Mahathir akui hilang sokongan Melayu, bidas Melayu tidak 'bersyukur'


KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Hrkh) - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad dalam ucapan khas semalam sempena Hari Kemerdekaan ke-43 mengecam
semua pihak termasuk 'kuasa-kuasa luar', 'ekstrimis' Cina, sehinggalah
kepada orang-orang Melayu yang 'tidak berterima kasih'. Beliau juga mengakui
kerajaannya telah hilang sokongan daripada orang-orang Melayu.
Dalam ucapan yang disiarkan oleh media rasmi elektronik, Mahathir mengulangi
istilah kesukaannya, "kuasa asing", sambil menuduh mereka mahu "menjajah
semula" Malaysia.
"Hari ini kita menjadi lemah kerana hakisan sokongan orang Melayu kepada
kerajaan," kata Mahathir, yang telah hilang sokongan orang Melayu berikutan
penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang kini
dipenjarakan selama 15 tahun selepas satu perbicaraan mahkamah yang
kontroversi.
Sambil berkata orang Melayu tidak 'bersyukur' di atas pemulihan ekonomi,
Mahathir berkata ini adalah hasil dari usaha ! 'membenci' kerajaan yang
didalangi oleh 'kuasa asing'.
"Orang asing memang gemar melihat perpecahan di kalangan orang Melayu dan
rusuhan sesama kita. Kempen membenci kerajaan yang diusahakan pihak tertentu
sudah sampai kepada tahap kesanggupan mencuba menjatuhkan kerajaan secara
ganas dan bersenjata," ujar beliau.
"Dengan hati yang penuh benci kepada kerajaan, kebencian yang dipupuk kerana
tuduhan bahawa kerajaan Malaysia adalah zalim seperti pemerintahan Firaun."
Katanya sekiranya ada "kerajaan baru" menggantikan Barisan Nasional,
"kerajaan baru" itu akan menjadi boneka asing.
Dalam apa yang mencerminkan meningkatnya penggunaan istilah berbau perkauman
di kalangan pemimpin UMNO, Mahathir juga membidas apa yang beliau namakan
sebagai 'pelampau Cina' dan Melayu yang mahu mengapi-apikan sentimen
perkauman.
"Percayalah jika pertolongan orang asing dipinta, akhirnya negara akan
tergadai," katanya, sambil mendakwa kerajaan telah mengh! alang usaha untuk
'menjajah semula' negara ini ketika krisis ekonomi dua tahun lepas.
"Tetapi ini tidak bermakna, mereka tidak akan mencuba lagi," tambahnya.
Beliau berkata media asing telah berjaya memburukkan "nama kita" dengan
menyokong usaha golongan yang mahu menghancurkan negara. Beliau bagaimanapun
tidak menamakan siapa di belakang usaha "menghancurkan" negara.
Baru-baru ini, media antarabangsa dan pemimpin dunia telah mengutuk keras
campurtangan Mahathir dalam bidang kehakiman dan pensabitan Anwar di atas
tuduhan liwat oleh hakim Arifin Jaka, 8 Ogos lalu. Awal bulan ini, sebuah
organisasi umat Islam yang paling berpengaruh di Amerika, Kesatuan Islam
Amerika Utara (ISNA) menarik balik jemputan kepada Mahathir untuk berucap di
persidangan tahunannya September ini.
"Hak kita guna mahkamah"
Mahatir, yang menyokong penuh resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
(PBB) untuk membenarkan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap! Iraq
pada tahun 1990, berkata kuasa besar telah terbabit dari dulu hingga
sekarang dengan jenayah antarabangsa yang meragut nyawa ratusan ribu orang
tidak berdosa serta menyiksa berjuta orang lain.
Sambil mendakwa tindakan kuasa besar itu "lebih teruk berbanding tahanan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA)," Mahathir menegaskan adalah hak
beliau untuk menggunakan ISA atau mencampuri bidang kehakiman.
"Sama ada kita guna ISA atau mahkamah adalah hak dan pilihan kita,"
tegasnya.
Dalam ucapannya, Mahathir menuduh sekumpulan persatuan-persatuan Cina yang
dikenali 'Suqiu' sebagai golongan ekstrimis kerana mempersoalkan hak-hak
keistimewaan Melayu.
Beliau juga menyamakan persatuan itu dengan kegiatan al-Maunah.
"Kita akan melawan percubaan mencetuskan rusuhan kaum melalui tuntutan yang
ekstrem," tegasnya.
Suqiu, yang telah membentangkan apa yang dikenali sebagai 'Tuntutan 17
perkara', telah menafikan tuduhan tersebut.
! Baru-baru ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, seorang
ahli perniagaan berketurunan India Muslim, telah mengadakan perhimpunan
haram di hadapan bangunan Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur untuk
menuntut Suqiu "meminta maaf" kepada orang Melayu.
Sementara itu, Malaysiakini.com semalam memetik pemuda keADILan sebagai
berkata parti itu telah dihubungi pergerakan Pemuda UMNO untuk mengajaknya
turut sama mengadakan demonstrasi membantah persatuan Cina. Jemputan UMNO
itu bagaimanapun telah ditolak.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke