Buku Muhaimin secara terbuka Mengkritik polis


TAIPING - Polis Di-Raja Malaysia telah dikritik secara terbuka oleh seorang
bekas OKT (Orang Kena Tahan), berikutan peristiwa perhimpunan rakyat "Black
14" di Kuala Lumpur, bagi mengingati kezaliman Dr Mahathir terhadap Anwar
Ibrahim, April lalu. Perihal seorang peserta perhimpunan tersebut yang
dibelasah teruk oleh kira-kira 20 anggota keselamatan, yang melepaskan
geram, telah diceritakan semula oleh seorang bekas OKT, di dalam sebuah buku
catatan mengenai peristiwa tersebut, yang diterbitkan di sini. Buku
tersebut juga turut mendedahkan wujudnya sindiket yang memeras OKT-OKT yang
ditahan di lokap Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur. Ia menceritakan bagaimana
sekeping roti canai dan segelas teh ais dijual kepada OKT di situ dengan
harga yang lebih mahal daripada harga yang dijual di hotel-hotel besar. OKT
yang tampil membuat pendedahan berani ini ialah Muhaimin Sulam, Ketua
Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri Perak. Buku berjudul Diari L! okap 'Black
14', diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak, yang berpejabat di Taiping.
Muhaimin telah ditangkap oleh polis di hadapan Masjid Negara ketika dia
menghadiri perhimpunan aman rakyat pada 15 April 2000. Beliau merupakan
seorang daripada 58 orang yang ditahan oleh pihak polis dalam peristiwa
tersebut. Bersama dengan 15 orang rakan OKT 'Black 14', beliau telah
ditahan bersama-sama dengan pengedar dadah dan pesalah-pesalah lain, di
lokap Balai Polis Cheras, selama lapan hari tujuh malam. OKT Nasharuddin
yang dibelasah oleh 20 orang anggota keselamatan itu merupakan seorang
daripada rakan selokap Muhaimin. "Bahagian belakangnya habis berbekas
dengan pukulan rotan." Muhaimin menceritakan kisah Nasharuddin. "Di bahagian
leher dan dagunya ada kesan tapak kasut berbentuk seperti ladam, kerana kena
'penerajang gila'. Dahi, mulut, kening dan pipinya luka. Bahagian lututnya
juga lebam." Seterusnya Muhaimin menceritakan: "Aku saksikan sendi! ri dengan
biji mata aku bagaimana ganas dan bengisnya polis. Sudahlah OKT itu cedera,
terketar-ketar menahan kesakitan dan ketakutan, dibalunnya dengan rotan
beberapa kali. Kalau dibalunnya di kaki mungkin boleh diterima, tetapi yang
dibalun ialah kepala dan mukanya." Seorang lagi mangsa kekejaman polis,
mengikut cerita Muhaimin: "Aku tengok anak muda yang dibelasah teruk di
bahagian mukanya terhenjut-henjut untuk naik tangga lori. Tiba-tiba polis
yang menangkapnya itu membalun sekuat hati sehingga terjelepok anak muda
yang tak bermaya itu." Banyaklah lagi yang diceritakan oleh penulis buku
ini. Mengenai sindiket menjual makan-minum dalam lokap, beliau menceritakan
ada seorang OKT senior bernama Seng, telah mengumpul duit dari OKT sebanyak
RM400. "Wang tersebut digunakan untuk membeli makanan melalui anggota polis
yang bertugas," katanya. Apa yang mereka dapat dengan wang sebanyak itu?
Hanya 20 keping roti canai, tujuh bungkus teh ais dan! enam bungkus rokok.
Diari Lokap 'Black 14' merupakan buku yang pertama menceritakan pengalaman
OKT Reformasi, ditulis oleh OKT Reformasi sendiri, yang merupakan seorang
pemimpin Pemuda parti PAS. Selalunya umum beranggapan bahawa gerakan
reformasi jalanan hanya didokong oleh anggota dan penyokong parti keADILan,
manakala orang-orang PAS kurang berminat menyertainya. Memang betul
penglibatan ahli parti keADILan lebih menonjol. Tetapi walau bagaimanapun,
buku ini membuktikan bahawa pimpinan Pemuda PAS pun tidak kurang juga
berminat dengan gerakan reformasi jalanan. Di samping pendedahan mengenai
kekejaman dan penyelewengan pihak polis, buku ini juga banyak menceritakan
aktiviti para OKT di dalam lokap. Siapa sangka di dalam lokap pun diadakan
tazkirah agama setiap lepas sembahyang berjamaah, dan pengedar dadah yang
sudah berkali-kali ditangkap pun turut sama mengikuti tazkirah tersebut?
Banyak yang menarik di dalam buku setebal 169 halaman! ini. Harganya RM12.00.
- Dinsman Anda yang berminat untuk mendapatkan buku ini " Diarai
Lokap:BLACK 14" sila hubungi kami 0192796362 (Encik Zabidi bin Morad ) atau
datang ke kedai kami atau membuat pesanan melalui pos di alamat
No.24,Tingkat Bawah,Jalan 4/21D,Medan Idaman ,53100 Gombak ,Kuala
Lumpur.Semua Pembayaran di atas nama "AGENDA UTAMA"

"DETIK SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke