*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad
Jailani di Masjid Jamek Sungai Gelugor,Pulau Pinang.

Isu-isu Pemikiran Semasa.
Ustaz Jailani pada kali ini membawa satu rencana yang
dilapurkan di dalam majalah Newsweek keluaran 10 July
2000, dibawah tajuk ‘Trouble In Turkistan’ ( masalah
kekacauan yang berlaku di sebuah tempat bernama
Turkistan).
Turkistan adalah satu nama yang diberikan kepada
sebuah wilayah yang bernama XinJiang,yang sekarang ni
di bawah negara China.Turkistan letaknya kira-kira
200km dari sempadan negara Afghanistan.Wanita-wanita
mereka daripada bangsa UeiHur yang beragama Islam ini
memakai tudung kepala sebagaimana orang-orang Islam
yang lain.Tudung kepala mereka dijahit sendiri dengan
jahitan tangan.
Dan di sana terdapat beberapa kesan yang menunjukkan
pernah berlaku pertempuran diantara penduduk Turkistan
ataupun XinJiang ini dengan pihak berkuasa.40%
daripada 16 juta penduduk XinJiang adalah berbangsa
UeiHur yang beragama Islam dan bercakap dalam bahasa
Turki.Pada tahun 1944, gerila-gerila muslim daripada
bangsa UeiHur ini telah mengisytiharkan kemerdekaan
dan memberi nama negara mereka ‘Republik Turkistan
Timur’ di barat daya wilayah XinJiang.

[ Maknanya,13 tahun sebelum M`sia menyambut
kemerdekaan, mereka yakni bangsa UeiHur sudah pun
mengisytiharkan kemerdekaan di wilayah XinJiang
daripada kuasa pemerintahan komunis China. ]

Dan sebahagian daripada pemuda-pemuda UeiHur ini masih
meneruskan perjuangan untuk memisahkan wilayah mereka
daripada pemerintahan Beijing.Tetapi sebagaimana yang
kita tahu bahwa sampai ke hari ini, mereka masih
berada di bawah cengkaman pemerintahan kerajaan
komunis Beijing.Dan ribuan daripada penduduk-penduduk
bangsa Uei Hur ini telah pun ditahan dan lebih kurang
200 orang telah pun dihukum mati oleh pemerintah China
pada hari ini.
Kenapa XinJiang menjadi satu wilayah yang cukup
penting kepada kerajaan China?…Sebab XinJiang adalah
satu wilayah yang kaya dengan hasil petrolium dan
perusahaan kapas.Yang mana hasil daripada bumi
XinJiang ini telah memberi 60% kekayaan kepada
kerajaan China.Ini menunjukkan kepada kita bagaimana
bumi yang dipijak oleh manusia yang beragama Islam dan
beriman kepada ALLAH SWT,dikurniakan dengan rezeki
yang melimpah ruah oleh ALLAH SWT.Cumanya,terpulang
kepada kebijaksanaan kita bagaimana untuk
memanafaatkan kekayaan yang telah dianugerahkan oleh
ALLAH SWT kepada kita.Samada mampu kita memanafaatkan
kekayaan yang melimpah ruah itu ataupun kekayaan itu
akan diambil oleh kaum yang kufur kepada ALLAH SWT;
itu adalah soal kedua.Tetapi soal yang pertama ialah
kekayaan itu diberikan di bawah tapak kaki manusia
yang beriman kepada ALLAH SWT.
   Kemudian penulis rencana ini memberitahu bahwa
salah satu daripada projek pembangunan barat yang
dibuat oleh kerajaan China hari ini ialah projek
menghubungkan paip yang bernilai kira-kira 14 billion
juta US dolar, yang menghubungkan daripada wilayah
XinJiang ke pelabuhan Shanghai.

[ Kerajaan Beijing nak ambik kekayaan yang
dianugerahkan oleh ALLAH SWT ini daripada perut bumi
XinJiang dengan mengeluarkan melalui perhubungan paip
yang panjangnya 14,200 km jauhnya.Maknanya,lebih
daripada 4 kali ganda jauhnya antara Perlis ke
Johor.Tetapi itulah yang ditunjukkan kepada kita
apabila manusia yang beriman berada di bawah cengkaman
kuasa kuffar, maka dengan ini pihak kuffarlah yang
dapat menikmati kekayaan yang diberikan oleh ALLAH SWT
dibawah tapak kaki manusia yang beriman kepada
ALLAH,dengan satu projek yang berjumlah 14 billion
juta US dolar. ]   

Kemudian penulis itu memberitahu lagi bahwa bila ada
setiap kali buat projek baru di wilayah XinJiang yang
mana 40% peduduknya adalah beragama Islam, maka
kerajaan komunis China akan membawa masuk bangsa China
dari suku kaum Han ke XinJiang untuk mengimbangi
populasi umat Islam di XinJiang yang menuntut
kemerdekaan daripada mereka (kerajaan China).Dimana 50
tahun yang lalu,hanya 15% daripada populasi XinJiang
adalah daripada bangsa China dari suku kaum Han.Tetapi
sekarang,ia telah meningkat kepada 40% dan terus
mengimbangi dengan kaum UeiHur.

[ Ini menunjukkan kepada kita bagaimana usaha kerajaan
kuffar China untuk mengimbangi kekuatan yang ada
kepada umat Islam di XinJiang. ]

Bila suasana menjadi sedemikian,pengarang memberitahu
bahwa bagaimana dilambak/dibiarkan pelacuran wujud di
wilayah XinJiang.

[ Dimana bila diwujud industri pelacuran di
bandar-bandar dalam wilayah XinJiang, maka akan
timbullah pelbagai perkara yang mengancam kedudukan
umat Islam di wilayah XinJiang.Inilah strategi puak
kuffar.Yang pertama,mereka mengimbangi populasi yang
ada kepada umat Islam,yang mana pada asalnya hampir
separuh daripada populasi XinJiang adalah umat
Islam.Kemudian yang keduanya,mereka mewujudkan
industri pelacuran di XinJiang,semata-mata bertujuan
untuk meruntuhkan moral umat Islam,maka ini akan
membuatkan umat Islam tidak akan ada lagi daya juang
yang tinggi.Yakni semangat jihad untuk menegakkan
agama ALLAH sudah tidak ada sebab sudah bergelumang
dengan dosa. ]

Jadi saudara/saudari/muslimin/muslimat sekelian; kita
dapati bagaimana projek yang dibuat oleh kerajaan
komunis China, sebenarnya juga sedang berlaku dalam
negara kita samada kita setuju ataupun tidak.Kalau
kita baca akhbar dalam negara kita, kita boleh tengok
macamana berita-berita yang menunjukkan kepada kita
bahwa kalau sebuah bangunan kat tingkat atas tu ada
pejabat imigresen,maka di tingkat bawah tu pula ada
sindiket pemalsuan passport.Kalau di tingkat atas tu
ada Jabatan kerajaan tertentu,maka di bawah pula ada
sindiket pemalsuan kad pengenalan/sijil kelahiran dan
sebagainya.Sapa yang dok buat kerja macam ni,
tuan-tuan?…Tidak lain dan tidak bukan,merekalah orang
yang satu bangsa dan satu agama dengan kita, tapi yang
korup/menyeleweng.Dimana mereka menggunakan kuasa yang
ada kepada mereka untuk mendapat keuntungan yang
diharamkan oleh ALLAH SWT,sehinggakan mereka tidak
peka lagi terhadap survival ummah.Kepada soal
penerusan masa depan umat Islam,langsung tidak
difikirkan.Dan orang-orang sebeginilah yang membiarkan
usaha membawa masuk golongan tertentu dalam negara
kita sekarang untuk mengimbangi jumlah populasi yang
dimiliki oleh umat Islam dalam negara kita.Cuba kita
lihat sekeliling kita,sepatutnya kita orang Islam yang
ramai melahirkan anak dengan begitu ramai ini,dapat
mengatasi populasi jumlah penduduk.Tetapi apa yang
kita lihat la ni ialah kita dengan ‘depa ni’ lebih
kurang sama ramai ataupun ‘depa ni’ jauh lebih ramai
daripada kita,walaupun apa yang kita tahu majoriti
daripada ‘depa ni’ taklah lahir anak ramai
sangat.Kadang-kadang bila kita cuba communicate dengan
setengah dari ‘depa ni’,kita dapati ada yang langsung
tak tau bercakap bahasa Melayu.Ini menunjukkan kepada
kita ada unsur-unsur tertentu yang kalau dibiarkan
berterusan,maka akan parahlah generasi umat Islam akan
datang.Yakni masih ada pegawai-pegawai kerajaan yang
korup yang hanya mementingkan kekayaan tanpa
mementingkan survival ummah, maka tunggulah suatu masa
apabila sampai suatu ketika populasi diantara umat
Islam dengan golongan yang kuffar kepada ALLAH SWT
tidak seimbang,maka kita akan dapati bagaimana umat
Islam akan tewas di dalam pertandingan untuk mendapat
kuasa ekonomi/politik di dalam negara.Inilah yang
berlaku di wilayah XinJiang,yang mana kerajaan komunis
China berusaha untuk menumbangkan daya jihad yang ada
pada bangsa UeiHur yang menuntut kemerdekaan daripada
kerajaan komunis China.
Sebab itu tuan-tuan sekelian, kita perlu berhati-hati
dengan apa yang ada di mukabumi pada hari ini.Sebab
setiap kali golongan yang memperjuangkan agama ALLAH
muncul,mereka ini akan digelar sebagai golongan
pemisah.Yang mana akan dituduh bawa
keganasan/menyeludup senjata/yang membuat
pengeboman/yang membunuh orang-orang yang tidak
berdosa; ini adalah satu label yang diberikan kepada
golongan-golongan yang cuba memperjuangkan agama ALLAH
SWT,supaya masyarakat takut untuk mendekati golongan
yang jujur dalam kehidupan beragama.Inilah satu usaha
yang cuba dilakukan oleh puak kuffar.
Sebab itu muslimin/muslimat sekelian; kita perlu
berhati-hati supaya dapat membezakan diantara golongan
yang benar-benar berjuang untuk agama ALLAH SWT,dengan
golongan yang menggunakan agama untuk tujuan tertentu.
( Hah! Inilah dia perbezaan diantara Pas/Umno,bagi
netters hizbi yang tak nampak lagi perbezaan diantara
2 parti ini.Kalau ada yang kata Pas/umno sama
saja,maknanya dia silap banyak.Kerana umno menggunakan
agama untuk kepentingan politik dan
temoloknya.Manakala Pas,dia memperalatkan partinya
untuk kepentingan agama ALLAH SWT.Itu bezanya; ada
nampak ka? )  

Sambungan kitab Qanun Jinayah Syar`iyah.

8) Hukuman Diyat (pampasan/ganti rugi)
i) Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan
oleh penjinayah kepada wali/waris mangsanya sebagai
ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh
penjinayah keatas mangsanya.

[ Harta yang dimaksudkan itu,tak kiralah samada
binatang ternakan ka, pakaian ka, wang ringgit ka dan
sebagainya; janji mau dalam bentuk harta.
Hukuman diyat juga boleh dikatakan sebagai hukuman
alternatif kepada kesalahan yang dibuat secara
sengaja.Contohnya,bunuh dengan sengaja.Hukuman asal
kepada bunuh dengan sengaja adalah qisas,yakni bunuh
balik.Jadi hukuman alternatifnya ialah diyat yakni
bayar ganti rugi. ]

ii) Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan
yang sehubungan dengan kesalahan qisas.Hukuman diyat
ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai
ganti rugi  diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan
kecederaan anggota badan,atau melukakannya.

9) Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat.
    Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman
diyat ialah :
i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja.
  
[ Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi
sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau
mencederakan.Contohnya, kita ambik rotan atau kayu
yang kecil,lalu kita pukul seseorang dengan niat hanya
sekadar nak pukul kerana marah.Alat yang digunakan
untuk memukul itu pada adatnya atau kebiasaannya,ia
tidak boleh membunuh, tetapi bila dipukul kepada
mangsa, tiba-tiba secara kebetulan membuatkan mangsa
tu mati.Walaupun pada kebiasaannya alat yang digunakan
tadi tidak boleh membunuh, tetapi oleh sebab perbuatan
tadi sengaja walaupun tanpa niat untuk membunuh; maka
pembunuhan itu disebut sebagai pembunuhan yang serupa
dengan sengaja ataupun separuh sengaja. ]

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) – qotlu
qotto` yakni yang memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali
atau ahli waris orang yang dibunuh.Sepetimana firman
ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang
bermaksud,
“Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan
daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang
dibunuh),maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik
(iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui
batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan
ihsan.”

[ Maknanya,si pembunuh kena bayar dengan segera wang
diyat, kecuali jika dibenarkan oleh keluarga mangsa. ]

“Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan
yang diberikan oleh ALLAH SWT.”

[ Masa dulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.,
tak dak lagi benda lagu ni.Yakni bila seseorang
dibunuh,maka wajib bunuh balas balik.Tetapi dalam
syariat Nabi Muhammad s.a.w.,ALLAH SWT bagi keringanan
dengan cara diyat sebagai alternatif kepada hukuman
bunuh balas. ]

“Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat
adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT kepada
sekelian hambaNya).Sesiapa yang melampaui batas
selepas daripada itu,maka baginya azab yang pedih.”

[ Mengenai ayat ini,dia ada 2 perbezaan.Perbezaan itu
ialah mengenai definasi pengarang tentang ayat ini
dengan beberapa tafsir di dalam al-Quran.Pengarang
kitab ini menterjemahkan maksud ayat ini ialah kepada
sesiapa yang nak membalas dendam.Tetapi dalam beberapa
kitab tafsir yang lain,terutamanya dari kitab tafsir
Arab umpamanya; dinyatakan maksud ayat ini ialah
apabila penjinayah tadi melampaui batas,yakni
penjinayah itu mengulangi jinayah yang dia
buat.Maknanya,penjinayah ini telah pun didapati
bersalah diatas satu pembunuhan.Kemudian dia telah
diampunkan oleh keluarga mangsa.Tapin bila dia
dibebaskan, tiba-tiba dia mengulangi dengan melakukan
pembunuhan kali yang kedua.Maka dinyatakan bahwa orang
macam inilah yang melampaui batas,yakni dengan
mengulangi perbuatan bunuh itu walaupun pada kali
pertama dia telah dimaafkan; maka kata ALLAH,baginya
azab yang pedih.
Jadi saudara/saudari muslimin/muslimat sekelian;
sepatutnya bila kita dengar ayat macam ni,hendaklah
kita rasa takut.Tetapi ramai dikalangan manusia pada
hari ini,mereka memandang rendah kepada ayat-ayat
al-Quranul Karim menyebabkan amaran-amaran daripada
ALLAH ini tidak langsung menakutkan diri
mereka.Sebagaimana peristiwa gerhana bulan yang
berlaku baru-baru ini.Kebetulan pernah berlaku satu
peristiwa gerhana pada saat kematian Ibrahim,anak
kepada Rasulullah s.a.w. Maka Nabi s.a.w. pun habaq
awai-awai kat para sahabat bahwa kejadian gerhana itu
tidak ada kaitan dengan kematian ataupun kelahiran
seseorang.Gerhana ini adalah satu petanda daripada
ALLAH SWT untuk menakutkan manusia.Maknanya ALLAH nak
tunjukkan kehebatan kuasa yang dimilikiNya sehinggakan
Dia boleh letak kedudukan matahari/bumi/bulan selari
antara satu sama lain.Inilah satu amaran daripada
ALLAH SWT untuk menakutkan manusia supaya manusia
sedar tentang kekuasaan yang dimiliki oleh ALLAH
SWT.Tetapi yang sedihnya ialah apa yang saya lihat
ramai yang tak sedar dan tak ambik pusing langsung
tentang peristiwa gerhana bulan pada malam itu.Yang
kita ni punyalah bersyukur kerana Tuhan boleh bagi
sembahyang sunat gerhana bulan, yang menurut ahli kaji
bintang, gerhana seperti ini akan berlaku sekali lagi
dalam jangkamasa seribu tahun lagi.Boleh ka kita hidup
sampai ke seribu tahun lagi?…Ish! punya la tak cerdik
puak-puak ni.Depa boleh relax aja kat kedai kopi,tak
ambil peduli langsung tentang kesempatan yang ALLAH
bagi untuk sembahyang sunat gerhana.Walhal,kedai kopi
tu 2-3 langkah saja daripada masjid.Inilah sebenarnya
contoh puak-puak yang tak tahu nak menghargai dan
mensyukuri terhadap apa yang telah ALLAH SWT bagi kat
depa.Sepatutnya hendaklah kita sentiasa bersyukur
kepada ALLAH (lebih-lebih lagi bangsa Melayu
kita),sebab kita dilahirkan sebagai seorang Islam
baka,yakni dalam keluarga yang telah pun Islam.Cuba
kita tanya diri kita sendiri; apa akan jadi kalau aku
dulu dilahirkan dalam keluarga Kristian/ Buddha atau
mana-mana keluarga yang bukan Islam? Apakah kita akan
kaji ugama seperti saudara Ann Wan Seng atau pun
saudara Abu Tiger buat,sebelum mereka dapat hidayah
untuk memeluk Islam? Adakah kita nak cari hidayah
sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. mencari identiti sebenar
Tuhannya dengan memperhati cakerawala? Boleh ka kita
buat/kaji sepertimana hamba-hamba ALLAH yang saya
sebut tadi,tuan-tuan?…Sebab inilah,sepatutnya kita
mesti mengucap syukur kepada ALLAH SWT dengan tanpa
sebarang penat lelah kerana hidayah telah diberikan
oleh ALLAH SWT kepada kita dalam keadaan kita
dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. ]

……bersambung…….           
     



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke