*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam semua.

segala puji bagi ALLah dan salawat kpd junjungan nabi...

apa yang diajarkan dalam bentuk tulisan itu adalah kaedah untuk mengenal ALLah,
sebagaimana yg tertulis samada pendekatan "sifat 20" (kaedah nusantara), atau
uluhiyah+rububiyah maupun asma' wassifat. . Perlu kita bezakan antara kaedah
belajar dengan apa yg diperolihi dalam mengenal ALLah.  Begitu juga dalam soal
"rasa" dalam mengenal ALLah.

Kita sering berwirid  lepas solat kira-kira bermaksud: ALLah beri hidayah kpd
sesiapa yg dikehendakiNya (selalu dibaca lepas solat dlm wirid...) maka
hendaklah kita berhati-hati dalam mengulas tentang pendekatan (dalam mengenal
ALLah nih) yg diajarkan dalam Quran dalam mengenal Pencipta kita.

Pendekatan dari Quran adalah spt yg dirumuskan kaedahnya oleh imam muhammad
abdul wahab. bolehlah komen tapi hendaklah berhati-hati supaya tidak menjuruskan
natijah yg tidak diingini pada diri sendiri.

Kita elakkan bicara istilah "hakikat" bukan kerana perkara ini dinafi tetapi
pusing kot mana pun, ianya masih ada ruang untuk didebatkan .

Ana tak komen panjang dlm hal ini.


waLLahu a'lam

wassalam



minyak 7 sirih wrote:

> Assalamuaykom semua, nak jawab sikit saudara KB dari KUZA.
>
> Kita tak nak ambil banyak-banyak kerana panjang huraiannya. Tapi kita ambil
> yang paling basic sekali iaitu USULLUDIN mengenal Allah SWT.
>
> Kalau inilah cara Wahabi menjawab mengenal Allah SWT kita rasa jawapan
> tengok hari malam, bintang, bulan, matahari, sungai dll.......Tok Sami Hindu
> Batu Caves pun  Tahu, Padri Kristian pun Tahu, Sami Buddha pun Tahu, Sami
> Tokong Cina pun Tahu, Orang Asli dalam hutan pun Tahu maka tidak beza
> fahaman Wahabi dengan ugama ugama lain!!!!
>
> Manakala Firman yang di gunakan ada tafsirannya yang tersurat dan tersirat.
> Ijma' Ulama ASWJ telah mentafsir dengan rapi dari Ilmu USULLUDIN beriktikad
> kepada ASYA'ARI/MATURIDDI zaman berzaman. Fadhu 'Ain -> Usul + Feqah +
> Tasauf.
>
> Oleh itu kita boleh kata fahaman Wahabiah dari bab usul ialah BUTA HATI
> mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal. Kalau sudah buta hati macam
> mana nak beriman dengan dengan sebenar-benar Iman ??? kalau bab usul pun
> sudah KO tak usah cerita bab lain.. buat sibok.. Kalau sudah tidak kenal
> Allah SWT dengan sebenar-sebenar, solat itu pun jadi mengikut hawa nafsu .
> Kata Imam Al-Ghazali dalam kitab Minhajul-Abidin "Lebeh baik tidur dalam
> pengetahuan dari solat yang jahil....hanya mendapat penat badan". Tidak
> hairanlah ada orang rajin sembahyang.... rasuah sapu juga, judi main juga,
> perempuan main juga, kerana tiada ada memberi apa-apa bekas dalam
> sembahyangnya..kosong tidak melakat Iman,  yakni sembahyang suma'ah.
>
> Inilah sedikit akan FITNAH WAHBIAH beriman dan sembahyang kepada Allah SWT
> dengan HAWA NASFU bukan kenal sebenar-benar kenal dengan Ilmu
> Hakikah/Qalbi/Hati.. Iman, seperti yang telah di ajar oleh Nabi kepada
> umatnya melalui sahabah ->Anbiya->Ulama' keturunannya dll. Janganlah jadi
> Iman itu di bibir dan lidah sahaja.
>
> Walahwualam...
>
> "MENGENAL ALLAH, ‘AZZA WA JALLA
> >
> >Apabila anda ditanya : Siapakah Tuhanmu ? Maka katakanlah : tuhanku adalah
> >Allah, yang memelihara diriku dan memelihara semesta alam ini dengan segala
> >ni’mat yang dikurniakan-Nya. Dan dialah sembahank, tiada sesembahan yang
> >haq selain Dia.
> >   Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
> >
> >  ”Artinya : Segala puji hanya milik Allah Tuhan Pemelihara semesta alam”.
> >(Al-Faatihah : 1).
> >  Semua yang ada selain Allah disebut Alam, dan aku adalah salah satu dari
> >semesta alam ini.
> >
> >Selanjutnya jika anda ditanya : Melalui apa anda mengenal Tuhan ? Maka
> >hendaklah anda jawab : Melalui tanda-tanda kekuasaan-Nya dan melalui
> >ciptaan-Nya. Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah : malam, siang,
> >matahari dan bulan. Sedang di antara ciptaan-Nya ialah : tujuh langit dan
> >tujuh bumi beserta segala mahluk yang ada di langit dan di bumi serta yang
> >ada di antara keduanya.
> >
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke