*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hj Mohamad bin Jusoh wrote:

> Assalamualaikum warah matullah hi wabarokaatuh.
>
> Nur Muhammad.
> Saya terlebih dahulu memohon ampun kehadrat Ilahi sekiranya penulisan
> ini tiada berkebajikan serentak mengeruhkan lagi
> suasana perbincangan berkaitan tajuk di atas. Semua maklumat yang saya
> perolehi adalah dengan menceduk daripada
> penulisan mereka yang alim berkaitan Nur Muhammad, maka saya pohon restu
> daripada setiap pengarang dan dzimmah
> mereka yang mana bibit2 daripada usaha pengarangan mereka kedapatan di
> dalam tulisan ini.
>
> Tujuan saya menulis semata-mata mendapat keridhoan Ilahi disamping
> menjelaskan kepada sahabat netters yang semuanya
> mahu kembali kepada Allah dan Rasulullah dengan keadaan aman dan tenang.
> Bermakna sesuatu yang bukan dari sumber Al
> Quran dan Hadis, ijma' dan qias adalah tertolak.
> Mengikut faham saya ada sahabat netters menganggap membicarakan
> berkaitan Nur Muhammad tiada di dalam nas dan hadis.Malah mereka yang
> membicarakannya seolah-olah dianggap semata-mata sia-sia.
>
> Sepatutnya kita menyalahkan diri sendiri dan bukannya menganggap remeh
> di atas  setiap perbicaraan yang kita tidak berselera dengannya.
> Sekali-sekala patut juga kita nikmati selera orang lain, semuanya itu
> adalah menunjukkan Kebesaran Ilahi dan
> kesempurnaan tarbiah para Rasul terhadap ummah.
>
> Skop berbincangan saya adalah mengenai Nas, Hadis dan Ulama Muktabar
> serta kitab-kitab yang mengakui kewujudan Nur
> Muhammad.
>
> Nas Al Qur'an
>
> Ayat 15 Surah Al Maidah.
> "Sesungguhnya telah datang kepada kamu, daripada Allah iaitu Nur dan
> kitab yang terang (al Qur'an)".
> Diantara sekalian ulama mentafsirkan ayat ini yang mengertikan "Nur" di
> sini ialah Nabi Muhammad S.A.W, tersebut di dalam
> tafsir at-thabari, demikian juga Tafsir Ibnul Jauzi, lihat jilid 2
> halaman 317. Ibnu Hatim, al-Qurtubi dan Qatadah semuanya
> mengatakan seperti demikian itu. Lihat Pembahasan Tuntas Perihal
> Khilafiah, H.M.H. Al-Hamid Al Husaini, cetakan pertama,
> Yayasan Al Hamidiy, Muharram1417H/Jun 1996, hlm. 86. Lihat Tafsir
> Jalalain, juzuk pertama halaman 97. Begitu juga dengan tafsir al
> Baidhawi baik yang berbahasa arab mahupun berbahasa Melayu yang di
> tulis" Sanya telah datang kepada kamu agama daripada Allah Taala, cahaya
> iaitu Nabi Shallalahu 'alaihi wa Sallam dan Quran yang amat nyata
> ditunjuki (oleh) Allah Taala kitab itu orang yang mengikut keridhoan-Nya
> kepada segala jalan yang selamat", Al-Baidhowi , jilid pertama, cetakan
> Rukhshah Nazhzrah al-Jalilah, Istanbul, Turki, 21 Jumadil Ula 1302 H,
> Hlm. 150.
>
> Pengertian hadis daripada ibnu Abbas R.A, Syeikh Nawawi al Bantani
> mentarjemahkan:
>
> "Tiadalah yang dimaksudkan dengan Nur di sini yang dapat menerima
> kegelapan, tetapi yang dimaksudkan dengannya (NUR) adalah yang sebenar
> Allah Taala yang   menjadikan Nur itu. Dan dinamakan dengan "Nur", tiada
> diketahui kejadiannya kecuali hanya Allah saja. Dan ada pendapat
> menyebut bahawa keadaan bentuknya atas rupa Nabi Muhammad s.a.w yang di
> alam nyata (seperti rupanya sebagai manusia). Dan yang lebih selamat
> berdiam diri dari memperkatakan yang demikian itu". Lihat Fath as Shamad
> al A'lim, Matba'ah Dar al Kutub al 'Arabiah al Kubra, Mesir, 1328 H, hlm
> 10.
>
> Hadis dengan lafaz yang sama adalah diriwayatkan, dari Ali bin al Husein
> dari 'Ali bin Abi Thalib dari Nabi s.a.w dalam Al Anwar al Muhammadiyah
> karya Syeikh Yusof an Nabhani. Hadis ini tidak ditolak oleh Al Hafiz
> Abul Hasan 'Ali bin
> Muhammad bin Qaththan di dalam Ahkam, yang mana beliau adalah seorang
> tokoh ahli hadis yang sangat teliti.
>
> Lain-lain Hadis termaktub dalam Bahrul Lahut Karya Syeikh 'Abdullah
> 'Arif yang semuanya kedapatan dalam Madarij as Shu'ud ila Iktisa' al
> Burud karya Syeikh Nawawi Bantani dan Anwar al Muhammadiyah. Perawi
> hadis ini ialah Abdurrazaq bin Hammam bin Nafi' as Shan'ani seorang
> muhaddits berasal dari Yaman yang hidup antara tahun 126 H - 211 H. Imam
> Bukhari (194-256 H) sendiri pernah mengakui hadis-hadis yang
> diriwayatkan oleh Abdur Razzaq adalah terlebih shahih.
> Sebagai contoh Imam Bukhari menyebut "Haddatsana Ishaq bin Manshur,
> qala, Qala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...." Lihat Shahih
> Bukhari, jilid 1, Matba'ah Al Amiriyah, Mesir, hlm 13. Beberapa maklumat
> mengenai 'Abdur Razzaq
> dapat disemak dalam Tahzibul Kamal Fi Asmair Rijal oleh al Hafiz
> Jamaluddin Abi al Hajjaj Yusuf tahqiq Basya 'Iwad Ma'ruf, jilid 18,
> cetakan pertama, Muassasah ar Risalah, Beirut, 1413H/1992M, hlm 52-56.
> Yang jelas ulama muktabar mengatakan bahawa hadis (tak dapat di copy -
> tiada scanner) adalah sahih tentang Nur Muhammad terlebih dahulu
> dijadikan daripada sekalian makhluk.
>
> Senarai Ulama' yang membicarakan tentang Nur Muhammad beserta karangan2
> mereka.
>
> 1.Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jilani (470 -561 H) - Sirrul Asrar wa
> Mazharul Anwar.
> 2.Al Imam Sayuthi (849-911 H) - Ad Durarul Hisan Fil Ba'tsi wa Na'imil
> Jinan.
> 3. Syeikh Abdullah 'Arif - Bahr al Lahut.
> 4.Al Imam al A'lamah asy-syeikh Ahmad Syihabuddin al Qasthalani - Al
> Mawahibul Ladunniyah bil Minahil Muhammadiyah dan lebih daripada 20
> ulama' muktabar yang membicarakanya dan lebih daripada 20 negara yang
> umat islam menadah dengan cara mengajar, belajar dan mendengar serta
> beramal dengan kitab-kitab mereka yang telah sampai kepada darjah aulia.
> Mereka juga telah tercatit dalam sejarah sebagai aulia allah dan
> menyumbangkan seluruh diri dan harta benda terhadap Allah dan
> Rasulullah. Dan sekirannya dihimpun sekalian ulama yang ada pada masa
> ini dan ulama yang menentang perbicaraan Nur Muhammad tidak seorangpun
> layak menjadi guru mereka.
>
> Bermakna Perkara berkaitan dengan Nur Muhammad bukan sahaja perlu kita
> ketahui malah perlu kita selami demi mendapat keridhoan Allah didunia
> dan akhirat.
> Kepada mereka yang menganggap ia sesuatu yang remeh, eloklah mengkaji
> balik agar tidak jahat adab/sangka dengan perkara yang benar di datangi
> oleh Allah dan Rasulnya. Apatah lagi kita banyak mengambil pedoman dan
> rujukan daripada kitab-kitab peninggalan ulama2 yang dimaksudkan tadi
>
> Wallah Hu Ta'ala A'lam


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke