Title: Erti kemerdekaan
 

ERTI KEMERDEKAAN

 
 
 
 
 
 

Erti kemerdekaan adalah hati dan fikiran bebas daripada dunia dan kebendaan
Lebih-lebih lagi dari sebarang ideologi
Hati dan fikiran semata-mata dengan Tuhan
Inilah dia kemerdekaan yang hakiki dan sejati
Merdeka dari Tuhan adalah merdeka yang palsu dan menipu
Pautan hati dengan Tuhan terasa luas dan manusia puas
Pautan hati dengan manusia ingin buat apa saja terasa terbatas walaupun ingin bebas
Tidak bebas dari Tuhan inilah kebebasan
Ingin bebas dari Tuhan itulah keterbatasan
Jiwa sentiasa tidak puas kerana dunia memang terbatas
Manusia ingin merdeka dan bebas padahal kuasa sangat terbatas
Walaupun dengan Tuhan tidak bebas kuasa Tuhan tidak terbatas
Lahir tidak bebas tapi jiwanya bebas dan puas
Merdeka daripada Tuhan nampaknya bebas tapi terbatas jiwa tidak puas
Orang yang berfahaman sekular tersekat di dalam kemerdekaan
Orang yang berfahaman Islam merdeka di dalam sekatan
Kemerdekaan orang sekular dalam kemerdekaan yang tertipu dan palsu
Mereka masih terbelenggu kerana itulah jiwa mereka selalu gelisah bahkan ada yang kecewa
Orang mukmin nampaknya terbelenggu tapi jiwanya puas dan bahagia
Merdeka dari dunia dan manusia itulah hakikat kemerdekaan
Merdeka dari Tuhan itulah hakikatnya tidak ada kebebasan
Orang mukmin adalah mempunyai kemerdekaan yang sejati
Orang sekular adalah golongan yang terjajah yang hakiki


HOME

 
 
 
 
 
 
 
 

Kirim email ke