*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cukai pintu
TERENGGANU SETUJU HAPUS TUNGGAKAN CUKAI PINTU

    KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Pas Terengganu
bersetuju melupuskan semua tunggakan cukai pintu rumah kediaman yang
dikenakan sebelum ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan dan Alam Sekitar, Wan Abdul Muttalib Embong.
    Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah kepada rakyat sempena
sambutan Hari Kebangsaan esok, beliau berkata mereka yang menerima notis
bayaran tunggakan cukai itu supaya mengabaikannya.
    "Ia adalah hadiah dan berita gembira kepada semua rakyat di Terengganu
sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan esok," katanya kepada
pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
    Beliau berkata keputusan itu dibuat minggu lepas bagi mengelakkan
kekeliruan dan tuduhan kononnya kerajaan negeri memungkiri janjinya kepada
rakyat.
    Wan Muttalib berkata dengan keputusan itu, kerajaan negeri akan
kehilangan sumber kewangan yang dianggarkan sebanyak RM30 juta tetapi ia
tetap diteruskan demi kepentingan rakyat.
    Ditanya mengenai mereka yang telah pun membuat bayaran, secara
berseloroh beliau berkata perkara itu perlu diselesaikan dengan kerajaan
Barisan Nasional (BN) kerana mereka yang mengenakan cukai pada ketika itu.
    -- LAGI

    Cukai Pintu-Hapus 2 (Akhir) Kuala Terengganu

    Dalam perkembangan lain, Wan Muttalib berkata kerajaan negeri akur
dengan keputusan Kerajaan Pusat supaya semua pihak mengetepikan sentimen
politik dalam sambutan Hari Kemerdekaan ini.
    "Bagaimanapun kita kesal apabila Umno juga menganjurkan majlis Ambang
Merdekanya sendiri malam ini sedangkan kita (kerajaan negeri) turut
mengadakannya," kata beliau.
    Katanya kerajaan negeri turut menjemput semua wakil rakyat daripada BN
untuk hadir pada program itu dan menyediakan tempat duduk di pentas utama
bagi Ketua Pembangkang Terengganu manakala wakil rakyat yang lain di
bahagian VIP.
    -- BERNAMA
30/08/2000 16-17MST


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu sinar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke