MAHATHIR TAHAN SEBAK DEKLAMASI PUISI ERTI KEMERDEKAAN
PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad terpaksa menahan sebak beberapa kali ketika mendeklamasikan puisinya
yang berjudul "Erti Kemerdekaan".

Dr Mahathir mendeklamasikannya puisi itu dengan nada penuh emosi pada Malam
Puisi Patriotik 2000 di Taman Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini,
Selasa malam.

Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mendeklamasikan puisinya itu
pada majlis yang dihadiri oleh para pemuisi tanahair.

Berikut ialah petikan penuh puisi Dr Mahathir itu:

Erti Kemerdekaan

Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu empat ratus tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
43 tahun kita berdiri menebus maruah
Merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
masih mahukah harga itu diperjudikan?

Kita tidak akan m! empertaruhkan nasib itu
ditangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di Matahari Terbenam tidak akan hilang belangnya
mengistiharkan dirinya Yam Tuan Tunggal Sejagat
dengan hukum rimba ganas
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak dan menghancurkan aman kecil permai ini?


Rimba tanpa sempadan
atas nama "kebaikan" menyelinap menusuk matafikir
hidupan Dunia Ketiga terpaku takjub dengan slogan
"kasih alam
ketelusan hukum
keadilan imbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak"
lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
"runtuhkan sempadan!
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolusi"
dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bay! ang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?


Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari di bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak jenderang dunia Matahari Terbenam?
bijak pandai pernah berpesan:
"mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka akan didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali"
sejarah mengaja! r kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?


Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka mentafsir hidup tanpa paksaan kuasa


Di sini kita yakin segalanya boleh
di sini kita yakin segalanya boleh
itulah erti kemerdekaan


Perjuangan ini mesti diteruskan.


Mahathir Mohamad
29 Ogos 2000
Sempena Malam Puisi Patriotik 2000

Yang turut mendeklamasi puisi pada malam ini ialah Tan Sri Prof ! Emeritus Dr
Awang Had Salleh, Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah Arkib
Negara Datuk Habibah Zon, Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Datin Masnah
Rais.

Para pemuisi lain ialah Sutung Umar RS, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Ramli
Selamat (Marsli N.O), Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M Zakir) dan adik
Muhammad Izz Taufik.

Penyanyi puisi Zubir Ali dan Kumpulan Kopratasa (Yusoff, Siso dan Sani),
serta Md. Aripin Said yang mendendangkan lagu-lagu puisi menyerikan majlis
pada malam ini. -- BERNAMA <<...>>



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke