Assalamualaikum,
>Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW
dan bertanya:
>"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai
firman Allah SWT: Pada 
>sangkakala  ditiup   maka kamu sekalian datang
berbaris-baris" Surah 
>an-Naba':18
>
>Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air 
>mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah
bertanyakan kepada aku, 
>perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan 
>berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka 
>sendiri...."  Maka dinyatakan apakah 12 barisan
tersebut :-
>
>BARISAN PERTAMA
>Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini 
>dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih:
>"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya
menyakiti hati 
>jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah 
>neraka..."
>
>BARISAN KEDUA
>Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.  Datanglah
suara dari sisi Allah 
>Yang Maha Pengasih:  "Mereka itu adalah orang yang
sewaktu hidupnya 
>meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka 
>adalah neraka..."
>
>BARISAN KETIGA
>Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala 
>jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan
membayar zakat, maka inilah 
>balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
>
>BARISAN KEEMPAT
>Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
>pancutan keluar dari mulut mereka.  "Mereka itu
adalah orang yang berdusta 
>di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat
mereka adalah 
>neraka..."
>
>BARISAN KELIMA
>Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
>Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu 
>ketenteraman di Padang Mahsyar.  "Mereka itu adalah
orang yang 
>menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh
manusia tetapi tidak 
>pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah
balasannya dan tempat kembali 
>mereka adalah neraka..."
>
>BARISAN KEENAM
>Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. Mereka 
>adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah
balasannya dan tempat 
>kembali mereka adalah neraka..."
>
>BARISAN KETUJUH
>Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir 
>keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang
enggan memberi 
>kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya
dan tempat kembali 
>mereka adalah neraka..."
>
>BARISAN KELAPAN
>Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki 
>ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka
inilah balasannya dan 
>tempat kembali mereka adalah neraka..."
>
>BARISAN KESEMBILAN
>Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara 
>dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka
itu adalah orang yang 
>makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sebenarnya, maka inilah 
>balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
>
>BARISAN KESEPULUH
>Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
>penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka 
>kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka 
>adalah neraka..."
>
>BARISAN KESEBELAS
>Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
>mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir 
>mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka
terjulur memanjang sampai ke 
>perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka
adalah orang yang minum 
>arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
>
>BARISAN KEDUA BELAS
>Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan 
>purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka,datanglah suara 
>dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
memaklumkan:"Mereka adalah orang yang 
>beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka
menjauhi perbuatan derhaka, 
>mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal
dunia keadaan mereka 
>sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah 
>syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha 
>Pengasih..."
>
>Wassalam



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Salam perkenalan kali ke-2 buat para netters semua.

Saya asalnya nama (samaran) Jack Joe.
Baru semalam pi ke pejabat pendaftaran (siber punyalah) tukar nama yang 
lebih elok kepada 'Salam Sejahtera'.

'Salam Sejahtera' lebih elok sikit bunyinya dari Jack Joe itu- lebih 
menampakkan ciri-ciri keIslaman dan menyejukkan hati kerana para netters 
akan di'salam' dan di'sejahtera'kan setiap kali saya hantar mesej ke 
Hizbi.net.

Wassalam.

Mati itu Pasti. Tegakkan Solat Sebelum Terlambat

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>


Kirim email ke