*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

> >from: hamba allah...
> >Subject: Kisah Nabi Sulaiman a.s dgn pemuda yg berbakti kepada ibu-bapa
> >Date: Sat, 26 Aug 2000 07:45:33 MYT
> >MIME-Version: 1.0
> >X-Originating-IP: [161.142.78.82]
> >Received: from 161.142.78.82 by lw7fd.law7.hotmail.msn.com with HTTP;Fri,
> 
> >25 Aug 2000  GMT
> >
> >
> >
> >
> >>
> >>
> >>>Askm,
> >
> >>>Selamat membaca dan mengambil pelajaran..!..
> >
> >>>Mudah-mudahan bermanfaat...
> >
> >.............................................................
> >
> >>>Subject:       Kisah Nabi Sulaiman a.s dgn pemuda yg berbakti  kepada 
> >>>ibubapanya
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>Nabi  Sulaiman a.s Adalah anak kepada Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi 
> >>>Nabi
> >>>Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu satu hal, 
> >>>dalam
> >>>Al-Quran pada ayat 78 hingga ayat 82 ada menyebutkan tentang kelebihan 
> >>>Nabi
> >>>Sulaiman, pada suatu hari Nabi Daud a.s. bersama anaknya Nabi Sulaiman 
> >>>a.s.
> >>>sedang duduk dalam serambi mahligainya, kemudian datang seorang petani
> >>>membuat pengaduan bahawa tanam-tanamannya telah dimusnahkan kambing 
> >>>seorang
> >>>pengembala, setelah Nabi Daud a.s. meneliti dengan teliti akan
> keputusan
> >>>yang hendak dibuatnya maka, iapun memberitahu petani tersebut katanya
> >>>"Orang yang mengembala kambing itu hendaklah memberikan kambing
> tersebut
> >>>kepada kamu sebagai ganti rugi", apabila Nabi Sulaiman a.s. mendengar
> >>>keputusan bapanya, maka Nabi Sulaiman a.s. pun berkata, "Hukuman yang
> >>>dibuat oleh ayahnda adalah kurang tepat", lalu Nabi Daud a.s. berkata
> >>>"Kalau kurang tepat apakah hukuman yang lebih baik dari ini?".
> >>>
> >>>Maka Nabi Sulaiman a.s. yang baru berusia 11 tahun pun berkata "Yang
> >>>baiknya pada pendapat anaknda ialah, pengembala kambing hendaklah
> >>>memberikan kambingnya kepada petani ini buat sementara waktu saja,
> dengan
> >>>ini petani ini dapat mengambil susu dan bulunya dan dalam pada itu
> >>>pengembala kembing hendaklah memperbaiki semula tanaman petani ini, 
> >>>setelah
> >>>tanaman itu kembali seperti asalnya, maka petani itu hendaklah 
> >>>menyerahkan
> >>>semula kambing tersebut kepada tuannya", apabila Nabi Daud a.s.
> mendengar
> >>>kata-kata yang diucapkan oleh anaknya yang masih mentah itu maka ia pun
> >>>berkata "Hukuman anaknda itu lebih baik dan adil".
> >>>
> >>>Allah s.w.t telah menanugerahkan buah fikiran yang baik kepada Nabi
> >>>Sulaiman a.s. dan Allah s.w.t. juga telah memudahkan angin untuk 
> >>>berkhidmat
> >>>kepada Nabi Suliaman a.s., menurut riwayat ahli tafsir bahawa  Nabi
> >>>Sulaiman a.s. menggunakan angin sebagai kapal terbang di masa sekarang,
> 
> >>>ia
> >>>duduk di atas tikarnya atau kursinya, lalu angin itu menerbangkannya ke
> >>>negeri yang dikehendakinya, selain dari itu Allah s.w.t juga telah
> >>>menundukkan syaitan-syaitan kepad Nabi Sulaiman a.s sebagai kuli untuk
> >>>menyelam ke dalam laut untuk mengambil mutiara-mutiara dan begitu juga
> >>>untuk membuat kerja-kerja lain seperti membuat kota, mahligai dan
> >>>sebagainya.
> >>>
> >>>Setelah wafatnya Nabi Daud a.s. maka Nabi Sulaiman a.s. membesarkan
> >>>kerajaan di bawah kepimpinannya, maka pada suatu hari Nabi Sulaiman
> >>>mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri dari manusia
> dan
> >>>jin, Nabi Sulaiman a.s. mempunyai banyak mukjizat, tujuan Nabi Sulaiman
> >>>a.s. mengaturkan perjalanan ini ialah untuk mengembara ke tepi laut dan
> >>>untuk mengetahui kebesaran Allah s.w.t.
> >>>
> >>>Setelah sampai di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman a.s. terpandang ke
> >>>dalam laut suatu benda yang menakjubkan, lalu ia memerintahkan jin
> Ifrit
> >>>"Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada sesuatu benda yang
> >>>menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari!". Jin Ifrit tidak 
> >>>banyak
> >>>bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman a.s. maka iapun turun ke
> >>>dalam laut, setelah jin Ifrit menyelam terlalu dalam ke dalam laut
> iapun
> >>>kembali dengan tangan kosong sambil berkata "Tuanku, hamba telah
> menyelam
> >>>sampai begitu dalam ke dalam laut, tapi hamba tidak berjumpa dengan 
> >>>barang
> >>>yang tuanku katakan itu".
> >>>
> >>>Kemudian Nabi Sulaiman a.s. menyuruh jin yang lain menyelam ke dalam
> lut
> >>>untuk mendapatkan benda ajaib yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman a.s., 
> >>>tapi
> >>>malangnya jin yang ditugaskan itupun gagal mendapatkan benda tersebut.
> >>>Setelah mendapat penjelasan dari jin-jin tersebut maka Nabi Sulaiman
> a.s.
> >>>pun berkata kepada Ashif Bin  Barkhiya yakni orang yang mendapat ilmu 
> >>>terus
> >>>dari Allah s.w.t "Sekarng aku perintahkan kepadamu, pergilah kamu ke 
> >>>dalam
> >>>laut dan bawakan benda ajaib yang kukatakan", maka Ashif pun menyelam
> ke
> >>>dalam laut, apabila ia sampai ke dasar laut maka diapun terpandang
> suatu
> >>>benda berupa Qubah yang diperbuat dari kapur putih dan mempunyai pintu,
> >>>lalu ia berkata dalam hatinya "Wah, benda apakah ini, bersinar-sinar 
> >>>pula,
> >>>aku mesti mengeluarkannya dengan segera", Ashif ialah orang yang 
> >>>mempunyai
> >>>kekuatan yang luarbiasa.
> >>>
> >>>Akhirnya Ashif berjaya membawa benda tersebut naik ke atas dan
> >>>mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman a.s. apabila Nabi Sulaiman a.s.
> >>>melihat akan bena tersebut iapun berkata, "wah, alangkah indahnya benda
> >>>ini, tapi mengapakah aku tidak boleh melihat isi kandungan dalam benda 
> >>>ini
> >>>padahal Allah s.w.t telah memberi aku mukjizat yang mana pengelihatanku
> >>>dapat menmbusi segala sesuatu".
> >>>
> >>>Kemudian Nabi Sulaiman a.s. berdoa kepada Allah s.w.t supaya ia dapat
> >>>melihat isi dalam benda yang berbentuk Qubah tersebut. Doa Nabi
> Sulaiman
> >>>a.s pun diperkenankan oleh Allah s.w.t dan terbukalah Qubah tersebut.
> >>>Apabila qubah tersebut terbuka maka terlihatlah oleh Nabi Sulaiman a.s.
> >>>seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji muji Allah s.w.t
> ,
> >>>lalu Nabi Sulaiman berkata "Maha suci Allah lagi Maha Besar". Mendengar
> >>>seruan Nabi Sulaiman a.s. maka pemuda itu bangun dari sujud lalu
> memberi
> >>>  salam.
> >>>
> >>>Nabi Sulaiman a.s. memulakan pertanyaan kepada pemuda tersebut
> "Siapakah
> >>>kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau manusia?" Jawab
> pemuda
> >>>itu "Aku hanyalah seorang manusia biasa". Lalu Nabi Sulaiman a.s. 
> >>>bertanya
> >>>lagi "Apakah yang membuatkan engkau memperolehi kemuliaan sedemikian 
> >>>rupa,
> >>>apakah amal yang pernah kamu lakukan sehingga Allah s.w.t menurunkan 
> >>>rahmat
> >>>dan barakah yang tak ternilai ini kepada kamu?" maka berkata pemuda itu
> >>>"Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku", Nabi Sulaiman a.s.
> bertanya
> >>>lagi "Bagaimana kamu berbakti kepada kedua orang tuamu?", berkata
> pemuda
> >>>tersebut "Saya memelihara mereka berdua sehingga lanjut usia mereka".
> >>>
> >>>Akhirnya pemuda tersebut menceritakan perihalnya, kata pemuda tersebut
> >>>"Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang Saleh , mereka sangat takut dan
> >>>sangat taat kepada Allah s.w.t, sejak saya masih kecil hingga dewasa 
> >>>mereka
> >>>memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya 
> >>>agar
> >>>saya menjadi orang yang Saleh, bapa saya meninggal dunia dalam usia
> yang
> >>>lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal adalah ibu saya yang 
> >>>sudah
> >>>tua, sangat lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh, 
> >>>sayalah
> >>>satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya, saya selalu
> >>>mengangkatnya untuk mandi dan sayalah yang memandikannya.
> >>>
> >>>Segala makan dan minumnya sayalah yang uruskan dan sayalah yang 
> >>>menyuapkan
> >>>makannya sebagaimana ia menyuapkan saya sewaktu saya masih kecil, saya
> >>>selalu memohon kepada Allah s.w.t  dan ibu saya juga selalu berdoa
> supaya
> >>>saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup saya serta 
> >>>memberikan
> >>>saya setelah wafatnya sebuah tempat bukan di dinia dan bukan di langit,
> >>>setelah ibu saya wafat, saya melihat di kala saya berputar-putar di
> tepi
> >>>laut ini ada suatu Qubah dari mutiara, saya mendekati Qubah tersebut,
> >>>tiba-tiba pintu Qubah tersebut terbuka dan apabila saya masuk ke dalam,
> >>>pintu Qubah ini tertutup. Maka tidaklah saya ketahui sama ada  saya 
> >>>berada
> >>>di bumi atau di langit".
> >>>
> >>>Nabi Sulaiman a.s. bertanya lagi "Kamu hidup di zaman mana?", maka
> pemuda
> >>>itu menjawab "Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim a.s lalu Nabi Sulaiman  
> >>>a.s.
> >>>mengirakan umur pemuda tersebut, dalam kiraanya umur pemuda itu telah
> >>>mencapai 1,400 tahun, tetapi pemuda itu tiada satu pun uban pada 
> >>>kepalanya,
> >>>lalu Nabi Sulaiman a.s. ditanya pemuda tersebut "Apakah tuan merasakan
> >>>nikmat Allah s.w.t? "  "Bagaimana Allah s.w.t memberikan rezeki padamu
> >>>dalam Qubah ini?", lalu pemuda itu berkata "Setelah saya berada dalam 
> >>>Qubah
> >>>ini, maka tahulah saya Allah s.w.t memberikan syurga yang khusus untuk 
> >>>saya
> >>>dalam Qubah ini", Nabi Sulaiman a.s bertanya pemuda tersebut untuk 
> >>>melihat
> >>>akan syurga yang dikatakan oleh pemuda tersebut. "Tunjukkan kepadaku
> >>>bagaimanakah keadaan syurgamu itu", lalu pemuda itu berdoa kepada Allah
> >>>s.w.t lalu suasana di dalam Qubah itu yang gelap tiba-tiba berubah 
> >>>menjadi
> >>>terang benderang, terkejut Nabi Sulaiman a.s sambil berkata "Maha Suci
> >>>Allah seru sekelian alam".
> >>>
> >>>Satu pemandangan yang tidak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi
> >>>Sulaiman a.s. dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang
> >>>indah, kolam air susu, madu dan suara-suara yang merdu. Melihat akan
> hal
> >>>ini maka, Nabi Sulaiman a.s pun berkata "Wahai pemuda, inilah syurga, 
> >>>demi
> >>>Allah sesungguhnya kamu telah mendapat kurnia Allah s.w.t yang tiada
> >>>bandingnya", Berkata pemuda tersebut "Memang benar inilah syurga untuk 
> >>>saya
> >>>di dunia ini, sebagai ganjaran dari Allah s.w.t terhadap amal bakti
> yang
> >>>telah saya buat, kalau saya lapar, saya makan bermacam macam buah
> buahan
> >>>yang berbagai macam cita rasanya, semua jenis makanan yang saya ingin 
> >>>akan
> >>>tersedia dan kalau saya haus akan tersedia pula bermacam-macam jenis
> >>>minuman yang paling lazat".
> >>>
> >>>Lalu Nabi Sulaiman a.s. bertanya lagi "Bagaimana kamu dapat mengetahui
> >>>siang atau malam", jawab pemuda itu "Apabila terbit fajar maka qubah
> ini
> >>>akan menjadi putih, ini menandakan hari telah siang, dan apabila
> matahari
> >>>  terbenam qubah ini akan menjadi gelap, maka tandanya hari sudah
> gelap."
> >>>Lalu pemuda berkata lagi "Cukuplah, sebab saat ini saya harus menghadap
> >>>Allah s.w.t untuk shalat dan berzikir, dan bertasbih dan mensucikan dan
> >>>memuji kebesaranNya". Kemudian Nabi Sulaiman a.s. pun berkata "Baiklah
> >>>wahai pemuda, aku akan segera pergi dari tempat kamu ini".
> >>>
> >>>Kemudian Nabi Sulaiman a.s. beserta dengan rombongannya pun keluar dari
> >>>Qubah tersebut, maka pemuda itu berdoa kepada Allah s.w.t lalu 
> >>>tertutuplah
> >>>kembali pintu Qubah tersebut. Nabi Sulaiman a.s. termenung sejenak
> >>>memikirkan peristiwa sebentar tadi dan ia pun mengarahkan Ashif supaya
> >>>menghantarkan kembali Qubah tersebut ke tempat asalnya, Ashif terus 
> >>>membawa
> >>>Qubah tersebut  ke dalam laut dan meletakkan di tempat asalnya.
> >>>
> >>>Setelah itu Nabi Sulaiman a.s. pun berkata kepada rombongannya "Untuk
> >>>pertama kalinya aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah
> >>>s.w.t, aku bersyukur kepada Allah s.w.t dan semoga bertambah iman dalam
> >>>sanibariku, dengan ini juga bertambah pula hikmah dan pelajaran yang
> >>>dikurniakan oleh Allah s.w.t terhadapku, Maha Suci Allah dan Segala
> Puji
> >>>bagi Allah, dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan
> >>>Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa-apapun di dunia
> 
> >>>ini
> >>>melainkan kehendak Allah s.w.t". Kemudian kembalilah Nabi Sulaiman a.s.
> >>>bersama rombongannya menuju ke istana kerajaannya.
> >>>
> >>>Kasihlah kepada kedua ibu bapa kita sebagaimana kasihnya mereka kepada
> >>>kita, hanya seorang ibu sahaja yang tahu betapa susah payahnya ia
> >>>mengandung selama 9 bulan dan setelah lahir anak itu, kiranya ia sakit
> >>>hanya ibu dan bapanyalah akan sedihnya mereka kepada anak mereka itu,
> >>>apakah sumbangan yang harus kita buat terhadap orang yang menjaga kita.
> >>>Dalam Al-Quran Allah s.w.t berulan-ulang kali memberitahu kita supaya 
> >>>kita
> >>>taat kepada kedua orang tua kita, layanilah dan hormatilah mereka dan
> >>>jangan sampai mereka marah kepada kita sebab doa merekalah yang paling
> >>>  mustajab di sisi Allah s.w.t.
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>-----------------------------------------------------------------------
> -
> >>>Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
> >>>DAKWAH EGROUP
> >>>Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
> >>>Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
> >>>Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah
> >>>pesanku biarpun satu ayat..."
> >>>
> >>>-----------------------------------------------------------------------
> -
> >>>GET A NEXTCARD VISA, in 30 seconds!  Get rates as low as 2.9%
> >>>Intro or 9.9% Fixed APR and no hidden fees.  Apply NOW!
> >>>http://click.egroups.com/1/915/0/_/30126/_/951443378/
> >>>
> >>>
> >>>eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/dakwah
> >>>http://www.egroups.com - Simplifying group communications
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>
> >>
> >
> 
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> 
> 
> 
============================================================

Disclaimer Note:

"This email and any files transmitted with it are confidential and intended
solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed.
This communication may contain material protected by intellectual property
rights laws. If you are not the intended recipient or the person responsible
for delivering the email to the intended recipient, be advised that you have
received this email in error and that any use, dissemination, forwarding,
printing, or copying of this email is strictly prohibited. If you have
received this email in error please notify the System Administrator at
[EMAIL PROTECTED] "

http://www.proton.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "BADRUL HISHAM MUKHTAR, RND/H&T" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke