*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kasehan Abd. Ghani. Sepanjang 43 tahun Malaysia
merdeka dengan Menteri Besar Johor yang bersilih
ganti, hanya Abd. Ghani yang serious nak tolong orang
kampung turap tar jalan kampung, perbaiki surau &
masjid dan perbaiki kehidupan orang kampung kat Johor
sampai lingkup KPRJ.  Ialah "takkanlah orang kampung
jiran nak share jalan kampung lain sebab jalan kampung
jiran yang berlobang & tanah merah".  Malu wei dah 43
tahun merdeka masih share jalan kampung.

Yang ni, aku puji tindakan beliau yang dikira
progressif nak bantu orang kampung walaupun KPRJ rugi.
 Inilah pemimpin yg. bertanggungjawab.

Begitupun beliau perlu bersih drp. unsur-unsur rasuah
dll.


tq.


Masih lagi anak Johor




--- Fawzi Bin Kassim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Apakah Mahathir akan melantik budak-mentah untuk MB
> baharu Johor sebagaimana Selangor ???
> 
>
======================================================================
> 
> Mungkinkah Ghani Selepas Abu Hassan?
> 
> Oleh Pena Suasa 
> 
> JIKA Abu Hassan Omar yang dilantik menjadi Timbalan
> Pengerusi Perhubungan Umno Selangor hanya mampu
> bertahan dua bulan dengan jawatan itu, apakah Dato
> Abd Ghani Othman yang juga Timbalan Ketua
> Perhubungan Umno Johor akan mengikut jejaknya? 
> 
> Di sekitar Lembah Kelang, cerita ini sudah mula
> tersebar. Selepas Abu Hassan berundur dari kedudukan
> Menteri Besar Selangor, Abd Ghani diramalkan akan
> berundur dari kerusi MB Johor. Abd Ghani melalui
> seorang proxinya pernah menggajikan seorang budak
> Umno bernama Zaharin Yassin RM6 ribu sebulan untuk
> mempromosi imej Abd Ghani. Bagaimana pun, majalah
> yang sepatutnya terbit untuk tujuan itu tidak siap
> dan tidak jadi dibuat walaupun gaji budak Umno itu
> dibayar lebih setahun dengan kemudahan sebuah kereta
> dan komputer yang diberi percuma. 
> 
> Isu Abd Ghani sedikit berbeza. Jika Abu Hassan jatuh
> kerana tuduhan skandal seks dengan adik iparnya, Abd
> Ghani pula dikaitkan dengan isu Penempatan Semula
> Orang Asli di Bekok dan duit balak. 
> 
> Khabarnya BPR masih menyiasat aduan ini dan ia turut
> membabitkan seorang Timbalan Ketua Umno Bahagian
> dari Pahang. 
> 
> Turut terlibat adik Dato Yahya Jalil. Dato Yahya
> Jalil banyak dapat projek pengswastaan di Johor
> dalam era Abd Ghani menjadi MB Johor. 
> 
> Turut terlibat, Bendahari Umno Bahagian Ledang,
> Richard Azlan yang juga bekas Pengurus sebuah bank
> di Muar. 
> 
> Lebih menarik, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd
> Khaled Nordin juga dikatakan terlibat sama dengan
> sejumlah wang yang besar. 
> 
> Abd Ghani yang sedang terkial-kial menyelesaikan isu
> hutang KPRJ, terpaksa berdepan dengan siasatan BPR
> mengenai isu balak dan Penempatan Semula Orang Asli
> ini. 
> 
> Abd Ghani turut dikesan terlalu banyak
> menganugerahkan kawasan balak kepada Ahli Parlimen
> Sungai Benut, Abd Hamid Abd Rahman. 
> 
> Abd Hamid dikatakan tidak menjalankan kerja-kerja
> berkempen untuk Abd Ghani ketika pertandingan Umno
> Mei lalu. 
> 
> Jika Abd Ghani berundur, dipercayai Speaker Dun
> Johor, Dato Zainal Abidin Mohd Zin akan dilantik
> menggantikannya. 
> 
> Bagaimana pun, dari kem Dato Seri Abdullah Ahmad
> Badawi, nama Haji Adam Abd Hamid disebut-sebut
> paling layak menggantikan Abd Ghani. 
> 
> Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diramalkan menjadi
> Pengerusi Perhubungan Umno Negeri atas kedudukannya
> sebagai Naib Presiden Umno seperti yang berlaku di
> Selangor, selepas ketiadaan Abu Hassan. 
>  
> 
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: adi purnama <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke