*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

assalamualaikum

di negeri yg ada jihad keperluan asasnya ialah senapang dan peluru

ke 2 barulah makanan

rumah dan kenderaan jatuh nombor 12




>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Keperluan asas: rumah + kenderaan
>Date: Mon, 21 Aug 2000 08:59:12 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamua'alaikum
>
>-------------------------
>Kepada pelajar-pelajar yang bakal tamat pengajian, ingin dinasihatkan
>supaya memikirkan bagaimanakah cara anda menyelesaikan 4 masalah besar
>selepas belajar disamping masalah lain dalam perancangan hidup and 
>seterusnya.
>
>Rancangan anda selepas tamat belajar:
>1. mendapatkan kerja
>2. membeli kereta/motor
>3. mendapatkan rumah/ menyewa rumah
>4. berumahtangga
>
>----------------------
>
>Banyak orang bercakap tentang jihad dan perjuangan Islam semasa belajar,
>tetapi apabila habis belajar, mereka hilang entah ke mana. SALAH SATU sebab
>utamanya ialah urusan peribadi mereka tidak selesai. Biarpun mereka pernah
>menjadi pimpinan kampus dan hebat serta lantang suatu masa dulu, tetapi
>oleh kerana beberapa perkara asas yang tidak selesai antaranya ialah
>kenderaan untuk bergerak ke sana ke mari ikuti program atau melaksanakan
>program dan tempat tinggal yang tidak menentu (duit habis bayar sewa, tak
>sempat nak menabung,apatah lagi kalau telah berumah tangga) menyebabkan
>orang-orang ini akan meninggalkan "perjuangan" dan jihad. Alasannya tiada
>kereta. Alasannya terpaksa kerja tambahan untuk bayar duit rumah dan duit
>kereta. Kita perlu faham, bahawa iman seseorang tidak sama, dan iman itu
>ada naik ada turunnya.
>
>Makan, minum, pakaian, dan tempat tinggal adalah keperluan asas yang perlu
>ada pada setiap manusia. Apabila keperluan asas ini tidak beres, maka
>urusan lain akan terjejas. Ini adalah realitinya. Yang idealnya ialah
>"tanpa makan, minum, pakaian, dan tempat tinggal, pejuang akan terus
>berjuang" tetapi berapa kerat yang boleh begini? Itu yang ideal.
>
>Mendapatkan kerja bagi menacri sesuap nasi dan menyara keluarga adalah
>tuntutan Islam. Berumahtangga adalah keperluan naluri manusia yang mesti
>dibuat secara halal. Kesemuanya perlu. Keempat2 perkara inilah yang menjadi
>agenda seterusnya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Dan ia akan
>menghantui pemikiran dan kehidupan pelajar. Ada orang yang tangkas
>menyelesaikan masalah keperluan asas ini, ada orang yang tak berkesudahan
>dengan masalah2 ini. Anda boleh pilih sendiri.
>
>Suatu perkara lagi yang dikira sebagai keperluan bagi sebahagian orang
>khususnya "pejuang" ialah kenderaan. Tanpa kenderaan, anda akan beri
>pelbagai alasan untuk tidak dapat hadir ke program2 yang anda jadi
>pelopornya semasa di kampus.
>
>Dua perkara ini, memiliki rumah dan kenderaan, perlulah difikirkan dan
>dirancang lebih awal sebelum tamat belajar, kerana ia akan memudahkan anda
>untuk bergerak dengan lebih lancar dalam hidup anda seterusnya, dan anda
>tidak perlu membuang masa dan penat memikirkannya selepas tamat belajar.
>Malah anda boleh mengelakkan dari kerja lebih masa semata-mata untuk
>menyelesaikan hutang keliling pinggang, bukan saja hutang rumah, hutang
>kenderaan tetapi hutang pinjaman belajar serta interest pinjaman anda yang
>tak kesudahan.
>
>Keperluan kenderaan dan tempat tinggal tidak seharusnya menjadi pengahalang
>kepada usaha untuk mendekatkan diri kepda Allah SWT dan mengajak manusia ke
>arah kebaikan. Malah dengan selesainya masalah kenderaan dan tempat tinggal
>akan menjadikan diri "pejuang" itu  lebih mudah dan lebih selesa untuk
>meneruskan "perjuangan"nya.
>
>Apa yang disebutkan di sini hanyalah pengalaman sebahagian daripada mereka
>yang telah bekerja. Sesungguhnya pengalaman adalah sejarah yang amat
>berharga pada kebanyakan manusia.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Muhammad Amin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke