*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum

rakyat mesia bergantung hidup dengan subsidi?? pelajar2 melayu terhegeh-hegeh dengan 
biasiswa?? tak nak berdikari?? tak mahu mengubah nasib?? rakyat susah adalah bebanan 
kerajaan?? bebanan kepada negara???

tak tahulah pandangan orang lain...tapi bagi aku...subsidi atau biasiswa adalah HAK 
rakyat, HAK rakyat.. OUR RIGHT, bukannya privilage!!

Bantuan dari kerajaan adalah wajib!!! kerajaan yang dilantik oleh rakyat,kerajaan 
kutip cukai dari rakyat, segala-galanya rakyat bayar demi kerajaan, demi undang-undang 
yang mewajibkan rakyat menbayar segala jenis cukai !!! kerajaan exploitasi tenaga 
buruh (iaitu) rakyat, kaut hasil kekayaan sumber bumi, petroleum dan emas, balak 
etc..etc....

Itu semua bukannya hak individu, bukannya hak mahathir bukannya hak petronas 
semata-mata!! Jangan sesiapa sekali anggap peruntukan kepada Jabatan Kebajikan 
Masyarakat adalah sis-sia dan membazir sebab rakyat tak mahu berubah.

Sebab semua rakyat malaysia, dari yang baru lahir sehingga yang tinggal di rumah orang 
tua, sekiranya mereka rakyat malaysia, mereka berhak sedikit sebanyak untuk merasai 
hasil mahsul negara!!!!!

Apa bising-bising sangat dengan peruntukan kepada rakyat susah?? tak payah nak sakit 
hati kalau ada orang menerima peruntukan, atau peruntukan dinaikkan.

Yang penting kita nak control, yang penting kita nak marah-marah ialah kriteria 
pembahagian peruntukkan tersebut dan kemana kekayaan negara disalurkan!! paling 
penting supaya peruntukan tidak disalahgunakan, hanya oarng yang berhak sahaja dapat. 
(itu boleh lah nak bahas sampai keluar kerongkong, anak tekak.....aku tak kisah)

Kemana kekayaan negara?? setahu aku Health service kat malaysia... setakat sakit 
demam.. bolehlah orang kampung atau kita dapat panadol, ubat batuk dan garam 
cirit-birit percuma... lebih daripada tu?? itupun doktor kerajaan jumpa pesakit paling 
lama 5 minit, muka kita pun doktor tu tak tengok.

Kalau nak teknologi canggih sikit atau kalau penyakit kita ni lain sikit, heart attack 
ke, stroke ke, cancer ke, heart defect ke...nak cepat dan canggih private doctor, 
private hospital. Kalau tak ada duit....maknanya.. tak lama lagi dalam "Sijil 
Kematian" tertulis lah.. "sebab-sebab kematian: Sakit Tua"!!!.... kalau tak mahu... 
habih anak bini kena bergolak bergadai?? tidak pun.. boleh lah kita "advertise dalam 
suratkhabar" beritahu kat seluruh negara tentang penyakit kita..semoga orang bagi 
derma.

Itu lah saja yang termampu kita nak buat!! Apa ni?? mana kekayaan negara yang 
sepatutnya boleh digunakan untuk merawat kita!! ohhhh!!... kekayaan negara digunakan 
untuk bina KLIA, untuk bina Twin Tower, untuk bina mahaligai Putrajya, untuk bail-out 
syarikat 'bumiputera'!!! Di harapkan rakyat malaysia sihat walafiat tengok banggunan 
canggih ni, tak payah nak beli CT scan, tak payah nak beli MRI, tak payah nak buat 
hospital untuk rakyat, sebab kalau boleh naik tingkat teratas Twin Tower.. maknanya 
akan sembuhlah penyakit!!!

Ya Allah! Ya Tuhanku..... sedarlah sikit..., sakit demam kita, susah miskin jiran 
kita, jalanraya untuk kenderaan kita, kebersihan alam sekitar kita..... memanglah 
tanggungjawab kita...kita perlu bayar,...tapi bukan 100% sebab... kekayaan negara 
adalah milik kita semua, bukan  boleh digunakkan sesedap rasa oleh perdana menteri. 
sedarlah Kerajaan yang pegang duit negara, perlu jadikan kebajikan masyarakat sebagai 
agenda utama.

Kita nak jadi negara maju, buatlah perangai yang maju, bukannya berlumba-lumba siapa 
kaya, bukan setakat siapa cepat di dapat. Ingatlah.... ada di natara rakayt malaysia 
yang benar2 susah, dan bukannya salah-silap mereka sendiri. Cuma mereka tak bernasib 
baik.... some people are less fortunate. Don't hate them ..love them...!!

Ingatlah... harta yang dianugerahkan Tuhan bukannya milik mutlak kita... kita cuma 
menguruskan kekayaan sementara yang diberikan Tuhan kepada kita. 


wassalam


-- 
mai cek oii..mai cek mai..
kita ke negeri kedah....
aloqstaq 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "aloq staq" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke