Rektor Al Azhar lawat Kolej Islam Darul Ulum
OLEH ISMAIL HASHIM

ALOR SETAR, 29 Ogos (Hrkh) - Kolej Islam Darul Ulum (Kidu) di Kompleks
Pendidikan Islam Muassasah Darul Ulum telah menerima kunjungan hormat tetamu
istimewa daripada Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini.
Tetamu itu adalah Rektor Universiti, Prof Dr Ahmad Omar Hashim, Timbalannya,
Prof Dr Abdul Aziz Mohd Azzam dan Pengarah Perhubungan Awam Al-Azhar, Ustaz
Mohamad Salleh.
Dalam kunjungan dua hari ke Kedah para tetamu telah disambut mesra oleh
semua pimpinan PAS termasuk Presiden PAS selaku Pengerusi Majlis Muassasah,
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul
Razak.
Turut serta adalah Penasihat PAS Kelantan, Ustaz Yahya Othman, Setiausaha
PAS negeri, Haji Mustafa Long, Pengarah Kidu, Dr Abdul Aziz Hanafi dan
Pendaftarnya, Haji Abdul Aziz Hassan se! rta para guru dan pelajar.
Sambutan dan taklimat diadakan di bilik tetamu dan bilik mesyuarat Kidu yang
berjalan dalam suasana yang amat mesra dan akrab antara pihak Universiti
Azhar dan pimpinan PAS.
Ucapan sambutan dilakukan oleh Dr Abdul Aziz Hanafi dan diakhiri dengan
ucapan amat bermakna oleh Prof Dr Ahmad Omar Hashim.
Kidu yang dibuka tiga tahun lalu kini telah mendapat sambutan hebat dari
masyarakat kerana menyediakan pengajian yang kosnya sangat berpatutan dan
berpeluang melanjutkan pengajian ke Azhar.
Keesokannya, para tetamu berlepas pula ke Kelantan bersama-sama dengan Ustaz
Yahya Osman dengan diiringi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim oleh
pimpinan PAS negeri.
Comments ? E-mail Us


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke