Tunggakan cukai pintu dihapuskan
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Hrkh)- Kerajaan Terengganu membuat keputusan
untuk melupuskan tunggakan cukai pintu bagi semua premis kediaman di negeri
ini yang dianggarkan berjumlah RM30 juta.
Sehubungan itu, rakyat di negeri ini tidak perlu lagi menjelaskan tunggakan
cukai pintu kediaman mereka berkuat-kuasa serta-merta.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri,
Haji Wan Abdul Muttalib Embong, berkata keputusan mengenai perkara itu
dibuat pada mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) minggu lalu.
"Pihak pembangkang memainkan isu tunggakan cukai pintu dengan membuat
tuduhan kononnya kerajaan negeri mungkir janji kerana masih mengutip cukai
pintu.
"Sedangkan sebelum ini kita telah menghapuskan cukai pintu bagi semua premis
kediaman, tetapi mereka hanya perlu membayar tunggakan cukai pintu (yang
dikenakan sebelum PAS memerintah Terengganu)," katanya ketika ! ditemui
selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Haji Wan Muttalib berkata, rekod mengenai bayaran cukai pintu yang tidak
dikemaskinikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sewaktu zaman pemerintahan
Barisan Nasional (BN) juga menyukarkan pihak pentadbiran untuk membuat
kutipan tunggakan.
"Bagi kemudahan semua pihak dan sebagai hadiah kepada rakyat Terengganu
sempena sambutan Hari Merdeka, kita telah membuat keputusan untuk melupuskan
tunggakan cukai pintu bagi semua premis kediaman," tambahnya.
Bagaimanapun, beliau berkata seperti juga pengecualian cukai pintu ke atas
premis kediaman sebelum ini, pelupusan tunggakan cukai pintu tersebut hanya
bagi premis kediaman yang diduduki sendiri oleh pemilik.
Katanya, ini bermakna mereka yang menyewakan rumah masing-masing atau
kediaman yang terlibat dengan perniagaan masih perlu membayar cukai pintu
dan tunggakan cukai pintu.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.! COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke