Apabila Al-Quran dipijak-pijak
 Assalamua'laikum warahmatullah,

    WAHAI  SAUDARA  SEAGAMAKU,  BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DIDALAM
UCAPAN
YANG  DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN,
ADAKAH
MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA?
Saudara-saudari  Islam,  berikut  adalah  ucapan  saorang pelajar
Islam,
Najeeb  Rahman  dimajlis "Charity Lunch For Maluku" di University of
Leeds.
Majlis  tersebut  di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University
of
Leeds  (Saudara  Taufik  dan  beberapa  mahasiswa  perubatan) Bacalah.
Agak
panjang tapi sangat menyentuh hati.

Segala  puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera
keatas
Rasulullah   SAW   dan   Nabi-Nabi   serta  Rasul-Rasul,  keluarga
mereka,
sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir.

Baru-baru  ini  pembunuhan  dan  penyembelihan umat Islam
secara
rambang
(massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar
yang
mengerikan,  mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang
Islam
yang  dibunuh  beramai-ramai  (massacre) boleh dilihat di internet.
Lapuran
bergambar  yang  dilakukan  oleh  Dr Jemilah mengenai
pembunuhan-pembunuhan
tersebut  apabila difikirkan boleh menitiskan air mata kita. Dan
kesemuanya
ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi seseorang.

Saudara-saudari  Muslim  ku,  sebenarnya,  ini  bukan  insiden
kekejaman
keatas  kaum  Muslimin yang terpencil. Tragedi atau bala yang serupa
pernah
berlaku  di  Bosnia  dimana  ratusan  ribu  orang-orang Islam dibunuh
dalam
kekejaman  "cuci  bersih"  (  ethnic  cleansing)  oleh puak Kristian
Serbs.
Begitu  juga  di  Kosova  dimana  puluhan ribu orang-orang Islam juga
telah
"dicuci  berseh",  dibunuh;  juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum
tua
yang  tiada  berupaya  untuk  mempertahankan  diri  di  bunuh  begitu
saja.
Wanita-wanita  Islam  dirogol  dan  seterusnya  dibunuh.  Orang-orang
Islam
dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali.

Mengapa  kekejaman  ini  terus  menimpa umat Islam di merata dunia?
Kita
boleh  persalahkan  kekejaman  ini  kepada konspirasi antarabangsa
terhadap
Indonesia,  atau  rancangan  jahat  Barat  terhadap kaum Muslimin, atau
pun
sebagai  tindakan  kebencian  Yahudi  dan  Kristian terhadap kita, atau
pun
operasi  cuci  berseh  puak  Kristian  Serbs. Tetapi adakah hanya ini
SEBAB
MUSABAB YANG SEBENARNYA?

Dari  pengalaman  saya  sebagai  Sukarelawan  Perubatan  di Kosova,
saya
dengan  sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orang Islam yang
dibunuh
ditanam  beramai-ramai  (mass  graves),  mayat-mayat  yang sedang reput
dan
busuk,  keluarga-keluarga  terutamanya  kanak-kanak  yang  dalam
ketakutan,
rumah-rumah  dan  masjid-masjid  yang  telah hancur musnah. Memangnya suatu
pengalaman yang kuat tamparannya.
Dengan  izin  Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama
suatu
keluarga  yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail
dan
anak  sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan
datuk
Navahi,  juga  seorang  imam.  Mereka mesra dan baik hati. Semasa satu
dari
perbualan  kami  di  waktu  petang,  kami  telah  berbual mengenai bala
dan
tragedi  yang  telah  menimpa,  bagaimana masyarakat Kosova sebelum
ditimpa
bala  pembunuhan  massacre  itu. Navahi yang fasih berbahasa Inggeris
telah
menceritakan  dengan  penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan
masyarakat
Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian Serbs.

Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di
Kosova
telah
lupa  daratan  dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang,
tidak
tahu  membaca  Quran,  telah  lupakan syahadah, dan zina serta meminum
arak
(bir)  berleluasa  di  merata  pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih
ke
masjid.

Di  sebuah  bandar  kecil  bernama  Djakova,  dimana  berlaku
pembunuhan
massacre  kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana
telah
berlaku  syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang
alim
(saints)  yang  dianggap  keramat  dan  memasang  lilin  (seperti
Kristian
melakukannya   didalam   gereja).  Mereka  mendakwa  yang  mereka
bukannya
menyembah  "keramat-keramat"  tersebut tetapi menghampiri Allah
melaluinya.
Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada
"inter-mediaries"
atau  perantaraan  dalam  Islam.  Ini  nyata  perbuatan syirik. Imam
Ismail
adalah  Imam  di  masjid  Djakova  sebelum  berlakunya  genosid
pembunuhan
orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.

Di  bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara
massacre
keatas  orang  Islam  telah  juga  berlaku,  penduduk bandar tersebut
telah
menggesa  Bilal  masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk
memanggil
orang  mengerjakan  solat.  Ini  kerana azan mengganggu tidur mereka.
(Saya
percaya  ada  dikalangan  ummah  kita  yang  sama  menaruh  perasaan
benci
mendengar  azan,  atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan
mengabaikan
solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).

Di  satu  lagi  bandar  di  Kosova,  seramai  40  orang
Islam
(lelaki,
perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan
dan
diikat.  Mereka  kemudiannya  ditembak mati oleh puak Kristian Serbs
dengan
senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid.

Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah
tiba
sejurus
sebelum  masuk  waktu  Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami
hanya
orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai
ke
masjid  hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami
yang
bersolat  di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran,
seorang
pemuda  yang  mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk
dibakar
buat  memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan. Oleh
yang
demikian  tidak  mungkin  tiada  cukup  bekalan  kayu  untuk bahan api
buat
memanaskan rumah).

Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami lihat
kebanyakan
pembunuhan  serta  kemusnahan  harta benda kaum Muslimin berlaku di
kawasan
utara  Kosova  dimana  masjid-masjid  jarang  kelihatan  walau pun
majoriti
penduduk  terdiri  dari orang Islam. Bukan niat saya hendak menjatuhkan
air
muka  saudara-saudari  Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan
kita
semua  kepada  pengajaran  dan  iktibar di Kosova agar kita tidak
melakukan
kesilapan  yang  sama.  Seorang  lelaki  tua  yang  kami  temui,  yang
anak
lelakinya   telah   dibunuh   dan  rumahnya  dibakar,  telah  meminta
kami
memberitahu  umat  Islam  yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku.
Oleh
itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu.

Navahi  juga  memberitahu  kami mengenai situasi di Turkey. Datok
beliau
kerap  ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya
negara
Islam,  walau  pun  menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah
golongan
sekular yang ekstremis dalam fahaman, bahawa agama Islam tiada kena
mengena
langsung  dengan  pemerintahan  negara.  Ini  merupakan ideologi
kebanyakan
orang-orang  Islam  moden  masakini.  Mereka mendakwa Islam dan politik
itu
berasingan dan tidak boleh dicampur. Golongan sekular Turkey pernah
berkata
urusan  pentadbiran  negara  hendaklah  jangan  "tercemar"oleh ajaran
Islam
(seolah-olah  politik  itu suci dan Islam itu kotor). Mereka mendakwa
Islam
itu  perlu  disekat  amalannya  kepada  masjid  dan rumah-rumah sahaja,
dan
dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah
sekular
Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, hanya sesuai bagi
puak-puak  Arab  zaman  purba yang hidup di gurun dan menunggang unta.
Bagi
golongan  sekular  Turkey,  undang-undang  Syariah  tidak  lagi sesuai
bagi
masyarakat bertamadun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta,
komputer
dan  internet,  pro-kebebasan  dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke
atas
penzina  dan  potong  tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular
Turkey
sebagai  kejam  dan  tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan
dengan
demikian  tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintaskah kepada
mereka
bahawa  mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT). TIDAK KAH SEMUA INI SAMA
DENGAN KEADAAN KITA?
Wanita  di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha
untuk
mempelajari  agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan
Turkey.
Pihak  berkuasa  yang  sangat  menindas Islam adalah tentera Turkey.
Navahi
mengatakan  anggota  tentera  yang  ditangkap  mengerjakan  solat
dikenakan
'court  marshal'  (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera
Turkey
untuk mengerjakan solat).

Saya  menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang
dahsyat
di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi
tersebut,
Jeneral-Jeneral  tentera  Turkey  mengadakan  temasya  keraian  (party)
di
apartmen  peranginan  mereka  di  pantai  Mediterranean.  Mereka
mengundang
perempuan  jalang  dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak
dan
berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang
anggota
pangkat  bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk
dan
berzina.  Anggota  pangkat  bawahan enggan dan takut berbuat demikian,
lalu
seorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu
sambil
mencabar,  "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini". Mereka semua
ketawa
terbahak-bahak.  Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu
cahaya
berwarna  merah  samar  memancar  di  horizon  laut.  Beliau ketakutan
lalu
melarikan  diri  keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus
kemudian
satu  ombak  yang  begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen
dengan
Jeneral-Jeneral  Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlaku sebijik
semacam
salah  satu  bala balasan Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran.
Wallahu
'alam.

Di  Palestine,  saya  terdengar  dari  seseorang  di sana bahawa
seorang
Yahudi  pernah  berkata  kepada  seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut
dan
gentar  selagi  kami  tidak  melihat bilangan kaum Muslimin yang
menunaikan
solat  fajar  berjemaah  di  masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin
yang
menetap di dalam qariah."

Di  Bosnia,  kebanyakan  orang  Islam  telah membelakangkan
agama
mereka
sebelum  berlakunya  pembunuhan  massacre  disana. Mereka telah meniru
cara
hidup  Eropah  kafir.  Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan
antara
Kristian  dan  Islam  (secara  murtad) dibenarkan. Orang Islam yang
menjaga
keimanan  mereka  terlalu  sedikit  bilangan  mereka berbanding dengan
yang
memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara-saudari   Islam,  ini  hanyalah  contoh-contoh  kemungkaran
dan
keingkaran.  Sekali  lagi  ditegaskan  bukan  niat  saya mengaibkan
mereka,
tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda
semua
SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut.

Seperti  firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan): "Janganlah
kamu
jadikan  seruan  Rasul  diantara  kamu  seperti  panggillan sebahagian
kamu
kepada   sebahagian   yang   lain.   Sesungguhnya  Allah  telah
mengetahui
orang-orang  yang  beransur-ansur  pergi  di  antara kamu dengan
berlindung
(kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah
Rasul
takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih." (Surah An Nuur
Ayat
63).

Dan  didalam  satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan): "Maka
tatkala
mereka  membuat  Kami  murka,  Kami menghukum mereka lalu kami
tenggelamkan
mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran  didalam  Al-Quran  itu  sangat jelas. Dan Allah SWT
tetap
tidak  akan  mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo,
Turkey)
telah  tidak  mematuhi  perintah  Allah dan RasulNya? Bukankah mereka
telah
mencabar  Allah  SWT?  Adalah  perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan
azab
keatas  kita  atau  mengadakan  dugaan bagi kita kerana Allah Maha
Berkuasa
atas   segalanya.  Bala  dari  Allah  SWT  itu  kalau  tidak  dalam
bentuk
pembunuhan,  Allah  SWT  boleh  turunkan  bala  itu sebagai wabak
penyakit,
ribut,  taufan,  gempa  bumi  dan  banjir  yang  dahsyat seperti yang
telah
difirmankanNya didalam Al-Quran.

Jangan  pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih,
maha
pengampun  lagi  maha  adil  kerana telah mengizinkan berlakunya
pembunuhan
massacre  keatas  orang-orang  Islam  dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah
SWT
tetap  ujud  walau  pun kita tidak dapat mengamatinya. Misalnya,
sesetengah
yang  dibunuh  itu  mungkin  orang  Islam yang lemah keimanan mereka,
telah
melakukan  banyak  dosa  dan  sekiranya mereka mati secara biasa bukan
mati
syahid,  sudah  pasti tempat bagi  mereka adalah api neraka. Wallahu
'alam.
Dan   kanak-kanak   yang  terbunuh  itu  sebenarnya  terselamat  dari
alam
sekeliling  yang  berupa  jahiliyah  moden yang boleh merosakkan mereka
dan
mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku
syirik
atau hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil
mereka
kembali  dari  dunia  di  waktu  mereka  kecil  lagi, dan dengan itu
mereka
terselamat  dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di
akhirat
nanti,   dan   sayugia   diingatkan   akhirat  itu  adalah  kehidupan
buat
selama-lamanya.

Bukankah  ini  berupa  nikmat  dan  rahmat Allah jua? Kalau kita
percaya
hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai
tragedi
yang  tidak  adil.  Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat
segala-galanya
adalah  ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak
sama
sekali  bermakna  kita  membiarkan  sahaja  ummah  kita  terus ditindas
dan
menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar
dan
menjadi  tanggungjawab  kita  untuk  membantu  mereka dan melindungi
mereka
kerana meraka adalah saudara- saudari Islam kita.

Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk
mengelakkan
bala
dari  Allah  yang  berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita
dan
mereka  yang  kita  sayang?  Jawapannya  sama seperti yang telah
diturunkan
zaman ke zaman.

KITA PERLU:
kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
memohon keampunan Allah SWT.
bersatu  dibawah  panji  dan kalimah 'La ilaa ha illallah'
dan
bukan dibawah panji masing-masing.
berpegang  sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan
PERINTAH-PERINTAH
Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya.
Ini  tindakan-tindakan  yang  perlu  kita lakukan. Nampaknya agak
susah,
tetapi  ia  sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari
diri
dan  hati  kita.  Jangan  tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami
ilmu
agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan
hentikan
bertelingkah  antara  sesama  sendiri  mengenai perkara-perkara yang
remeh.
Kita  boleh  mengelakkan  dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan
lain-lain
bala  keatas  diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman
bahawa
Dia  tidak  akan  mengubah  nasib  sesuatu  kaum  itu selagi kaum itu
tidak
terlebih  dahulu  dengan  sendiri berusaha untuk mengubahkannya. Kita
perlu
memulakannya  dahulu,  dan  Allah SWT akan memberi kita pertolongan
seperti
yang dijanjikanNya.

Sebagai  bukti,  satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah
ke
daerah  Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam
Ismail.
Di  kawasan  itu  bandarnya  tidak  mengalami  apa-apa  pun.  Tiada
berlaku
pembunuhan  massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan
perang,
dan  tiada  tanda-tanda  bahawa  puak  Kristian  Serbs telah ke tempat
itu.
Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama
8
tahun,  sama  seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita
lihat
adalah  diwaktu  Maghrib,  masjid  di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu
solat
fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan
bukan
hanya  kalangan  tua  sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan
mereka
telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs
telah
ujud.  Kami  tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum
arak
disana.  Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh
bom
puak  Serbs,  iaitu  sebuah  kafe  yang  pernah  menyajikan  minuman
arak.
Pelanggannya datang dari kawasan lain.

Bandingkanlah  perbezaan  Opoya dengan bandar-bandar yang lain.
Tidakkah
jelas  dan  nyata  bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan
bukan
bergantung  sangat  kepada  tentera  yang kuat untuk membalas serangan
puak
Kristian Serbs. Inilah maknanya "La Haula wa laa quwata illa billah",
tiada
kekuatan  atau  daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah
SWT
tidak  mengizinkannya,  maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat
menyerang
sesebuah  bandar  itu.  Oleh  itu  jadikanlah  ianya  suatu  pengajaran
dan
iktibar.

Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah SWT.
Bismillahhir Rahmaanir Rahiim
Ya  Allah  Tuhan  kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami
kepada
Engkau  ya  Allah  dan  Akhirat.  Ya  Allah, perkenankanlah taubat kami
dan
ampunkan  dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah,
kami
memohon  taufik  dan  hidayah  dari  Mu  kerana  Engkau  sahaja  yang
boleh
memberikannya.  Ya  Allah,  tolonglah  umat Muhammad SAW untuk bersatu,
dan
lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah, kami
berlindung
dengan  Engkau  dari  Syaitan,  Dajjal,  dan  dari  tamak haloba. Ya
Allah,
hapuskanlah  kekejaman  dan  penderitaan yang dihadapi oleh
saudara-saudari
Islam  kami  di  Maluku,  di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja
mereka
ditindas.  Dan  jika  ditakdirkan  mereka  gugur, tetapkanlah Ya Allah
bagi
mereka mati dalam syahid, mati dalam  memperjuangkan agama Engkau Ya
Allah,
dan  mati  didalam  iman.  Ya  Allah,  musnahkan kaum yang kafir untuk
kami
kerana  sesungguhnya  Engkau  yang maha berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan
tanamkan ketakutan kedalam hati mereka.
Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya
Allah
kerana  tiada  kuasa  melainkan  kuasa  Engkau  Ya Allah. Selawat dan
salam
kepada  Nabi  Muhammad  SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam.
Wa
billaahit-tawfiq  wal  hidayah.  Subhanaka  Wabihamdika  wa  ash-hadu
allaa
ilaaha  illa  anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu
'alaa
Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihi wassalam.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

CATITAN PENTING:
Saya  harap  anda  semua  saudara-saudari Islam di Malaysia akan
membaca
kesemua  bahagian  ucapan  diatas  dengan teliti. Ini bukannya perkara
yang
boleh  diambil  ringan.  Bagi  kita  di  Malaysia  bukankah bukti-bukti
dan
tanda-tanda  sudah  jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova,
Turkey
dan  lain-lain  yang  mempelawa  bala  diturunkan  oleh Allah SWT sudah
pun
berlaku di Malaysia dengan berleluasa?

1) Bilangan  yang  murtad  di  Malaysia  semakin  bertambah,  dan
pihak
berkuasa seolah-olah mengalakkannya.
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan
ramai
orang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
4) Ada  segelintir  orang  Melayu  yang  tidak boleh menyebut
shahadah.
Jangan terperanjat.
5) Rasuah berleluasa.

Senarai  kemungkaran  dan  keingkaran  ini  begitu  panjang  sekali.
Dan
segala-galanya  adalah  tanda-tanda  yang sama dilihat di Bosnia dan
Kosova
sebelum  genosid  dimana  puak Kristian Serbs telah membunuh dengan
rambang
untuk  mencuci  bersih  orang  Islam  telah berlaku. Dan jangan
terperanjat
kalau  keadaan  sama  berlaku  di  Malaysia  ini. Adakah kita memilih
untuk
berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita
tunggu
sehingga  bencana  menimpa,  tunggu sehingga kita dapat melihat anak
isteri
kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari
Allah
seperti  gempa  bumi,  banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia
barulah
kita  sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah? Adakah bala dari
Allah
yang kita idamkan? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia?

Kalau  dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan
hampir
kesemuanya  rakyat  boleh  berlaku  esok lusa. Samada kita kembali ke
jalan
Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah keatas Malaysia
adalah
pilihan  kita  sendiri.  Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga
kita
yang akan menanggungnya.

Diterjemahkan  (sedaya  yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana
Allah
SWT.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari  Abdullah  bin  'Amr  r.a.,  Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."

Kirim email ke