PERSIDANGAN DIBOIKOT KERANAMU MAHATHIR!
 

5.30pm, KHAMIS: Beberapa pakar ekonomi dunia dan cendikiawan termasuk dari Universiti Cambridge akan memulaukan satu persidangan antarabangsa di Universiti tersebut pada bulan Oktober ini kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga dijadualkan menghadirinya.
 
Para cendikiawan ini dijemput untuk berucap pada persidangan tersebut.  Bagaimanapun, kini mereka enggan berbuat demikian bagi menunjukkan protes mereka terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut lamanweb Free Anwar Campaign (FAC).

Insiden ini merupakan kali kedua Perdana Menteri itu mendapat kecaman antarabangsa setelah sebuah pertubuhan masyarakat Islam Amerika Utara, ISNA, menarik balik jemputan terhadap Mahathir setelah menerima banyak rungutan daripada kalangan ahlinya.

Persidangan pada 7 Oktober ini berjudul Malaysia Dalam Alaf Baru dianjurkan oleh Cambridge University Malaysia Society (Cumas) dan jemputan kepada Mahathir untuk berucap dan merasmikannya telah dibuat.

Diberitakan CUMAS terpaksa menjemput penceramah-penceramah dari Malaysia apabila para penceramah asal yang dijemput mengambil keputusan untuk tidak menghadiri persidangan tersebut.

Penceramah dari Malaysia terdiri daripada pengerusi dan eksekutif Institut Strategi dan Kajian Antarabangsa, Mohamed Nordin Sopiee; pengerusi eksekutif, Multimedia Development Corporation, Othman Yeop Abdullah;  Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz and Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Rais Yatim.

Selain itu, dilaporkan satu protes oleh para ahli akademik Universiti Cambridge juga diadakan dengan diketuai oleh seorang pemenang Hadiah Nobel bertujuan untuk mendesak Mahathir supaya membebaskan DS Anwar tanpa syarat dengan segera.

Satu rapat umum dan demonstrasi aman akan dianjurkan oleh penuntut Malaysia di luar dewan di mana Mahathir dijangka berucap sebagai menyuarakan keprihatinan mereka terhadap layanan buruk yang diterima oleh Anwar serta pencabulan kebebasan sistem kehakiman Malaysia.

Satu kempen mengumpul tandatangan juga diadakan bagi mendesak Duke of Edinburgh, Prince Philip yang merupakan canselor Universiti Cambridge supaya menggugurkan Mahathir daripada menjadi pemegang amanah Cambridge Commonwealth.

Jundullah reformasi



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke