*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin tafsir dari surah ke 63 Alquran ni ade relevan dengan cerita
anda.Wallahu a'lam.

[4]Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh
badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata,
engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih.
Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar
(tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka
(kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka
tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk
membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka
berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan
menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka
dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?


[5]Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya
Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil)
menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari
bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.



                                                                                       
            
                    RUNNER                                                             
            
                    <counterbalance_2000@        To:     [EMAIL PROTECTED]                
            
                    yahoo.com>                   cc:                                   
            
                    Sent by:                     Subject:     H-Net* Mahathir akui 
hilang sokongan 
                    [EMAIL PROTECTED]         Melayu, bidas Melayu tidak 'bersyu 
kur'           
                                                                                       
            
                                                                                       
            
                    09/01/00 03:02 PM                                                  
            
                                                                                       
            
                                                                                       
            



Mahathir akui hilang sokongan Melayu, bidas Melayu tidak 'bersyukur'



 KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Hrkh) - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
 Mohamad dalam ucapan khas semalam sempena Hari Kemerdekaan ke-43 mengecam
 semua pihak termasuk 'kuasa-kuasa luar', 'ekstrimis' Cina, sehinggalah
 kepada orang-orang Melayu yang 'tidak berterima kasih'. Beliau juga
 mengakui
 kerajaannya telah hilang sokongan daripada orang-orang Melayu.
 Dalam ucapan yang disiarkan oleh media rasmi elektronik, Mahathir
 mengulangi
 istilah kesukaannya, "kuasa asing", sambil menuduh mereka mahu "menjajah
 semula" Malaysia.
 "Hari ini kita menjadi lemah kerana hakisan sokongan orang Melayu kepada
 kerajaan," kata Mahathir, yang telah hilang sokongan orang Melayu
 berikutan
 penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang kini
 dipenjarakan selama 15 tahun selepas satu perbicaraan mahkamah yang
 kontroversi.
 Sambil berkata orang Melayu tidak 'bersyukur' di atas pemulihan ekonomi,
 Mahathir berkata ini adalah hasil dari usaha ! 'membenci' kerajaan yang
 didalangi oleh 'kuasa asing'.
 "Orang asing memang gemar melihat perpecahan di kalangan orang Melayu dan
 rusuhan sesama kita. Kempen membenci kerajaan yang diusahakan pihak
 tertentu
 sudah sampai kepada tahap kesanggupan mencuba menjatuhkan kerajaan secara
 ganas dan bersenjata," ujar beliau.
 "Dengan hati yang penuh benci kepada kerajaan, kebencian yang dipupuk
 kerana
 tuduhan bahawa kerajaan Malaysia adalah zalim seperti pemerintahan
 Firaun."
 Katanya sekiranya ada "kerajaan baru" menggantikan Barisan Nasional,
 "kerajaan baru" itu akan menjadi boneka asing.
 Dalam apa yang mencerminkan meningkatnya penggunaan istilah berbau
 perkauman
 di kalangan pemimpin UMNO, Mahathir juga membidas apa yang beliau namakan
 sebagai 'pelampau Cina' dan Melayu yang mahu mengapi-apikan sentimen
 perkauman.
 "Percayalah jika pertolongan orang asing dipinta, akhirnya negara akan
 tergadai," katanya, sambil mendakwa kerajaan telah mengh! alang usaha
 untuk
 'menjajah semula' negara ini ketika krisis ekonomi dua tahun lepas.
 "Tetapi ini tidak bermakna, mereka tidak akan mencuba lagi," tambahnya.
 Beliau berkata media asing telah berjaya memburukkan "nama kita" dengan
 menyokong usaha golongan yang mahu menghancurkan negara. Beliau
 bagaimanapun
 tidak menamakan siapa di belakang usaha "menghancurkan" negara.
 Baru-baru ini, media antarabangsa dan pemimpin dunia telah mengutuk keras
 campurtangan Mahathir dalam bidang kehakiman dan pensabitan Anwar di atas
 tuduhan liwat oleh hakim Arifin Jaka, 8 Ogos lalu. Awal bulan ini, sebuah
 organisasi umat Islam yang paling berpengaruh di Amerika, Kesatuan Islam
 Amerika Utara (ISNA) menarik balik jemputan kepada Mahathir untuk berucap
 di
 persidangan tahunannya September ini.
 "Hak kita guna mahkamah"
 Mahatir, yang menyokong penuh resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
 (PBB) untuk membenarkan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap!
 Iraq
 pada tahun 1990, berkata kuasa besar telah terbabit dari dulu hingga
 sekarang dengan jenayah antarabangsa yang meragut nyawa ratusan ribu orang
 tidak berdosa serta menyiksa berjuta orang lain.
 Sambil mendakwa tindakan kuasa besar itu "lebih teruk berbanding tahanan
 di
 bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA)," Mahathir menegaskan adalah hak
 beliau untuk menggunakan ISA atau mencampuri bidang kehakiman.
 "Sama ada kita guna ISA atau mahkamah adalah hak dan pilihan kita,"
 tegasnya.
 Dalam ucapannya, Mahathir menuduh sekumpulan persatuan-persatuan Cina yang
 dikenali 'Suqiu' sebagai golongan ekstrimis kerana mempersoalkan hak-hak
 keistimewaan Melayu.
 Beliau juga menyamakan persatuan itu dengan kegiatan al-Maunah.
 "Kita akan melawan percubaan mencetuskan rusuhan kaum melalui tuntutan
 yang
 ekstrem," tegasnya.
 Suqiu, yang telah membentangkan apa yang dikenali sebagai 'Tuntutan 17
 perkara', telah menafikan tuduhan tersebut.
 ! Baru-baru ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, seorang
 ahli perniagaan berketurunan India Muslim, telah mengadakan perhimpunan
 haram di hadapan bangunan Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur untuk
 menuntut Suqiu "meminta maaf" kepada orang Melayu.
 Sementara itu, Malaysiakini.com semalam memetik pemuda keADILan sebagai
 berkata parti itu telah dihubungi pergerakan Pemuda UMNO untuk mengajaknya
 turut sama mengadakan demonstrasi membantah persatuan Cina. Jemputan UMNO
 itu bagaimanapun telah ditolak.
 Comments ? E-mail Us <?XML:NAMESPACE PREFIX = MAILTO />




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!








 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke