki atau pemegang share dari 
menteri.
2) Ada pihak bimbang rakyat tidak bergantung kpd pemerintah lagi bila semua 
sudah mempunyai ekonomi yang kukuh.
3) ada pihak lain bukan bumi yang susah hati kerana kaum bumi sudah pandai 
nberniaga dan tidak mengharapkan orang lain lagi...

banyak lagi


>From: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Platinum Lane
>Date: Sun, 20 Aug 2000 12:04:21 MYT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>
>Saya pun baru join tak dan sebulan....dah BN buat kacau...Ini lah dia HAK
>KEISTIMEWAAN MELAYU yg diaorang nak pertahankan sampai ke mati tu 
>kut???!!!!
>
>
>
>>From: Young RF <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* [Fwd: plsb]
>>Date: Thu, 17 Aug 2000 10:05:03 -07
>
>
>From:
>       mamat <[EMAIL PROTECTED]>
>To:
>       msmali <[EMAIL PROTECTED]>, Young RF <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject:
>       plsb
>Date:
>       Wed, 16 Aug 2000 21:57:56 +0800
>
>
>Penggantungan Platinum Lane Adalah
>Isu Maruah Melayu
>
>Saya sebagai seorang "rakaniaga" syarikat Platinum Lane Sdn Bhd semenjak
>3
>tahun yang lalu rasa terpanggil untuk menyatakan keluhan dan rasa kecewa
>
>saya dengan sikap Bank Negara yang diletakkan dibawah kawal selia
>Kementerian Kewangan. Pada tarikh keramat 8 hb. Ogos 2000, tepat jam
>2.30
>petang, sepuluh buah kereta tiba-tiba merempuh masuk ke kawasan Pusat
>Perniagaan Putra di Kelang Lama, Kulim, Kedah. Sekumpulan pegawai bank
>negara yang di kawal ketat oleh pihak polis telah menyerbu syarikat ini
>dan
>merampas sejumlah wang, dokumen dan cakera liat (hardisk) komputer. Bila
>
>orang ramai makin ramai datang, pada jam 7.00 petang pihak FRU dipanggil
>
>untuk mengacau lagi keadaan.
>
>Cara serbuan yang dibuat oleh pihak BNM adalah amat tidak profesional
>dan
>berniat jahat. Langkah ini disifatkan oleh sebilangan yang hadir pada
>hari itu
>sebagai lahir dari sifat irihati dan dengki pihak tertentu dengan
>kejayaan
>syarikat milik penuh bumiputera Islam itu menarik lebih 30,000 ahli
>menyertai
>usaha untuk meninggikan martabat ekonomi orang Melayu dan Islam.
>Syarikat
>itu telah berjaya membina sebuah empayar perniagaan yang besar dengan
>terbinanya puluhan buah kedai dari kafetaria, kedai emas, kedai kereta,
>alatan
>sukan malah pasaraya! Dua buah bangunan pasaraya syarikat itu sedang
>dalam
>proses penyiapan tetapi semuanya ini bakal berkubur dengan tindakan BNM
>yang berpunca dari arahan Haman Tun Diam membekukan semua aset syarikat
>itu dalam beberapa buah bank.
>
>Saya amat gusar dengan kerajaan yang kununnya diterajui oleh orang
>Melayu
>AMNO tetapi telah membunuh satu bentuk perniagaan yang diasaskan oleh
>bangsa Melayu dalam masa sekelip mata. Walaupun syarikat ini dikatakan
>mengambil deposit secara tidak sah menurut BAFIA seksyen 25(1), namun
>sehingga kini pihak BNM belum dapat membuktikan walaupun 'sekupang'
>bahawa tuduhan itu adalah kuat dan benar. Apakah dengan mengheret
>syarikat tersebut dengan tuduhan tidak berasas akan menyelesaikan
>masalah?
>Apakah dengan membekukan semua aset syarikat tersebut dalam bank
>tempatan yang bernilai ratusan juta ringgit akan menolong meninggikan
>lagi
>mertabat ekonomi Melayu bumiputera?
>
>Saya ingin mengingatkan Tun Diam agar jangan cuba lepas tangan dalam isu
>
>ini. Ahli-ahli Platinum Lane bukan saja dari kalangan orang biasa, tapi
>lebih dari
>separuh dari bilangan Askar Melayu TUDM Butterworth, beribu-ribu askar
>Malayu TLDM Lumut dan beratus-ratus askar Melayu dari kem Sungai Layar,
>Sungai Petani sudah merasa bosan dengan sandiwara Tun Diam. Ada
>dikalangan kami terdiri dari Pegawai polis dengan tiga 'paku', isteri
>dan keluarga
>YB dan ahli exco malah kerabat menteri sekalipun. Apakah salah kami yang
>
>cuma ingin merasa sedikit rezeki pemberian Allah, sedangkan sudah sekian
>
>banyak wang rakyat Tun dan kroni sudah 'rembat'. Kami suka beri ingatan
>agar
>Tun fikirkan tentang perkara ini dan jangan sekali-kali dibunuh
>perniagaan
>orang Melayu Islam semata-mata Tun tidak mempunyai 'share' dan
>kepentingan
>peribadi seperti sebahagian besar empayar perniagaan Tun.
>
>Kenapa pihak BNM tidak mengambil tindakan terhadap syarikat Berjaya
>Vacation dibawah pimpinan kroni PM, Vincent Tan yang juga mengambil
>'deposit secara haram' untuk sertai pakej pelancongan dengan jumlah
>deposit
>RM 18,000 . Kos penjagaan Berjaya Vacation (penjagaan bilik hotel)
>adalah
>berjumlah RM 300 dan semua pengambilan seposit ini menjadi halal kerana
>hubungan PM dan kroni. Ingatlah, membunuh syarikat milik orang Melayu
>bererti
>membunuh peluang orang Melayu berniaga.
>
>May
>15 Ogos 2000
>
>
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "JeBat DeRhAkA" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke