BA: Ucapan rasmi Merdeka tidak wajar jadi propaganda perkauman


KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Hrkh) - Barisan Alternatif hari ini menyelar perdana
menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kerana cuba menggunakan ucapan rasmi
Hari Kemerdekaan ke-43 untuk tujuan propaganda perkauman Barisan Nasional.
"Setelah pelbagai usaha untuk menakut-nakutkan rakyat dengan momok politik
perkauman - dan menampilkan parti-parti dalam Barisan Nasional sebagai
pelindung hak dan ketuanan kaum masing-masing - tidak mendapat reaksi yang
dingini daripada rakyat, Dr Mahathir nampaknya telah menggunakan ucapan
rasmi Hari Kemerdekaan untuk "menyelamatkan" propaganda tersebut," kata
Pengerusi Biro Media dan Penerangan BA, Rustam Sani, dalam kenyataan kepada
HarakahDaily.com.
Dalam ucapan rasmi selaku perdana menteri Malaysia, Mahathir menyamakan
perkumpulan persatuan-persatuan Cina yang dikenali sebagai Suqiu dengan
Al-Ma'unah, sambil menuduhnya sebagai gerakan komunis "zaman silam" yang
berusaha mencetuskan huru-hara di negara i! ni. Mahathir juga menuduh
akhbar-akhbar Cina mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu, sambil
mengecam orang Melayu yang tidak terhutang budi kepada kerajaan.
Dalam kenyataannya, BA menyifatkan tuduhan Mahathir itu "amat jauh
menyimpang daripada realiti" dan tidak wajar diutarakan dalam sesebuah
ucapan rasmi.
"Tidaklah wajar ucapan rasmi Hari Kemerdekaan mengandungi tunduhan yang
melulu terhadap pihak-pihak tertentu yang belum dipastikan wajar menerima
tuduhan," kata Rustam.
"Pada hakikatnya, bukanlah Suqiu - tetapi sebuah badan politik lain dengan
dorongan sebuah akhbar arus perdana berbahasa Melayu - yang telah
mengeruhkan keadaan dengan bertindak kasar, biadap lagi mengancam di jalan
raya baru-baru ini," tambahnya.
Baru-baru ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, seorang
ahli perniagaan berketurunan India Muslim, telah mengadakan perhimpunan
haram di hadapan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lu! mpur
untuk menuntut Suqiu "meminta maaf" kepada orang Melayu kerana apa yang
didakwa sebagai "mempersoalkan ketuanan Melayu".
Menurut saksi, beberapa ahli pergerakan Pemuda UMNO telah membawa
sepanduk-sepanduk yang ditulis slogan berbau perkauman dan telah mengugut
membakar bangunan Dewan Perhimpunan Cina. Suqiu, yang telah membentangkan
apa yang dikenali sebagai 'Tuntutan 17 perkara', telah menafikan dakwaan
bahawa ia mempersoalkan ketuanan Melayu. Pemuda UMNO juga dilaporkan telah
mengajak keADILan untuk turut sama melancarkan bantahan ke atas persatuan
Cina, tetapi jemputan itu telah ditolak.
Rustam juga mengingatkan, akhbar-akhbar Cina yang menjadi sasaran tuduhan
Mahathir itu jauh lebih bermutu dan bermaruah daripada media arus utama yang
berbahasa Melayu dan Inggeris, "yang semata-mata merupakan alat propaganda
pemerintahan Barisan Nasional".
Comments ? E-mail Us !



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke